" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Saturday, March 19, 2011

Sesuatu di antara waktu



SESUATU DI ANTARA WAKTU
RODIN- BLUES SELAMANYA
( OGOS 2006) 






Sebenarnya persoalan apa yang kita cari dalam hidup ini tak pernah akan berakhir. Persoalan itu akan terus berulang, berulang , berulang dan berulang! Ini bukan bermakna kita hamba ini belum bertemu jawapan tentang apa yang kita cari, atau bukan kerana kita tak ada jawapan tentang apa yang kita cari, atau bukan kerana kita tak ada jawapan kepada persoalan itu, namun, sebenarnya persoalan itu akan terus bergema sebagai tanpa peringatan, dan mengingatkan kita tentang hala tuju hidup dan kehidupan ini.

Adakah kita bosan dengan sesuatu  yang sentiasa diulang-ulang? Adakah kita tak suka dengan hal-hal yang kita anggap ' tak perlu diulangi' untuk kedua dan ketiga kalinya dalam hidup ini? Memang! Hampir setiap daripada kita adakalanya cukup tak suka dengan situasi begitu, namun ada waktunya pula kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan selain menerima apa yang ada sebagai sebahagian hakikat hidup dan kehidupan ini.

Tahukah kita, apa yang cari dalam hidup dan kehidupan ini? sekali lagi ia hanya satu soalan biasa. namun, soalan biasa inilah yang kebanyakan diantara kita tidak mampu, tak tahu bagaimana ingin menjawabnya. Malah tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa, ramai yang tidak tahu apa yang mereka cari dalam hidup dan kehidupan ini. Malang, sungguh malang sekali!



Untuk menjawab dan mencari jawapan, kita hamba ini harus kembali kepada asalnya. Kepada asal usul kita. Mengapa kita ini dilahirkan ke dunia. Mengapa Maha Pencipta  menganugerahkan hidup dan kehidupan ini kepada kita. Sesungguhnya dari-Nya kita datang, dan...kepada-Nyalah jua kita dikembalikan.

Kita hamba ini akan pulang kepada pencipta kita. Maha pencipta tidak pernah menyusahkan hamba-hambaNya dan sentiasa memberi kemudahan untuk kita hamba ini menjalani kehidupan di alam fana. Pelbagai anugerah tak terhitung untuk kita yang Dia telah titipkan. Malah, Dia maha pemurah juga telah menyediakan untuk kita landasan menuju destinasi sebagai jalan kesudahan hidup dan kehidupan di alam fana ini. Kemudian kita akan berehat seketika di perhentian sebelum meneruskan kehidupan abadi.

Tentang pilihan dalam hidup dan kehidupan ini, ramai di antara kita sekalian hamba seringkali buntu, lalu menganggap dirinya sudah tiada pilihan. Sebenarnya pilihan itu sentiasa ada, dan kita sekalian hamba ini memang berhak  serta mempunyai pilihan. Apapun, akibat berasa diri sudah tidak punya pilihanlah makanya ' pilihan-pilihan' yang ada menjadi kabur sekaligus hilang dari pandangan.Pilihan tetap dan sentiasa ada, tetapi kita sendirilah yang seringkali melenyapkan pilihan-pilihan itu.

Dalam hidup dan kehidupan ini, kita sekalian hamba diberi dua pilihan paling besar, yakni pilihan yang benar dan pilihan yang salah. Tak usah menafikan bahawa kita buta untuk memilih di antara keduanya. Tetapi kebanyakan kitalah yang membutakan diri dalam membuat pilihan. Sengaja memilih yang salah dek kerana nikmat sementara di alam fana. Dan apabila segalanya sudah terlanjurmengapa baru mahu sedar bahawa yang dipilih adalah pilihan yang salah? Segelintir kita hamba ini lebih suka menyalahkan keadaan berbanding menyuluh salah sendiri!

Pilihan yang benar dan pilihan yang salah, pada dasarnya dan pada pandangan kasarnya juga sudah boleh dibezakan. Hukum logik akal kita sekalian hamba ini juga sudah cukup mampu untuk menilainya. Tak usah berkerut-kerut dahi mendalami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Menjadi yang baikdan terbaik. Apabila kita membuat pilihan yang benar, sudah tentu ia adalah pilihan yang baik. sesungguhnya kita berusaha untuk menjadi yang baik sekaligus mempertingkatkannya menjadi yang terbaik!

(dipetik daripada Majalah blues selamanya- editor RODIN, 1 Ogos 2006)
sekadar berkongsi rasa kerana nukilannya seringkali membuatkan daku kembali merenung diri sendiri...

No comments: