" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Apakah cinta abadi?




Lelaki jatuh cinta pada wanita dan wanita pula akan jatuh cinta pada lelaki, suatu perkara yang memang biasa. Tapi berapa ramai umat islam yang menaruh cintanya kepada Allah, sedangkan itulah cinta yang dituntut.

Sesungguhnya cintakan Allah adalah suatu yang abadi, itulah cinta hakiki. Dan Allah meletakkan taraf mereka ini setaraf dengan orang yang di muliakanNya iaitu para rasul dan wali Allah. Memang, Rasul dan para wali Allah sangatkan cintakan Allah. Mereka mengingatiNya selalu. Biar dimanapun mereka berada, ingatan  kepada Allah dan hukum Allah tidak diabaikan. Biarpun ada halangan di persimpangan, kecintaan kepada Allah tidak pernah berbelah bahagi.

Atas kecintaan itulah akhirnya mereka diberi perhatian oleh Allah, ertinya cinta mereka berbalas. Dan kerana itulah apa sahaja yang mereka pohonkan akan diperkenankan Allah. Bukan itu sahaja, mereka sentiasa dipelihara Allah dari sebarang bencana. Umat islam hari ini sepatutnya mencontohi mereka dalam meletakkan cinta, yang utamanya cinta kepada Allah dan kemudian baru cinta kepada yang lainnya. Biarpun cinta seumpama ini susah diperolehi kecuali mereka yang beriman. Sesungguhnya seseorang islam yang beriman sahaja yang boleh meletakkan cinta seperti yang disebutkan di atas. Firman Allah; 'Dan orang yang beriman terlalu amat kasih kepada Allah," ( Al-Baqarah)

Kenyataan ini tidak boleh dinafikan lagi. Apa lagi sudah terbukti bahawa seseorang yang beriman selalu ingatkan Allah. Mereka ini apabila disebut nama Allah gementar hatinya, apabila di baca ayat Allah bertambah imannya. Dan mereka berserah kepada Allah dalam soal jaya atau tidaknya dalam semua urusan yang dilakukan.

p/s Orang kata, cinta itu buta. tapi kita akan lebih buta kalau membiarkan nafsu mengepalai segala-galanya. Jom saya kongsikan dengan anda tip-tip bercinta. Panduan ini untuk lelaki sebenarnya, tapi bagi yang perempuan tak salah nak baca atau hadiahkan aje kepada yang tersayang. mana tahu, yang baik menjadi yang lebih baik....:)
http://www.panduancintalelaki.com/index.php?ref=penatimur24

http://www.panduancintalelaki.com/index.php?ref=penatimur24