PENA TIMUR
BENDERA
telah diterbitkan:
telah diterbitkan:
 Akhbar Fitrah (
Harakah), Februari 2008
|  | 
| Kak Long | 
Cerpen
Bendera
Oleh: Penatimur
BASIKAL tuanya diheret dari bawah rumah. Berkeriut bunyinya. Lampu
suluh di tangan kiri di pegang erat. Ada 
            Seketika, dia
mendongakkan kepala ke dada langit. Malam itu sepi, tiada bintang. Bulan juga
tidak kelihatan. Langit hitam, suram tanpa penyeri. Dia kembali tunduk melihat
tanah yang samar-samar ditempias lampu kalimantang yang menerobos melalui
lubang-lubang lantai di bawah rumah. Sesekali telinganya menangkap bicara
anak-anaknya yang begitu asyik mengadap televisyen di dalam rumah. Entah cerita
apa yang ditontonkan oleh mereka, dia tidak tahu. Untuk beberapa minit itu, dia
sekadar berdiri berhampiran basikalnya itu, menghisap rokok yang sedari tadi terkepit
di antara dua jarinya. 
            Puntung rokok itu
kemudiannya dilempar ketanah. Bara tembakau yang menyala sedikit terpercik
apabila mengena tanah. Sejenak, dia tarik dan melepas nafas. Menyedut udara
malam. Basikal tua di angkatkan tongkatnya dengan kaki dan kemudian di tarik rapat
ke sisinya. Pengayuh diperbetulkan kedudukannya. Dengan lafaz bismillah,
perlahan-lahan,  basikal tua itu dikayuh keluar
dari perkarangan rumah. 
            Sudah beberapa
malam, dia keluar rumah malam-malam begitu. Selepas insyak, pasti dia akan
mengayuh basikal tua itu menuju ke kedai kopi Salleh yang terletak di simpang
sekolah agama berhampiran rumahnya. Beberapa malam ini, ada banyak agenda yang
ingin ditadah telinganya. Ada 
            Basikalnya dikayuh
perlahan-lahan. Suasana di lorong kecil itu kelam suram. Dengan hanya
bersuluhkan cahaya lampu di tangannya itu, dia membetulkan laluan basikalnya
agar tidak tersasar dari jalan. Jauh di simpang hadapan, ada lampu besar memancar
menyilau pandangannya. Segera dia mengayuh basikalnya ke tepi, memberi laluan
pada kenderaan yang bakal berselisih dengannya itu. 
            Sewaktu kereta itu
bertembung dengannya, dia memberhentikan kayuhan. Menongkatkan basikal dengan
kaki kanannya. Memberi laluan kepada kenderaan besar itu untuk berkongsi melalui
lorong sempit itu. Sewaktu berselisih, pemandu di dalam  kereta, melambai tangannya sekali mengucapkan
terima kasih. Dia angguk, tersenyum cuma. Entah siapa, dia tidak kenal. Seingatnya,
tiada kereta sebegitu yang menjadi milik jiran-jirannya. Ah, mungkin saja,
kereta itu milik tetamu jiran-jirannya.    
 Kayuhannya  berhenti di simpang tiga. Ditolehnya kanan dan
kiri dua tiga kali. Sekadar mengikuti panduan lazim untuk melintas jalanraya.
Jalan itu lengang. Tetapi, dia masih belum mahu berkayuh pergi.  Pandangannya dilemparkan ke arah kedai kopi
yang berada berhadapan dengannya. Dua tiga buah kereta tersadai di tepi jalan.
Meja-meja makan di depan kedai sudah mula penuh dilingkungi beberapa orang. Dia
pandang sekitar kedai itu. Pelanggannya meriah benar bercerita sesama mereka. Entah
apa yang mereka gossipkan, dia tidak mengambil perhatian. Kutuklah, temberanglah.
Pujilah. Begitulah hal-hal yang biasanya sering diperkatakan mereka malam-malam
genting sebegini. Malas memerhati lama, dilemparkan pula pandangannya  memerhati sesuatu di tepi jalan. Beberapa
batang buluh dan batang-batang kayu terpacak berdiri. Ada Ada 
            Malah, tidak cukup
bendera di hujung buluh atau kayu-kayu yang terpacak itu, ada lagi
bendera-bendera yang ditampal didinding kedai kopi tersebut. Di pagar-pagar
rumah berhampiran dan juga di juga di tempat-tempat yang dirasakan mampu
dilihat dan dijangkau oleh pandangan mata. Dia sekadar membuang pandang sahaja.
Baginya, itu semua sudah menjadi lumrah apabila menjelangnya minggu-minggu
nazak seperti itu. Bendera itu bukan sebarang bendera. Itu bendera perjuangan.
Bendera yang bakal menentukan pucuk pimpinan, mencorak dasar pemerintahan yang akan
dipegang tahun bertahun. Biarpun, langkah itu dilihat membazir dan membuang
masa. Namun, begitulah rentaknya perang ini setiap kali menjelangnya hari bagi
rakyat sepertinya meluahkan rasa cinta atau benci kepada pemimpin yang sedia
ada.  
            Dia kembali
meneruskan kayuhannya. Destinasinya bukan di situ. Pilihannya bukan di markas
itu. Sejak bertahun-tahun lalu, markasnya di kedai berhampiran sekolah agama di
hujung jalan sana 
            Dia tahu, dia tidak
belajar tinggi seperti kebanyakkan dari pelanggan di kedai kopi berpacakkan bendera
biru itu. Dia juga tahu, ilmunya setakat kepala orang kampung sahaja. Tapi
sekurang-kurangnya dia tidak naif. Dia memilih bukan kerana suka-suka. Dia
memilih kerana dia sudah menimbang semasak-masaknya. Dia inginkan kedamaian dan
ketenteraman negaranya. Tetapi, biarlah semuanya berpaksikan suruhan tuhan yang
esa. Dia tidak ingin menjadi bangsa yang mengikut arus. Bangsa yang maju di
kaca mata penjajah, tetapi hancur di mata agamanya. 
            Dia kini sudah
berusia tua. Sudah tidak terlalu memikirkan nikmat dunia sekelilingnya. Namun,
amanah tetap harus dilaksanakan juga. Dia tidak boleh mengelak. Dia harus
berjuang demi kebahagiaan  anak-anaknya.
Masa depan anak-anaknya terletak pada tindakannya pada hari ini. Kekalahan dan
kemenangan beberapa lagi bakal mencorakkan masa depan anak-anaknya. Itu yang
sebolehnya mahu dipertahankan. Walau dia bukan siapa-siapa. cukuplah dia
melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Seorang bapa yang tidak ingin
melihat anak-anaknya hancur kerana kerakusan pemimpin yang hanya tahu mengaut
keuntungan dan mengejar kemajuan sehingga melupakan tunjang-tunjang agama dalam
pemerintahannya. 
            Dari jauh, dia
melihat kelibat teman-temannya sudah ramai yang mengerumuni meja. Kayuhannya
kian laju. Biar dia segera sampai. Malam itu, dia ingin bergempur lagi. Biarlah.
Akan ditadah telinganya dengan cerita-cerita sensasi perang ini. Lagipun,
perang ini ada juga meriahnya. Tak kira anak muda, warga-warga tua semuanya
memberi perhatian yang maha besar dengan isu negara yang terbaru ini. Manakan
tidak, perang ini perang memilih yang hak kepada siapa yang berhak. 
            Sesampainya di selekoh
kedai kopi itu, dia menongkatkan basikalnya di bawah pokok jambu yang
berhampiran. Langkahnya diatur menuju ke salah satu kerusi yang terletak di
dalam kedai tersebut. 
            “ Lambat malam ni…”
serentak dia melabuhkan punggung, terpacul soalan dari tauke kedai kopi. Dia
senyum.
            “ Biasalah. Ada Ada 
            “ Minum?” Dia angguk. “ Macam
biasa…”
Di dalam kedai kopi itu, dia ralit bersembang sambil
anak matanya sesekali melilau sekitar. Jauh di hadapan, kelihatan beberapa
batang buluh dan batang-batang kayu yang terpacak. Ada Ada Ada Ada 
 
 
 
No comments:
Post a Comment