" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Friday, June 3, 2011

ASSIGNMENT CINTA 14

-->
                “ Masyaallah….Sorryyy……!” air milo di tangan habis tertumpah. Gelas yang tadinya penuh kini dan kosong! Aku pandang wajah mangsa di hadapan. Alamak! Mamat out tu lagi. Apa la malangnya nasib aku ni, asyik bertembung dengan dia aje. Sampaikan kat kafe di Mall ni pun, ada wajahnya. Agaknya memang betullah, kampus ni kecik aje. Kat mana-mana aku pergi, asyik dia aje yang muncul. 

            “ Awak ni buta ke apa?”  jerkahnya. Mahunya dia tak marah, habis t-shirtnya basah disirami air milo yang dibeliku sekejab tadi. Aku ketap bibir. Gulp!

            “ Maaf….sa…saya tak sengaja,” maafku pinta seikhlas mungkin. Tapi wajah tu rasanya macam  tak boleh nak terima jer permintaan maaf aku ni. Untuk seketika, Anak matanya mencerun aku atas bawah. 

            “ Awak ingat dengan maaf awak tu, baju saya ni boleh bersih macam tu aje ke?” bebelnya sambil mengelap t-shirtnya yang dah lencun dengan tisu yang dihulurkan oleh seorang budak perempuan yang menjadi pemerhati setia kejadian itu sejak tadi.  Tak semena-mena jugak saat itu, tetiba aje ada banyak mata-mata yang tertarik melihat sandiwara kami di tengah-tengah kafe itu. Wah! Ni dah lebih. Dia ingat baju dia aje. Habis air milo aku tadi, apa citer? Aku pun rugi jugak apa? Lagipun aku kan dah minta maaf tadi. Bukannya aku sengaja. Dah tu lagi, tak malu ke, kan ramai orang ni. Nak marah-marah aku pulak. Ingat aku ni anak dia ke apa? Sesuka hati aje. Malulah aku, kena marah depan ramai orang macam ni. Tak gentleman langsung punya lelaki. Hal kecil macam tu pun nak besar-besarkan. Memanglah aku yang khilaf, tapi dia pun silap  jugak, yang dia tetiba muncul kat belakang aku ni siapa yang suruh. Ni yang buat aku tetiba naik angin ni.

            “ Saya dah minta maaf kan tadi, Encik nak marah-marah ni kenapa?” aku dah mula tinggikan suara. Langsung dah tak ada rasa respect untuk dia as a lecturer kat kampus tu.
            “Hei, awak yang buat salah. marahkan saya pulak?” ujarnya tegas. Has yang berada di sebelahku langsung tak de rasa nak backup aku. Menikus aje dari tadi. Tak tahulah sama ada minah tu masih shock atau makin syok tengok drama tragis aku ni. Takpun  dia masih tergamam dengan keberanian aku bertengkar dengan salah seorang pensyarah yang paling hot kat kampus ni. Ah, pedulik! Pensyarah ke, dekan ke, ada aku kisah. Lagipun semua yang terjadi tu bukan totally salah aku okey!

            “ Ok, fine. My mistake. Maaf…I’m truly sorry,” aku tarik tangan Has  ingin segera beredar dari situ. Mamat ni entah apa-apa la. Lagi lama aku kat situ, Maunya drama tragis tu berterusan. Mentang-mentanglah dia pensyarah, anak datuk, dia boleh tunjuk ek dengan aku? Sorrylah…pedulik hapa aku dengan statusnya. Tapi belum sempat aku beredar, tetiba aje dia menghadang aku. Hish! Nak apa lagi ni?

            “ wo…wo…it’s not that so easy. Awak dah basahkan baju saya and then nak blah gitu aje. That’s a bad habit…” perlinya. Aku ketap bibir menahan marah. Memang lelaki ni sengaja nak cari gaduh dengan aku. 

            “Habis, Encik nak apa lagi? Nak mintak ganti rugi?” soalku marah. 

            “ Yap!”  tegas jawapannya. Hah! Bala. Mana aku cekau duit? Dalam purse aku Cuma ada  20 hinggit aje. Tu pun nak kena berjimat sampai esok lusa.  Duit PTPTN pun esok baru masuk akaun. Dah tu pulak, mesti bajunya jenis yang branded, dia kan anak orang kaya. Tengok jenis kain aje dah tahu harganya puluh-puluh. Masak aku macam ni….

            “ o..o…ok, be..berapa?” Tanyaku teragak-agak. Takkan aku nak mengalah depan mamat sengal macam ni. 

            “ saya tak nak duit, saya nak baju. Belikan saya t-shirt kat kedai sana tu untuk saya gantikan t-shirt ni,” ujarnya bersahaja. Gulp! Biar betul. Aku pandang wajahnya dalam-dalam. Memang dasar anak orang kaya. Baju kotor sikit aje, dah nak beli yang baru. Bersihkan  ajelah. Bukannya baju tu koyak ke apa? Mengada-ngada betullah mamat ni. Pensyarah apa macam ni? berlagak betul. Aku pandang wajah Has, Has jungkit bahu kemudian perlahan-lahan menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan syarat tersebut. Aku  jugalah yang terkulat-kulat kat situ. Ala……macam mana ni?

            Aku pandang wajah mamat out tu silih berganti dengan wajah Has dan jugak kedai yang menjual t-shirt kat hujung kafe di kawasan tersebut. Apalah bala betul malam ni? 

            “ so..?” tanyanya apabila aku tidak menjawab. Hish! malas rasanya aku ingin bertekak dengan mamat sengal ni, akhirnya aku mendengus kecil dan segera mengheret tangan Has menuju ke dalam kedai yang dimaksudkan oleh mamat tu tadi. lagi lama aku berdiri mengadap wajah mamat tu, rasanya mahu aje cekik-cekik leher dia! Berlagak nak mampus!

            “ cepat sikit, saya tunggu sini!” mamat itu masih belum puas nak mengenakan aku. Langkahku perlebarkan. Biar aku cepat-cepat sampai dan selesaikan masalah ni. 

            Masuk aje kedai, aku melilau baju-baju kat situ. Has yang sejak tadi diam aje turut tertinjau-tinjau baju yang tergantung di dalam kedai tu. Gulp, semuanya mahal-mahal aje ni. Tu yang tergantung tu harganya 19 ringgit, 29 ringgit….. yang murah-murah setakat 5 ringgit, 5.10 sen tak de ker? Alahai….tak makanlah aku esok ni!

            “  engkau betul nak beli baju kat sini ke In? aku tengok mahal-mahal aje ni..” Has akhirnya bersuara. Huh! Ada suara juga rupanya minah ni. Aku ingatkan dah bisu. 

            “ Habis? Engkau ada idea? Kalau ikutkan hati aku ni, tak denya aku nak belikan apa pun untuk mamat sengal tu. Sudahlah berlagak, sombong pula tu. Menyampah aku!”  ujarku sebal. Has tiba-tiba tergelak. Aku pandang wajahnya dalam keanehan. Apahal minah ni?

            “ engkau ni kenapa? Tiba-tiba gelak pulak? Aku dahlah sakit hati ni, engkau jangan nak tambahkan sakit hati aku ni. Kang tak pasal-pasal  aku kerate jugak kang!” marahku. Has angkat tangannya tanda mengalah.

            “ sorry…aku bukannya apa. Tetiba aje rasa kelakar tengok korang tadi. Bergaduh macam budak-budak. Lepas tu pulak, part yang paling aku paling tak sangka, dalam ramai-ramai manusia dalam kampus ni, engkau boleh bergaduh dengan lelaki yang paling popular kat kampus kita ni. Lelaki pujaan ramai perempuan pulak tu. Tak nampak tadi, begitu punya ramai peminat perempuan yang ada kat sini berpakat defend dia daripada defend engkau. Lucu betul!” Has imbas balik kejadian tadi. di bibirnya masih terukir senyum penuh nostalgia!

            Aku mencebik,  rasa macam tak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut sahabatku itu. Lelaki sombong macam tu pun masih ada ramai peminat ke?macam kurang yakin je…Kejadian tadi tu, dah  terang lagi bersuluh yang mamat sengal tu tak patut langsung dijadikan lelaki pujaan, idola mana-mana perempuan dengan kelakuannya yang kasar, tidak menghormati kaum hawa, dan yang lebih menyakitkan hati aku ni, sombong betul! Ermm…nasib baiklah aku tidak tergolong dalam golongan budak-budak perempuan yang setengah suku dok angaukan dia tu! Muka aje ok, tapi perangai hampeh!

            Tengah aku dok membebel senyap-senyap dalam hati tu tetiba aku terpandang sesuatu yang terlipat kat tepi sebuah rak. Aku menghampiri dan membelek-belek t-shirt tersebut. Free size, bertulisan UUM berwarna hitam kecil di dada sebelah kanan. Ringkas dan berleher bulat tanpa kolar. Tetiba hati rasa berkenan aje dengan t-shirt tu. Tambah-tambah dengan warnanya yang putih. Salah satu daripada warna kesukaanku. Ahhh…oklah ni. tapi berapa harganya? Aku membelek-belek mencari tanda harga. Tapi tak de pun!

            “ Yang tu 10 ringgit je kak, ada satu tu je lagi. Last stock.” Suara seorang gadis menegurku dari balik rak. Has yang tadinya duduk berjarak denganku segera menghampiri. 

            “ Kosong aje ni In, pensyarah tu suka tak nantinya ni? Kang tak pasal-pasal dia minta engkau belikan yang lain pulak,” ujar Has disisiku. Aku mendengus kecil.

            “ lantak dia. Aku dah beli baju ni pun dah kira ok tau tak. Nak cantik-cantik beli sendiri. 10 ringgit ni tau, ingat murah? Habis duit aku bulan ni….” aku membebel. Tanpa berfikir panjang, aku segera menghulurkan baju kepada gadis jurujual dan mengekori langkahnya menuju ke kaunter. Errmm….tak pasal-pasal malam ni aku harus membeli barang yang langsung tak pernah dirancang dan terfikir oleh aku selama ini. Tapi, daripada aku terus dipermalukan di depan orang ramai macam tadi tu, rasa-rasanya ini yang lebih baik aku buat untuk selesaikan kes accident kami tadi tu. Bertengkar dengan mamat sengal macam tu, selagi tak selesai, jangan harap dia nak lepaskan aku, dan aku pulak malas betul nak cari pasal dengan orang-orang macam ni. Buang karan aje!

            Siap membayar, aku segera mendapatkan mamat out tu yang tengah bersandar kat tepi dinding berhampiran sebuah kedai cenderahati yang berhadapan dengan ATM BSN. Disekelilingnya kelihatan beberapa orang pelajar perempuan yang entahkan kawan atau peminat-peminatnya sedang leka berbual dengannya. Heran betul, perangai sengkek macam tu pun masih jugak ada peminat. Agak-agaknya budak-budak perempuan kat sini memang buta  taste agaknya. 

            Aku menghampirinya. Menghulurkan plastic yang berisi baju yang ku belikan tadi untuknya. Dia mengambilnya kemudian membelek untuk melihat isi kandungan plastik itu. 

            “Putih?saya tak suka putih!” selamba aje dia kutuk pilihan aku. Eiii…bengkaknya!.. kalau ikutkan hati, nak aje aku gigit-gigit telinga dia kasi putus! Sudahlah aku terpaksa perabihkan duit aku nak bayar gantirugi bangang tu untuk dia, boleh lagi dia kutuk pilihan aku. Memang dasar lelaki sombong yang tak tahu nak berterima kasih langsung!

            “ Suka tak suka, saya dah bayar gantirugi. Hal tadi dah kira settle….” Aku tarik lengan Has dan berlalu dari situ. Lantak dia, nak buat apa dengan baju tu. Aku dah malas nak ambil peduli. Apa yang aku kisah sekarang ni, supaya aku cepat-cepat sampai kat bilik Has dan mendapatkan sebuah  bantal untukku bertempik sepuas hati………..

No comments: