DMOMEN APPAREL

DMOMEN APPAREL
gedung online membeli- belah tshirt muslimah, tshirt, wedding gift dan sebagainya

Jumaat, 1 Julai 2016

BISKUT DAHLIA


Resepi Semperit Dahlia Sukatan Cawan
Bahan-Bahan
  • 1 cawan mentega /butter
  • 1 cawan gula kisar
  • 2 biji kuning telur
  • 2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan

Cara Membuat Biskut Semperit Dahlia
  • Putar gula dan mentega.Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
  • Ayak ketiga-tiga tepung.Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.Uli sampai sebati.
  • Tambah tepung jagung jika masih lembik
  • Sapu dulang dengan butter
  • Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
  • Panaskan oven dengan suhu 150  darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.
Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah
  • Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
  • Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
  • Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
  • Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.
Ini pula resepi biskut semperit susu dahlia sukatan cawan air tangan Azlina Ina yang sangat terkenal dalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) di Facebook.Beliau memang mengambil tempahan buat biskut semperit susu dan dikhabarkan telah meraih pendapatan sehingga angka ribuan ringgit,

Resepi Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina
Sumber : Facebook Azlina Ina

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan butter (Jenama Buttercup)
  • 1/4 cawan Susu pekat
  • 2 titik Esen Vanilla
  • 2 cawan Tepung Jagung (untuk bagi rasa cair dalam mulut)
  • 1 sb Tepung Beras (untuk bagi rangup dan tak mudah pecah bila sejuk)
  • 1 sb Tepung Custard (untuk bagi creamy pada Semperit)
  • 2 titik pewarna kuning (ikut suka nak warna apa.. dan banyak mana)
  • Butter untuk sapu kat loyang.

Cara Membuat Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina

  • Masukkan butter, susu pekat dan esen vanila kedalam bekas. Kacau menggunakan senduk biasa sehingga sebati.
  • Selepas sebati, masukkan pewarna kuning. Kacau lagi sampai rata.
  • Masukkan Tepung Jagung 1 cawan dulu, dan diikuti 1 sb tepung beras dan tepung custard. Gaul guna tangan ye. Senang sikit..
  • Kemudian masuk lagi baki 1 cawan tepung jagung tadi. Masukkan sikit sikit. Jangan sekali gus ya. Ikut keselesaan doh yang korang nak.
  • Uli doh sampai lembut ye.
  • Bila dah siap uli, boleh buat semperit. Masukkan sikit adunan kat hujung munchung semperit. Tekan sikit bagi rata keluar angin dulu.. Then boleh buat adunan pecah 11 lenggok atau pecah 15 lenggok.
  • Hias kan dengan ceri. Siap untuk dibakar.
  • Panaskan oven 170 darjah selama 5 minit. Selepas 5 minit bakar semperit yang dah siap tadi 160 darjah selama 25 minit atau sehingga bila kita tolak dia mudah tertanggal.
  • 1 adunan di atas untuk 35 biji semperti. Ikut korang pecah 11 atau pecah 15. Apa tu pecah? hahahah.. Itu ikut alunan daun dia.. Pecah berapa..

BISKUT KACANG TANAH




BAHAN-BAHANNYA:
  • 140 gm tepung gandum - ayak
  • 130 gm peanut butter
  • 100 gm serbuk kacang tanah
  • 200 ml minyak jagung
  • 125 gm gula aising
  • 30 gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Buat Biskut Kacang Tanah

1. pukul gula aising dan peanut butter hingga rata kemudian masukan serbuk kacang tanah, baking powder, tepung, esen vanilla dan garam. gaul hingga rata.

2. masukan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

3. ambil 1 sudu teh adunan dan gentel menjadi bebola. kemudian sapukan bebola dengan kuning telur dan letak kacang tanah di tengah bebola tadi.

4. masukan dan bakar pada oven bersuhu 140 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak.

5. akhir sekali, bila dah masak sejukan dahulu kemudian baru boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT NESTUM/ OAT


Resepi biskut menggunakan butter dan marjerin ni, kita orang sarankan utnuk pakai campuran tiga jenis tepung iaitu tepung naik sendiri, tepung gandum dan tepung jagung guna memperoleh biskut yang rangup dan sedap. Jangan  lupa, siapkan pula 4-5 cawan campuran tepung termasuk oat / nestum / cornflakes, kuantiti tepung jangan terlalu banyak. Cukup saja bergantung kepada cara kita mengolah butter dan gula. Sekiranya butter dan gula diolah tidak mengembang, maka kurangilah tepungnya, kalau sudah berkembang, lebih la tepungnya.

1 Buku Buttercup (250g)
1 1/4 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Tepung Naik Sendiri
 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
 1/2 Cawan Tepung Jagung
1 Cawan Tepung Kastard / Nestum / Oat / Conflakes
 1/2 Sudu Teh Baking Powder
 1 Sudu Teh Esen Vanilla
1 Biji Telur (Optional)


Cara-Cara;

1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot 😉
2. Masukkan telur, dan pukul lagi hingga kembang dan sebati (Skip step yang ni jika tidak masukkan telur).
3. Masukkan esen vanilla, semua tepung termasuk oat/ nestum / cornflakes dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dgn tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan yang disukai.
6. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

ALMOND LONDON





Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Ala Chef Wan

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )
  • 250 gm mentega
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung
  • 4 oz / 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup – warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

  1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.
  5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.
  6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji – biji.
  7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.
  8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.


Rabu, 16 September 2015

KOTA BHARU KELANTAN











UMMU HABIBAH


pagi-pagi indah dikampung
( tanah merah, kelantan 2014)


- Mimpi Menjadi Nyata- 



Ramlah binti Abu Sufyan atau dikenali dengan panggilan Ummu Habibah, merupakan puteri Abu Sufyan, iaitu pemimpin kaum musyrik Mekah yang mmepelopori penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW dan kaum muslimin. Dilahirkan tiga belas tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW, Srikandi ini terkenal kerana memiliki keperibadian yang unggul, kefasihan dalam berbicara, sangat cerdas dan memiliki rupa paras yang menawan. 

Apabila Ramlah menginjak dewasa, ayahandanya telah menikahinya dengan Ubaidillah bin Jahsy, pemuda yang terkenal sebagai seorang yang teguh memegang agama Ibrahim AS. Suaminya bukan penyembah berhala dan berusaha untuk menjauhi minuman keras dan judi. Bahkan Ubaidillah telah bertekad untuk memerangi agama berhala. 

Selepas pernikahan ini, hidup Ramlah berubah sepenuhnya. Lebih-lebih lagi apabila tersebarnya berita bahawa Nabi Muhammad SAW telah hadir membawa agama baharu. Mendengar kekuatan dan kesungguhan baginda Rasulullah SAW yang berhasil dalam dakwahnya, Ubaidillah dan Ramlah mengambil keputusan untuk memeluk agama tersebut, iaitu agama Samawi yang berbeza dengan orang Quraisy. Maka bermulakan penganiayaan dan penindasan daripada orang Quraisy terhadap kaum muslimin, termasuklah pada Ramlah dan suaminya. Mereka terpaksa berhadapan dengan pengasingan, pengusiran dan tindakan keluarga yang terus mendesak agar mereka kembali kepada agama nenek moyang. 

Melihat keadaan yang berlaku, Rasulullah SAW telah memerintahkan kaum muslimin agar berhijrah ke Habsyah. Ubaidillah dan Ramlah mengambil kesempatan ini untuk turut berhijrah. Pada ketika itu, Ramlah sedang mengandung. Setibanya di Habsyah, Ramlah melahirkan seorang puteri yang diberi nama HABIBAH. Dari nama itulah, nama Ramlah berubah menjadi UMMU HABIBAH. 

Beberapa tahun tinggal di Habsyah, kaum muslimin terus menerus ditindas. Dalam hati setiap mereka mengharapkan kesedihan dan penderitaan yang ditanggung ini akan cepat berlalu dan barisan kaum muslimin akan menjadi kuat. Namun hal ini berbeza pula pada Ubaidillah yang mula berputus asa dan merasakan bahwa umat islam tetap tidak akan pernah kuat. Sedikit demi sedikit hatinya mula terarah pada agama nasrani, agama yang dianuti kebanyakan orang Habsyah. 

Suatu malam, Ummu Habibah bermimpi bahawa suaminya berubah menjadi manusia yang buruk bentuknya. Dia sungguh terkejut dan paginya Ubaidillah telah berkata kepadanya, " Wahai Ummu Habibah, aku melihat tidak ada agama yang lebih baik daripada agama Nasrani, dan aku telah menyatakan diri untuk memeluknya," Setelah aku memeluk agama Muhammad, aku akan memeluk agama Nasrani," Ummu Habibah sungguh terkejut, lantas dia menceritakan mimpinya, namun tidak diendahkan oleh suaminya. Malah suaminya itu terus menerus meminum minuman keras sehingga meragut nyawanya. 

Setelah kematian suamnya, Ummu Habibah berasa terasing di tengah kaum muslimin kerana malu atas kemurtadan suaminya. Beliau pun berhijrah ke Mekah, tetapi dia tetap kukuh di dalam islam dan mempertingkatkan keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT. Dalam keadaan seperti itu, Ummu Habibah berasa rumahnya tidak selamat lagi buatnya, sementara keluarga suaminya telah meninggalkan rumah mereka kerana telah bergabung dengan Rasulullah SAW. Akhirnya Ummu Habibah kembali ke Habsyah dengan tanggungan derita yang berpanjangan dan mennati takdir daripada Allah SWT. 

Kisah penderitaan Ummu Habibah itu telah sampai ke pendengaran baginda Rasullah ketika baginda memantau keadaan umat Islam di Habsyah. Hal ini membuatkan baginda berniat untuk membelanya ( melamarnya). 

Pada masa yang sama, Ummu Habibah telah bermimpi dan dia menceritakan bahwa: "Dalam tidurku aku meihat seseorang menemuiku dan memanggilku dengan sebutan Ummul Mukminin. Aku terkejut. Kemudian aku mentakwilkan bahawa Rasulullah SAW akan menikahiku. Hal itu aku lihat setelah masa edahku habis."

Takwil mimpinya itu menjadi nyata apabila seorang utusan Najasyi yang bernama Abrahah datang dan menyampaikan berita peminangan baginda Rasulullah SAW. Ummu Habibah berasa sungguh gembira mendengar khabar itu, lantas dia menghadiahkan Abrahah dua gelang perak, gelang kaki dan sebentuk cincin perak. 

Pernikahan Ummu Habibah telah diwalikan olej Khalid bin Said Bin Ash. Berita pernikahan itu merupakan tamparan hebat kepada ayahandanya Abu Sufyan. Tentang hal itu, Allah SWT telah menurunkan ayat al- quran : " Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramy dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka...( al -Mumtahah:7)

Setelah menikahi Ummu Habibahm baginda Rasulullah SAW mengajak isterinya itu ke rumah. Pada ketika itu juga baginda telah menikahi Shafiyyah binti Huyay bin Akhtab, puteri salah seorang pemimpin Yahudi Khaibar yang ditawan tentera islam. Rasulullah SAW membebaskan dan menikahinya. Ketika kedatangan Ummu Habibah, isteri-isteri Rasulullah yang lainya telah menyambut kedatangan Ummu Habibah dengan baik sekali serta penuh rasa hormat, berbeza pula sambutan terhadap Shafiyyah. 

Perjalan hidup Ummu Habibah bersama Rasulullah SAW tidak banyak menimbulkan konflik, Kedudukan Ummu Habibah di antara isteri-isteri Rasulullah SAW sungguh istimewa kerana ayahnya adalah seorang pemimpin kaum musyrik ketika Ummu mendapat cahaya keimanan, dan dia menghadapi kesulitan itu ketika harus menjelaskan kepada ayahandanya. 

Dikisahkan ketika orang-orang Quraisy mengingkari penjanjian Hudaibiyah, dengan serangan yang dilakukan terhadap Bani Qazaah, Rasulullah SAW telah bertindak menyerbu Mekah yang di dalamnya tinggal Abu Sufyan dan keluarga Ummu Habibah. Hal ini dapat diagak oleh orang Quraisy, bahawa kaum muslimin akan menyerang mereka. Mengetahui kekuatan pasukan kaum muslimin yang teguh itu membuatkan kaum Quraisy memilih untuk berdamai. Maka, diutuskanlah Abu Sufyan yang terkenal dengan kemampuan dan kepintarannya dalam berdiplomasi untuk berdamai dengan Rasulullah SAW. 

Sesampainya di Madinah, Abu Sufyan tidak terus menemui Rasulullah SAW, tetapi terlebih dahulu menemui Ummu Habibah dan berusaha untuk memperalat puterinya untuk kepentingan diri. Saat melihat kedatangan ayahnya itu, wajah Ummu Habibah sungguh terkejut kerana sudah lama tidak menemui ayahnya. Abu Sufyan telah masuk ke rumah anaknya dan mahu duduk di atas tikar. Melihat keadaan itu, segera Ummu Habibah melipat tikar tersebut sehingga tidak dapat diduduki oleh Abu Sufyan. Ternyata sikap puterinya itu mengecewakan Abu Sufyan, lalu dia berkata: " Apakah kau melipat tikar itu kerana tidak mahu aku duduk atau kerana mahu menyingkirkanku?" Lantas Ummu Habibah menjawab, " Tikar ini adalah alas duduk Rasulullah, sedangkan engkau adalah orang musyrik yang najis. Aku tidak suka engkau duduk di atasnya." Disinilah nampak keteguhan iman dan cinta Ummu Habibah Kepada Rasulullah SAW. 

Setelah itu,  Abu Sufyan pulang dengan merasakan tamparan hebat daripada puterinya. Dia merasakan usahanya untuk menggagalkan serangan kaum muslimin ke Mekah tidak berjaya. Ummu Habibah telah menyedari apa yang akan terjadi. Lantas dia berdoa agar kaum muslimin akan memperolehi kemenangan, walaupun di Mekah terdapat kelaurganya, namun fikirannya hanya mengingati Rasulullah SAW yang dicintainya. 

Allah SWT mengizinkan kaum muslimin membebaskan kota Mekah. Abu Sufyan dapat ditawan. Akhirnya ayahanda Ummu Habibah telah mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan kerendahan diri dan sepenuh hatinya kerana Allah SWT. 

Setelah baginda Rasulullah SAW wafat, Ummu Habibah hidup menyendiri di rumahnya hanya untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.


( Sumber: Quratul { muslim teens} )

KERANA SEBIJI BUAH EPAL




Tsabit Bin Ibrahim adalah seorang pemuda yang soleh dan bertakwa, Keimanan dan ketakwaan yang dimilikinya membuatkan hatinya berasa gerun dan malu kepada Allah S.W.T. Kecintaan yang hadir dikalbunya itu membuatkan dia sentiasa redha dengan apa sahaja yang ditimpakan oleh Allah SWT kepadanya. Begitulah kesolehan yang digambarkan dalam diri Tsabit.

Dikisahkan, suatu hari beliau telah keluar berjalan sehingga sampai ke kota Kufah. Pada saat itu, mentari terik memancar di atas kepala. Kepanasan yang dirasainya membuatkan dia keletihan dan kelaparan. Wajahnya jelas tidak bermaya dan langkah kakinya diatur perlahan menjejak tanah. Saat dia melalui sebuah kebun buah-buahan, tiba-tiba dia terpandang beberapa biji epal yang jatuh di luar pagar. Melihat epal yang merah yang masak ranum itu, perasaannya terus meronta-ronta untuk mengambil buah tersebut. Di tambah pula keadaannya yang sedang kelaparan itu, nafsunya terus membatasi keimanan di dalam diri. Maka, tanpa berfikir panjang, Tsabit terus mengambil buah apal tersebut lalu memakannya. Belum sampat dia menghabiskan buah epal tersebut, akal warasnya terus bertindak balas, dia baru teringat bahwa buah itu bukan miliknya dan dia belum memndapat keizinan daripada pemilik buah tersebut. Segera Tsabit memasuki kebun tersebut untuk menemui pemilik kepada buah epal yang dimakannya. dengan harapan pemilik kebun itu menghalalkan apa yang dudah dimakannya. 

Tsabit telah diberitahu oleh penjaga kebun bahawa pemilik kebun itu tinggal jauh dari situ, dan perjalanan ke rumahnya memakan masa sehari semalam. Oleh kerana Tsabit mahu juga bertemu dengan pemilik kebun itu, dia bertekad untuk menyusuri jejak mencari rumah pemilik kebun itu. Fikirannya berlegar-legar mengingati sabda Rasullulah SAW " Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi bahan bakaran api neraka." Jadi dia tidak mahu Allah SWT murka kepadanya. 

Setibanya dia di rumah pemilik kebun itu, terus dia mengetuk pintu. Setelah pemilik pemilik rumah itu membuka pintu, Tsabit terus memberi salam dengan penuh beradap dan sopan seraya berkata: " Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur memakan setengah dari buah epal yang jatuh di luar kebun tuan.Oleh kerana itu, saya mohon tuan menghalalkan apa yang sudah saya makan."

Seketika lelaki tua, iaitu pemilik kebun itu hanya mendiamkan diri. Dia cuma memerhati raut wajah Tsabit, seolah-olah mencari makna yang tersembunyi di sebalik wajah itu. " Tidak! aku tidak akan menghalalkannya kecuali dengan satu syarat..."