" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Thursday, June 2, 2011

ASSIGNMENT CINTA 12

“Hah, dah ok ke? Engkau ni demam apa sampai seminggu?” Serentak aku melabuhkan punggung di atas kerusi di tepi Has dalam kelas hari itu, tiba-tiba aje dia menegur. Aku senyum lemah. Dua tiga orang pelajar sudah mula memasuki kelas. Dari muka pintu, kelihatan nik iskandar datang mendapatkan aku dan Has yang sudah duduk standby nak belajar dalam kelas tu.

“hai, kata demam. Kesian…” ujarnya berseloroh. Aku sekadar tersenyum. Kepala masih terasa pening lagi ni. Hish, ini semua penangan Si binatang yang tak guna tu lah. Tapi aku silap juga, siapa suruh aku masuk kebun yang terang-terangnya dah macam hutan simpan tu.

“ok dah..” jawabku ringkas. Nik Iskandar menarik kerusi di sebelahku dan mendudukinya. Aku pandang wajahnya sekilas sebelum menatap wajah Prof Rosli yang tiba-tiba memasuki kelas. Pelajar-pelajar lain sudah ramai yang duduk mengadap wajahnya.

“ awak, maaf ya, sebab assignment tu jadi tertunda. Part saya tak terbuat lagi. Kalau part awak dah siap, bagi saya ajelah, biar saya yang edit.” Ujarku selepas berjenak-jenak seketika. Rasa macam tak selesa aje, bila tugasan yang diberikan prof rosli dua minggu lepas di buat iskandar seorang sahaja.

“ ok… part saya dah lama siap. Cuma tak tahu bila nak bagi awak aje. Has kata, awak demam.” balasnya. Tetiba plak aku rasa bersalah. Tu lah, masuk lagi kebun orang tanpa kebenaran….

“ demam sikit aje. Tapi sekarang dah ok. Bak sini assignmet tu. Bila siap, saya langsung hantar ya.” Kataku lagi. Nik iskandar angguk-angguk. Sebuah disket biru dikeluarkan dari dalam fail yang sering dibawanya sewaktu menghadiri kelas sehari-hari dan dihulurkannya kepadaku. Aku menyambutnya senang sambil tersenyum. Saat itu juga tak semena-mena aku merasakan macam anak mata sofea asyik duk tenung aku saja. Apa yang aku dah buat sampai dia tengok aku macam nak telan aku aje? Sah! Ni mesti cemburu pasal nik iskandar duduk sebelah aku la ni. Ohhoooo……. rasa best pulak bila tengok reaksi tak puas hatinya tu.

Di hadapan, prof rosli tengah bersiap-siap nak bagi lecture. Hari ini, entah apa lagi lah yang kepala otak aku kena tadah maklumat gamaknya. Apa-apa hal pun, prepare ajelah untuk dapatkan maklumat baru. Semuanya tu kan untuk pengetahuan aku jugak. Untuk masa depan aku juga nanti.

Hampir 45 minit kelas berjalan. Sedaya upaya aku cuba fokuskan perhatian aku dengan pelajaran baru hari itu. Tapi biasaklah kan, kalau otak dah separuh sedar macam ni, yang masuk pun separuh ajelah. Yang selebihnya, aku bagi Has yang record dalam kepala otak dia. Bukan apa, minah tu kuat memory. Kontra betul dengan aku yang kepala 3 suku ni. Tapi heran jugak, 3 suku aku pun, iskandar still nak duduk sebelah aku. Agaknya dia belum kenal lagi siapa si budak In ni agaknya. Kalaulah dia kenal aku dengan apa adanya aku, agak-agak dia still nak duduk sebelah aku macam ni? Ermmm…..

Di sisinya, sesekali aku curi-curi juga melihat wajah lelaki itu. Memang dia hensem. Patutlah ramai budak-budak perempuan ku tengok suka sangat berdampingan dengan mamat ni. Dah tu pulak, dia peramah jugak orangnya. Tak kira siapa, lelaki perempuan semua dilayan mesra. Jangan-jangan dia playboy jugak? tapi, setakat aku kawan dengan dia dua tiga minggu ni, nampak macam gentleman. Entahlah, karektor orang susah nak dibaca kalau kita tak kenal orang tu betul-betul kan? So, alang-alang dia nak sangat jadi ahli group aku ni, apa kata aku nak ambik peluang ni untuk mengenali dia dengan lebih rapat lagi. Lagipun Has kata, dia ada bagi sign nak kawan-kawan dengan aku kan? So, apa salahnya kalau kita kawan-kawan?
Lagipun aku tahu, aku tak boleh nak harapkan yang lebih-lebih daripada mamat ni, sebab aku pun baru jer kenal dengan dia. Takkan dah nak harapkan dia tetiba aje jadi pak we aku, gila apa? Lagipun kalau berkawan, aku tak adalah nak dirasut perasaan cemburu buta dengan dirinya yang selalu sangat didampingi budak-budak perempuan kat kampus ni. Tambah-tambah lagi bila mamat ni ambil course IT. Sekarang ni kan, zaman IT. Kira ok ar kepala otak dia kalau dibandingkan dengan otak sastera aku ni.

Amboi, kemainnya aku berkhayal ntah apa-apa pasal mamat kat sebelah aku ni, Prof Rosli yang terkumat-kamit di depan tu apa citer. Aisey, apa benda lagilah yang disuruhnya sampaikan Has kelam-kabut menyalin tugasan kat atas nota-notanya kat sebelah kiri aku ni.
“ buat apa lagi Has?” soalku perlahan. Has memandang wajahku sekilas.
“ tugasan individu.”

Gulp! Tugasan lagi. Hai, Bilalah aku nak habis belajar ni. Hari-hari kerjanya duk mengadap buku dan tugasan aje.

“ tajuk apa?”

“ tu…”

Oh iya, transparancies masih terpasang kat depan. Tu lah, khayal lagi. Aku berpaling melihat Nik Iskandar kat sebelah kananku. Wah, dah siap salin rupanya mamat ni. Cepat betul.

“ bila nak kena hantar?” aku Tanya Has lagi. Has pandang aku cuak.

“ engkau ni kenapa? Tadi tak dengar ke?”

Aku menggeleng sambil tersengih.

“ ermmm…berangan la tu!”

“ biasak ar…”

“ minggu depan.”

Hmmm…ok le minggu depan. Minggu ni boleh settlekan tugasan group ni dulu. Aku mengeluh lega. Sedikit melapangkan kepala otak dengan tugasan yang datang bertimbun-timbun. Dah seminggu aku tak jengok assignment aku tu, habis bila nak settle. Kelas pengantar matematik tu kena buat latihan pengiraan lagi pulak. Huh! Tensionnya!

“ok, kelas untuk hari ini sampai sini saja. Pastikan tugasan saya tu semuanya hantar minggu depan. Kalau ada yang tak faham, jumpa saya kat bilik.” Tetiba aje gegendang telinga aku menangkap suara Prof Rosli bercakap kat depan kelas. Yes! Kelas habis jugak untuk hari ini. Bestnya!

“so in, awak ada kelas lagi tak lepas ni? Jom kita gi minum…” sejurus Prof Rosli menutup pintu kelas, Nik Iskandar mempelawaku. Aku tersentak. Apahal mamat ni? Tetiba aje. Rasa macam tak percaya pulak. Maklumlah, selama aku berstatus anak dara ni, dah jarang aku nak joint minum-minum dengan budak-budak laki dah. Kawan-kawan aku pun sorang dua aje budak lelaki, yang ramai perempuan aje.

Dalam dua alam, aku menggelengkan kepala perlahan-lahan.

“tak apalah, saya ada hal lepas ni. Lain kali ya!” pelawaannya ku cuba tolak dengan sopan. Bukan apa, aku tak nak pulak nantinya tetiba aje aku dicepuk girlfriend mamat ni kalau-kalau perempuan tu terserempak kami kat kafe tu nanti. Kang tak pasal-pasal aku terdemam lagi! Girlfriend? Tapi siapa girlfriend mamat ensem ni ek? So far, tak derlah pulak aku tengok dia ngedate dengan sesiapa. Biasanya kalau kami terserempak kat mall, library tak pun kat mana-mana, selalunya dia lebih gemar lepak beramai-ramai dengan kawan-kawannya. Tapi nak kata dia single, hish! Tak percaya dek akal waras aku ni….orang ensem macam ni solo lagi? Unbelieveablellah.

“ ermmm…ok. Kalau gitu, lain kalilah. Saya pergi dulu,” aku menganggukkan kepala. Nik Iskandar akhirnya menolak kerusi yang didudukinya dan berjalan keluar kelas.

Jadi keluar aje kelas hari tu, aku ingat bolehlah lepas ni aku balik rumah sewa sambung tidur. Bagi kepala ok sikit. Tapi si Has pula bagitahu katanya ada seminar untuk pelajar-pelajar kelas teknologi komunikasi. Batch aku la tu. Arghh…, malas betul rasanya nak masuk. Bukan apa, kepala masih sengal-sengal lagi ni, tak sanggup rasanya nak duduk berlama-lama mendengar ceramah yang entah apa-apa tu. Tapi, kalau aku tak pergi, nanti attendance aku kosong. Sudahlah minggu lepas, banyak kelas ruangan nama aku banyak yang kosong, hari ini pun nak tuang juga, kesian mak bapak aku kat kampung. Hantar aku kat sini suruh aku belajar rajin-rajin, bukan suruh aku ponteng kelas. Hish, tak boleh jadi. Masuk jugaklah. Lagipun sekejap aje. Dua jam aje…….tapi, dua jam tu sekejap ke?


sambungannya:

Novel Online: Assignment Cinta 13

No comments: