" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Penegasan AFORISME daripada LAT



Sesiapa menonton drama Lat Kampung Boy sebuah muzikal arahan Hans Isaac dan Harith Iskandar, pada 23 Mac lepas, pasti menemukan ayat aforisme ini; " Buatlah apa-apa yang anda sukai, dan sukailah apa-apa yang anda buat," Ayat itu dikemukakan guru Lat. Dia berpesan dalam bahasa Inggeris " Do what you like, and like what you do.". Mengikut drama itu, Lat amat mengingati pesanan tersebut.

     Jadi, " Dapatkanlah apa-apa yang kamu kehendaki, dan kehendakilah apa-apa yang kamu dapati."
      Kata-kata itu sebenarnya satu falsafah. Jika kita betul-betul berpegang pada maknanya, kita tidak memerlukan kata-kata semangat lain, Jika kita berbuat sesuatu yang kita sukai, minati, bahkan gilai', maka kita akan berjaya melaksanakannya dengan baik. 



   Berkaitan itu, kepada sesiapa sahaja, jika anda ingin maju, lakukan kerja mengikut 100 langkah yang dirancang, diulangi 100 langkah!
   Pertama, pastikan kerja apakah yang paling anda minati
   kedua, mulalah lakukannya
   ketiga, carilah kesilapan dan baikinya
   keempat, buatlah kerja itu bersungguh-sungguh
   kelima,  bersungguh-sungguh juga
   keenam, terus bersungguh-sungguh
   dan demikiankan seterusnya- ketujuh, kelapan kesembilan dan ke 10- ke 100. semuanya bersungguh-sungguh. 

   Sebenarnya, langkah usaha itu bukanlah sekadar 100, mungkin 1,000 atau berpuluh-puluh ribu. Semuanya  ialah bersungguh-sungguh. Jika tidak bersungguh-sungguh, kecemerlangan tidak akan tiba.

   Apabila kita buat apa yang kita sukai, kita akan menyiapkan sejumlah kerja. Kadang-kadang amat banyak, sehingga kita sendiri pun hairan, contohnya penulisan novel. Bagi yang bernafsu tinggi untuk menghasilkan novel, tetapi tidak suka memulakan dan tidak mahu patuh pada langkah-langkah, nafsu tinggal nafsu. Mungkin orang seperti itu perlu menghayati pesanan Donna Levin yang menulis buku Get the Novel  Written. Dia berpesan dengan bahasa mudah; A hard working writters usually gets better results  (penulis rajin akan memperoleh hasil yang baik)

   Lat dalam drama itu amat suka melukis, Ketika masih kecil, dia dimarahi ibunya kerana melukis di lantai rumah. Bapanya memahami, lalu membawa balik kertas lukisan. Lat terus melukis.
   Di dalam kelas di sekolah, Lat melukis juga- dia disukai kawan-kawan dan guru. Semua itu ialah galakan agar dia terus melukis. Dia kemudiannya mendapat pekerjaan di syarikat akhbar, sebagai wartawan bahagian jenayah. Apabila kartunnya tersiar dalam asia magazine, jalan hidupnya berubah. Dia kemudian dikehendaki oleh A. Samad Ismail ( Editor Kanan) agar terus melukis sahaja. Seterusnya, seperti diketahui umum, Lat amat berjaya dalam bidang seni lukis kartun.
   Kejayaan Lat membawanya ke beberapa negara Eropah. Dia disanjung, hingga masanya untuk bersama-sama keluarag menjadi amat kurang. Dia masyhur secara mendadak. Dalam keadaan demikian, dia perlu membuat keputusan bijak.
   Drama itu ternyata berkesan. Kita dapat memahami kehidupan Lat, seorang kartunis ikon negara. Kejayaannya ditentukan oleh sikapnya yang jelas terhadap perkara yang diminatinya. Dia minat melukis, tidak pernah berasa bosan melaksanakan kerja melukis. Apabila dia dikehendaki melukis untuk akhbar, dia menjadi kartunis profesional.


   Kesungguhan ialah punca kejayaan Lat. Selain itu, dia mendapat galakan daripada bapanya sejak kecil lagi. Mengikut jalan cerita drama tersebut, ibunya kurang memahami jiwanya ketika dia kecil.Walaubagaimanapun, Lat tidak memberontak, sikap ibunya pun menjadi bahan jenaka baginya.

     Dalam drama ini, aforisme untuk mencapai kejayaan ialah; buatlah apa-apa yang anda sukai, dan sukailah apa-apa yang anda buat. Seterusnya, nilai-nilai murni yang dimuatkan ialah kasih sayang dan rasa tanggungjawab kepada keluarga. 

(Petikan ulasan daripada ROHMAN SHAARY - tutorial ahad, akhbar sinar harian, 27 mac 2011)



perkongsian panduan temuduga bagi pencari kerja kerajaan;
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=penatimur24


Tentang LAT;