" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, September 11, 2016

DEMIMU BOLA


PENATIMUR
DEMIMU BOLA


Along, Angah & Abang
( aidilfitri 2016)


Demimu bola
Akan ku persiapkan segalanya
Jersi pasukan, tiket perlawanan akanku dapatkan
Setiap petang, padang bola akan aku hadirkan
Biar cuma sekadar pemerhati dibalik tiang
Atau duduk berteleku di atas bangku papan
Aku puas,
Asal aku dapat mempamer walau secebis sokongan

Demimu bola
Duit kopi aku juga tak lupakan
Untuk malam-malam gentingmu
aku pasti akan turut bergelandangan
berebutkan Tv usang  di kedai- kedai makan
Bersama teman dan kawan-kawan
Itu saatnya
Aku akan  bertempik penuh dendam
Riuh gempita pada setiap  pasukan
Tanpa menghiraukan
Anak isteri di rumah
Terumbang-ambing tanpa perhatian

Demimu bola
Akanku pasti untuk kuncikan jam
Agar berdering ditengah- tengah malam
Supaya setiap kali
sepakan kemenangan dari jaguh-jaguh pujaan
Tidak terlepas dari pandangan
Biarkan  sahaja aku terlentok 
Esoknya di lapangan pekerjaan
Keranamu bola
Aku sanggup berkorban

Dan demimu bola
Negaraku mengusul ingin membulat keputusan
Harus ada lesen halal
Untuk menyenangkan kerja perjudian
permudahkan kerja, luluskan saja penghalang
Untuk membasmi sukar dirasakan
Halalkan saja, ia sekadar judi sukan
Untungnya boleh dibuat tampalan hutang
Biar kebatilan menjadi kebiasaan
selainnya juga boleh mengampu perhatian
Agar satu dunia tidak akan pernah padam
Memberikan sokongan dan berterusan dokongan
Dasar pemajmukan bangsa harus terbuka pemikiran
Barulah gah negaraku di bawah  satu slogan

bola oh bola
dalam kegilaan padamu
terselit kecelaruan iman…



No comments: