" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

7 cara menghalau STRESS




1. JALAN-JALAN
dengan bersukan, fikiran dan tubuh akan menjadi segar kembali. Tetapi kamu tidak perlu menghabiskan wang yang banyak ( itu akan lebih menyebabkan kamu stress) dan masa yang banyak di Gym untuk bersukan. Berjalan sepuluh minit sahaja sudah cukup untuk meletihkan kamu. Saat kamu bersukan, tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon yang dinamakan BETA-ENDORPHINS yang akan menghalang hormon stress dari menjalar ke suluruh tubuh. Sebab itulah kenapa selepas bersenam kita akan merasa nyaman dan tenang. Sekiranya stress telah menjalar ke seluruh tubuh dan melebihinya, badan akan bertindak dengan dua cara, melawan atau membiarkannya. 

2. MENELEFON TEMAN
Pernah kamu merasa lega setelah kamu berbual-bual dengan kawan baikmu? Itu adalah bukti bahawa mempunyai kawan untuk meluahkan perasaan bagus untk kesihatan kerana ini meningkatkan semangat untuk terus hidup. Kajian juga membuktikan mempunyai kawan baik dalam membantu kamu menurunkan tekanan darah, ketegangan, kerunsingan dan yang paling penting boleh membuatkan kamu kembali ketawa. Dorongan dan semangat yang diberikan mmpu membuatkan kamu lebih bertenaga. 

3. KURANGKAN KAFEIN
kalau kamu telah mempunyai tabiat minum empat hingga lima cawan kopi setipa pagi, lebihbaik kamu hentikan atau kurangkan. Kafein yang terkandung dalam kopi yang kamu ambil sebenarnya boleh meningkatkan tekanan darah dan menambah pengeluaran hormon adrenalin sejenis hormon stress. Selain itu, kehadiran kafein yang berlebihan boleh menyebabkan badan kita memberi respon yang agak melebih-lebih . Mungkin benda itu tu tak delah stress mana pun, tapi disebabkan  oleh ransangan kafein di tambah hormon stress yang dihasilkan, kita dh jadi macam tak betul, mereng semacam je..

4.LUANGKAN MASA SELAMA 10 MINIT
walau sesibuk mana pun kamu, tak kiralah kamu ni polis ke, doktor bedah ke, ataupun suri rumah tangga yang terpaksa berkejar ke sana sini menguruskan anak, luangkan masa untuk diri kamu sendiri untuk mengembalikan keyakinan. Memang 10 minit yang kamu luangkan itu tidak akan mengubah masalah dunia, tapi ia mampu memberikan kamu ketenangan dan rileks. Habiskan waktu itu untuk benda yang benar-benar kamu ingin lakukan. Tidur, berenang atau mungkin sahaja mandi air panas. ikutlah yang mana satu pilihan kamu. 

5. KETAWA BERSAMA
walau seberat mana pun masalah yang kamu tanggung. ketawalah kerana ia dapat mengurangkan beban yang sedang dipikul sekarang. Memang ada yang kata, macam mana saya nak ketawa di saat sepatutnya saya meratap pilu, tapi tak ada salahnya kalau kita tersenyum ataupun ketawa mengenangkan kembali saat-saat indah yang pernah datang daam hidup. ketawa serta lawak jenaka boleh menyebabkan kamu terlupa masalah kamu walaupun untuk seketika. Malah ketawa juga boleh meransang pengeluaran hormon beta endorphin iaitu hormon yang sama dikeluarkan ketika kita bersenam. Malah hormon ini juga membantu membuatkan kamu lebih yakin serta mampu melindungi sistem imunisasi kamu. 

6. URUTAN
Kalau kamu stress, bahu dan otot di sekitar leher akan menjadi tegang. Jika otot tegang terlalu lama, aliran darah akan akan menjadi kurang  akibatnya otak tidak boleh bernafas dan akhirnya ia akan sakit. Sebab itulah urutan  sangat membantu dalam menghilangkan ketegangan pada otot. Meningkatkan tahap emosi dan membiarkan darah mengalir dengan lebih lancar. Beta endorphin pun dapat dilepaskan melaui amalan berurut dan itu membuatkan kita lebih rileks.

7. TAHU BATASAN
dan akhir sekali, kamu mesti tahu batas. Tahu setakat mana kemampuan kamu. Kamu harus sedar ada abenda yang tak mampu kamu lakukan seorang diri. Catat perkara yang benar-benar harus kamu kerjakan dan yang mana harus dijalankan bersama. dengan cara ini, kamu akan terasa beban yang sedang kamu tanggung akan dikongsi oleh orang lain dan kamu akan terasa lebih senang dan rilkes. Tak perlu bebankan emosi dengan benda yang bukan di bawh tanggungan kamu sebenarnya. Ada masa biar orang yang lebih pakar menguruskannya. 

HIDUP INI CUMA SEKALI, OLEH ITU NIKMATILAH IA DENGAN CARA YANG BIJAK. JANGAN BIARKAN STRESS MENHANTUI HIDUP KAMU.