" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

resepi

MUFFIN BUTTER

100g marjerin
100g buttercup
180g gula kaster
3 tbsp tepung kastard
225g Tepung Naik sendiri ( diayak terlebih dahulu)
4 biji telur


Bahan-bahan
1. bancuhkan marjerin, buttercup dan gula
2. masukkan telur satu persatu- adun biar sebati
3. masukkan tepung kastard dan tepung naik sendiri ( tepung rose)
4. bakar pada suhu 180'c dalam masa 15m.
( sebelumnya panaskan ketuhar selama 1/2 jam)



 Kek Coklat

2 biji telur
2 gelas gandum
1 gelas minyak masak
1 gelas susu pekat
1 gelas gula kastard/ kasar
1 gelas air
1 gelas koko
1/2 sd kecil ovallete
1 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil baking powder

Semuanya diputarkan sekali sehingga telur kembang dan gula hancur. bakar pada suhu 180'c selama 60 m



Resepi Puding Emas (1970an)

(Ayat 1970an)

Bahannya

1/2 tahil agar-agar
4 biji telur ayam
1 cawan gula
1/2 cawan gula untuk dihanguskan
3 cawan air sejuk

Peraturannya

Masak agar-agar dengan 3 cawan air sejuk sampai mendidih, pukul merah telur dengan 1 cawan gula sampai hancur betul.
Agar-agar tadi angkat dan tapis, dicampurkan dengan adunan telur dan gula yang dipukul tadi, jerang semula ke api hingga mendidih, masukkan pula gula 1/2 cawan yang dihanguskan tak pakai air tadi kacau perlahan-lahan angkat dan tuang dalam loyang agar-agar sejukkan.

Bahan-bahan:

1/2 tahil agar-agar (18.9 gram)
4 biji telur, ambil kuning sahaja
1 cawan gula
1/2 cawan gula, hanguskan tanpa air (karamel)
3 cawan air sejuk

Cara Penyediaan:

Masak agar-agar bersama 3 cawan air hingga mendidih.
Sementara itu, pukul 1 cawan gula bersama telur kuning hingga gula hancur sepenuhnya.
Angkat agar-agar yang telah mendidih dan tapis ke dalam adunan telur tadi.
Panaskan adunan ke atas api sehingga mendidih.
Masukkan gula hangus dan kacau perlahan-lahan.
Angkat dan tuang adunan ke dalam loyang agar-agar.
Sejukkan.

Resepi Puding Telur Bersantan


Bahan-bahan:

5 biji telur puyuh – rebus dan buang kulit
3 biji telur ayam
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
4 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air


Cara penyediaan:

Panaskan air dalam pengukus.

Masukkan telur, santan, garam dan tepung jagung dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam gelas. Kukus selama 10 minit.

Enak dimakan bersama roti.


Resepi Puding Telur


Bahan-bahan:

350 ml air
100 gram gula perang
60 gram gula pasir
50 gram agar-agar kering
50 ml susu cair
6 biji telur ayam
2 helai daun pandan


Cara penyediaan:

Rendam agar-agar selama sejam dan toskan.
Jerang air, masukkan agar-agar yang telah ditoskan, gula pandan dang la perang. Kacau hingga agar-agar larut sepenuhnya. Tapis.

Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula pasir hingga kembang. Masukkan susu cair dan kacau rata.

Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit sambil di kacau ke dalam periuk agar-agar tadi.

Akhir sekali tuangkan agar-agar ke dalam acuan atau gelas. Biarkan sejuk dan mengeras.




Resepi Telur Brulee dan Jem Nenas


Bahan-bahan:
200 gram nenas – potong dadu kecil
150 gram gula pasir
100 gram gula kastor
5 biji kuning telur
1 ½ cawan susu cair
½ cawan air
½ sudu the esen vanilla
Cara penyediaan:
Pukul gula kastor bersama kuning telur hingga kembang.
Masukkan esen vanilla. Kacau hingga rata.
Panaskan susu cair sehingga hamper mendidih. Tuang susu ini ke dalam bancuhan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga rata.
Tuang kesemua adunan ke dalam periukdi atas api kecil dan kacau lagi hingga pekat dan masak tapi jangan terlebih masak.
Dalam periuk lain, cairkan gula pasir dengan air. Masak hingga gula keperangan. Masukkan nenas dan masak hingga pekat menjadi jem. Sejukkan.
Dalam gelas, masukkan jem nenas diikuti krim brulee di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Puding mee telur
Bahan-bahan:

120 gram mi telur
100 gram gula pasir
80 gram kismis
2 biji epal hijau – diparut
4 biji telur ayam
1 sudu kecil jus lemon
½ sudu kecil kulit kayu manis
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:

Rebus mi telur hingga kembang. Toskan airnya hingga kering. Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan mi telur, kismis, jus lemon, garam, serbuk kayu manis dan epal. Kacau rata. Tuangkan ke dalam dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas minyak.
Bakar dalam ketuhat pada suhu 180C sehingga puding perang dan ranggup dalam anggaran selama 40 minit.

 

 

 

 

Resepi Puding Telur dan Roti


Bahan-bahan:

150 gram kismis
120 gram gula pasir
100 gram mentega
10 keping roti sandwich
5 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Untuk sos-

80 gram gula pasir
3 biji kuning telur
1 cawan susu cair
½ sudu kecil esen vanilla


Cara penyediaan:

Masukkan telur, susu cair dan gula di dalam mangkuk. Kacau hingga rata.
Masukkan mentega dan kacau lagi hingga sebati.
Rendamkan roti dalam bancuhan hingga kembang.
Susun roti di atas dulang pembakar. Tabur sedikit kulit kayu manis dan kismis.
C selama 45 minit.
° Tuang lebihan bancuhan telur di atas roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180
Hias dengan telur kuning di atas puding. Telur ini diletakkan semasa puding di dalam ketuhar.
Hidangkan bersama sos.

Untuk sos-
Pukul kuning telur bersama gula hingga kembang.
Panaskan susu cair hingga separuh mendidih.
Tuang susu sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur tadi.
Masukkan esen vanilla.
Masak semula sehingga pekat berkrim.




Resepi Telur Krim Gula Hangus


Bahan-bahan:

Untuk Gula hangus-

100 gram gula
1 sudu kecil air

Untuk Krim-

1 cawan susu cair
5 biji telur ayam
½ cawan gula pasir
½ sudu kecil esen vanilla


Cara penyediaan:

Dalam periuk kecil, masakkan gula halus dan air hingga cair dan bertukar warna menjadi perang.
Masukkan 3 sudu makan gula perang ini ke dalam setiap gelas kecil.

Campurkan semua bahan krim dalam sebuah mangkuk. Kacau sehingga sebati. Tapis dan masukkan ke dalam setiap gelas tadi sama rata.

Sementara itu panaskan air di dalam pengukus.

Susun gelas-gelas yang telah diisi tadi ke dalam pengukus. Kukus sehingga masak dalam anggaran 10-15 minit.

Resepi Puding Mocha

Bahan A

1 liter air
200 gram gula pasir
20 gram serbuk agar-agar

Bahan B

410 ml susu cair
6 biji kuning telur

Bahan C

1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu the serbuk kopi segera
2 sudu besar tepung jagung

Bahan D

3 biji putih telur
50 gram gula halus

Cara penyediaan:

Satukan bahan A di dalam periuk. Panaskan di atas api kecil.
Dalam bekas lain, satukan bahan B dan pukul sebati.
Dalam bekas lain, satukan bahan C dan gaul sebati.
Satukan bahan A dan B. Kacau rata.
Tapis adunan yang telah dikacau sebati tadi ke dalam periuk yang berisi bahan A tadi.
Kacau hingga pekat dan tutup api.
Sementara itu satukan bahan D dan pukul hingga separuh kembang.
Tuangkan bncuhan bahan D ke dalam adunan agar-agar yang telah di masak tadi.
Kaup dan balikkan sehingga sebati.
Tuang ke dalam acuan puding yang anda sukai.
Sejukkan hingga keras. Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Sedap dimakan sejuk bersama koktail buah-buahan.

 

Resepi Puding Lapis

Bahan A:

½ bungkus agar-agar
125 ml air laici
10 biji buah laici
200 ml air
125 gram gula
Sedikit pewarna merah

Bahan B:

½ bungkus agar-agar
200 ml air
125 gram gula
½ tin krim jagung
¼ tin susu cair
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
Sedikit pewarna kuning

Bahan C:

½ bungkus agar-agar
200 ml air
2 keping roti
1 sudu kecil serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung
125 gram gula


Cara penyediaan:

Untuk menyediakan bahan A, masak agar-agar dengan air hingga mendidih.
Masukkan gula, air laici, buah laici dan pewarna merah. Kemudian tuang ke dalam bekas.

Untuk menyediakan bahan B, masak agar-agar dengan air hingga mendidih.
Masukkan gula, susu cair, krim jagung, tepung jagung, tepung beras dan sedikit pewarna kuning. Kacau sehingga masak. Kemudian tuangkan ke dalam bekas di atas bahagian A tadi.

Untuk menyediakan bahan C pula, rendam roti bersama koko sehingga kembang. Masak agar-agar bersama air sehingga mendidih. Masukkan gula, serbuk koko roti yang direndam serta tepung jagung. Kacau hingga betul-betul masak. Kemudian tuang ke atas bahan B tadi. Biarkan sejuk dan memejal. Hiaskan dengan hirisan limau dan kulit kayu manis.

Resepi Puding Beras Mangga


Bahan-bahan:

250 gram perisa mangga
100 gram beras
200 gram susu cair
2 biji buah mangga
10 biji cili merah
2 liter air
250 gram gula

Cara penyediaan:

Rebus beras bersama susu cair dan gula. Angkat setelah nasi kembang
Didihkan air. Apabila sudah mendidih masukkan ke dalam mangkuk besar.
Masukkan perasa mangga perlahan-lahan hingga larut.
Masukkan nasi yang telah kembang tadi dan gaul rata.
Tuangkan ke dalam acua dan sejukkan.
Akhir sekali hiaskan dengan hirisan buah mangga dan buah ceri.

 

Resepi Kek Puding Jeli


Bahan-bahan:

1 kotak jeli
2 cawan air panas
5 sudu besar tepung kastard
½ tin susu cair
3 cawan air
1 gulung kek swiss roll
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Bancuh tepung kastard dengan air, susu cair dan garam. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
Susun potongan kek di dalam bekas. Tuang adunan pudding di atas susunan kek. Sejukkan puding hingga keras.Guris permukaan puding dengan pisau.
Kacau serbuk jeli dengan air panas hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas puding tadi dan sejukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.





Resepi Kastard Koktail Berkrim


Bahan-bahan:

4 sudu besar tepung kastard
1 tin buah-buahan campuran
125 ml susu cair
2 sudu besar kismis hitam
4 cawan air
Gula dan garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Campurkan 4 cawan air dengan tepung kastard. Kacau sebati dan tuangkan pula air buah-buahan. Kacau atas api kecil hingga masak. Masukkan buah-buahan campuran dan kacau sehingga rata. Tuangkan ke dalam mangkuk dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

Untuk membuat kuah, campurkan 2 sudu besar kastard dengan 1 cawan air. Kacau hingga larut. Masukkan susu cair dan kacau lagi hingga pekat. Masukkan kismis hitam dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

Hidangkan puding bersama kuah dan hiasi dengan buah ceri.

 

Resepi Jongkong Pandan




Bahan-bahan:

500 gram tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
6 cawan air daun pandan

Bahan kuah:

375 ml santan
4 ketul gula kabung
1 sudu makan tepung jagung

Cara penyediaan:

Adunan 1
Letakkan periuk di atas api sederhana.
Masukkan tepung beras, tepung jagung dan jus pandan. Kacau sebati sehingga tepung masak.

Adunan 2
Masak gula kabung dengan sedikit air.

Adunan 3
Masakkan santan bersama sesudu besar tepung beras dan secubit garam. Kacau perlahan-lahan sehingga masak.

Cedok adunan 1 ke dalam mangkuk/cawan, masukkan sedikit 2 diikuti dengan adunan 3.
Sedia untuk dihidangkan.




Resepi Puding Laici


Bahan-bahan:

30 gram agar-agar
250 gram gula
3 sudu besar tepung kastard
6 cawan air
2 cawan air laici
1 butir telur
1 sudu marjerin
3 helai daun pandan (disimpulkan)
1 tin susu cair
Sedikit pewarna kuning
Sedikit pewarna coklat

Cara penyediaan:

Masak agar-agar bersama air dan daun pandan. Bila mendidih, masukkan tepung kastard yang dicampurkan dengan susu, telur marjerin, air laici dan gula.
Bila sudah masak, bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan warna kuning dan 1 bahagian lagi dicampurkan dengan warna coklat.
Kemudian tuangkan ke dalam acuan bermula dengan warna coklat diikuti dengan warna kuning. Sejukkan.
Setelah memejal, keluarkan dari acuan, hiaskan dengan potongan buah laici dan ceri di atasnya.

 

Resepi PUDING AISKRIM KELADI

Bahan
2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu]
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim keladi
pewarna purple
hiasan..sebarang pilihan

Cara
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiekrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.

Resepi Puding Karemel Buah Peach

Bahan-Bahan :

5 biji telur
1 tin susu cair
1 tin buah peach (diasingkan airnya)
sedikit air suam
1 cawan gula hangus

Cara Membuatnya:

1. Pukul telur hingga sederhana kembang. Masukkan susu dan pukul lagi.
2. Kemudian masukkan air buah peach tadi.
3. Sementara itu, sediakan air gula hangus dalam mangkuk kaca yang boleh dikukus.
4. Tuang telur yang telah dipukul tadi kedalam air gula hangus.
5. Kukus selama 45 minit. Pertengahan kukus, atur buah peach diatasnyer
dan kukus semula hingga masak.

 

Resepi Puding Telur

3 biji telur
100gm gula
400cc susu

Panaskan susu
Putar telur dan gula
Tuangkan susu panas sedikit demi sedikit sambil adunan dikacau
Bila sudah berbuih,tapis adunan
Kukus lebih kurang 15 minit dan sejukkan

Boleh dihidangkan dengan karamel, krim putar [whip krim] dan sebagainya

Resepi Puding Roti

Bahan-Bahannya:

1/2 buku roti
santan dr 1 biji kelapa
gula dan garam secukup rasa

Cara-Caranya:
1. susunkan roti lapis demi lapis dalam loyang. Selepas tuh curahkan
santan kelapa yang dicampurkan dengan gula dan garam ke atas roti tersebut.

2. lepas tuh kukuslah sampai roti dan santan dah sebati..

OPTION :

1. kalau tak nak lapis-lapiskan pun boleh... kita ramas-ramas sampai sebati dengan gula dan santan tu, kalau nak bagi lagi sedap, untuk sebuku roti tu, bolehlah tambahkan 3-4 camca besar margerin.
2. Kemudian, kalau nak bagi menyelerakan dan berkhasiat untuk kanak-kanak (orang dewasa pun suka jugak), kurangkan gula tapi tambah kismis, sedap youuuuu... tapi nak membakar tu makan masa sikit....

Kalau nak hasilnya senang dipotong, (keras sikit), tambahkan roti tapi kurangkan santan... tapi kalau suka yang lembik-lembik (kena makan dengan sudu), lebihkan santan....




Resepi Karamel Coklat
Bahan-Bahan:
  1. 2¾ cawan tepung serbaguna
  2. 2½ cawan kacang pecan (dicincang)
  3. 2 cawan mentega (dilembut)
  4. 1 cawan coklat chip (semisweet)
  5. ½ cawan gula halus
  6. ¼ cawan sirap jagung
Cara:
  • Panaskan ketuhar pada suhu 190C.
  • Sapukan dulang pembakar berukuran 15x10 sm dengan mentega.
  • Pukul satu cawan mentega dan gula halus hingga berkrim.
  • Kemudian masukkan telur dan pukul hingga kembang.
  • Masukkan tepung serbaguna dan gaulkan hingga sebati.
  • Masukkan doh ke dalam dulang pembakar.Tekankan supaya mampat dan rata.Bakar selama 20 minit atau hingga masak.
  • Karamel; satukan lebihan mentega, gula perang dan sirap jagung dalam periuk.Masak dengan api sederhana hingga mendidih sambil dikacau selalu.
  • Kemudian didihkan lagi selama dua minit tanpa dikacau.
  • Seterusnya, masukkan kacang pecan, gaul dan diangkat.
  • Curahkan karamel ini atas doh dan bakar selama 20 minit.
  • Taburkan coklat chip ketika karamel panas.Tekankan agar terbenam sedikit.
  • Sejukkan sebelum dipotong empat persegi.Simpan di dalam bekas kedap udara.

LAKSE /  LAKSA KELANTAN

Bahan-bahannya

Sekilo ikan kembung/ selayang
5 ulas bawang merah
3 keping asam gelugur ( tengok kuah, kalau tok sir masam, kurangkan asam gelugur)
½ inci halia
Secubit lada benar (lada sulah)
3 biji bawang putih
2 kilo laksa/ lakse

Cara membuatnya

Rebus/ bakar ikan kembung / selayang.

Tumbuk bawang merah/ bawang putih/ halia/ lada benar bersekali dengan ikan kembung@ selayang tadi.

Masukkan ke dalam santan. Tunggu sehingga menggelegak. Masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.  Pastikan dikacau untuk mengelakkan kepala santan terkeluar daripada periuk.

Boleh dihidangkan.

PULUT MANIS

Bahan-bahannya
250gm beras pulut ( direndam 2 jam)
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Semua bahan-bahan ini dicampurkan, dikukus selama 45 minit

INTI
½ biji kelapa parut
1 ketul gula melaka
½ cawn gula pasir
2 helai daun pandan
( bahan-bahan untuk inti dicampurkan dan dimasak kering)

CARA MEMBUATNYA
Sediakan beberapa keeping daun pisang. Dipotong 4 segi @ memanjang

Ambil beberapa keping daun yang telah dibersihkan kemudian letakkan pulut tadi dengan sedikit inti diatasnya lalu dibungkus kemas-kemas dan sedia untuk dihidangkan.



PULUT CAWAN INTI PEDAS

Bahan-bahannya
250 gm beras pulut ( dicuci, direndam selama 2 jam)
1 liter santan pekat
2 helai daun pandan
Sedikit garam
( semua bahan-bahan ini dikukus selama 45 minit)


INTI
½ biji kelapa parut
6 tangkai cili kering
100 gm udang kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ sudu kecil jintan manis
3 batang serai
½ serai kunyit hidup

Cara membuatnya

Bahan-bahan dikisar halus dan ditumis hingga naik bau

Masukkan kelapa parut, dikacau hingga kering sedikit

Ambil acuan@ cawan kecil, masukkan intinya diikuti pulut, tekan supaya ia mampat. Selepas itu, barulah dikeluarkan daripada acuan tadi.



KERABU KERISIK, PUCUK PAKU

Bahan-bahannya

300gm pucuk paku
150 gm tauge
100gm isi kerang
1 paket kerisik
1 labu bawang besar
10 tangkai cili padi
2 sudu santan pekat
2 sudu  js lemon/ limau nipis
1 sudu gula
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

Pucuk paku, tauge dankerang direbus setengah masak dan asingkan

Mayang bawang besar dan cili padi halus-halus

Masukkan pucuk paku, tauge, kerang kedalam satu mangkuk besar kemudian campurkan  bersama dengan bahan-bahan yang telah dikisar dan gaul hingga sebati.

Masukkan bawang besar, cili padi, jus lemon, gula, garam dan gaulkan sehingga sebati.

Masukkan santan pekat, gaul lagi . sedia untuk dihidangkan.


SALAD JAGUNG KRISPI

2 biji jagung ( diambil isinya sahaja)
½ biji timun ( dipotong halus)
60gm sayur campur
1 tangkai daun sup ( dihiris halus)
1 sudu besar marjerin
6 helai daun salad ( dibersihkan)
Garam dan serbuk lada hitam

Cara membuatnya

Campurkan jagung, timun, sayur campur, jus limau dan daun sup

Panaskan marjerin dan tuang ke dalam campuran sayuran dan tabur serbuk lada hitam. Gaul rata

Hiding di atas daun salad



BROKOLI DAN UBI KENTANG PEDAS.

300 gm brokoli ( dipotong kecil)
1 biji ubi kentang ( dipotong kiub)- direbus
2 ulas bawang merah ( dihiris nipis)
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos cilipadi
1 biji cili merah ( dihiris)
Sedikit minyak masak
Garam dan serbuk lada hitam

Cara membuatnya
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan hiris kemudian masukkan semua. Kacau rata

Masukkan brokoli dan ubi kentang dan kacau baliklah. Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam.




KARI AYAM
Ayam ½ ekor –dipotong kecil
Rempah ratus-kayu manis, bunga lawang, jintan manis
Santan ½ mangkuk
Daun kari- 2 tangkai
½ inci halia ( ditumbuk)
2 biji bawang merah ( ditumbuk)
2 biji bawang putih ( ditumbuk)
Kari 1 paket
Asam jawa ( digaulkan bersama kari)


CARA MEMBUATNYA
Kari dan air asam jawa digaulkan sekali. Tumis bahan-bahan tumbuk, masukkan kari dan air asam jawa  bersama dengan rempah ratus. Biar pecah minyak. Masukkan daun kari. Gaulkan.

Masukkan ayam dan masukkan ekor santan sedikit. Biarkan mendidih. Jangan kacau dulu. Kemudian masukkan santan selebihnya. Tunggu sehingga mendidih. Last, masukkan  garam dan ajinomoto.

p/s- kalau ada ubi kentang, potong dadu dan masukkan sekali.


BISKUT RAYA

Tart Nanas

Bahan-bahan
360 g tepung gandum
250 gm Mentega
40 gm gula ising
20 gm kastard
2 biji telur ( kuning sahaja)
Parutan Keju Cheddar

Intinya;
2 biji nanas diparut dan dibuag airnya
400 gm gula pasir
Kulit kayu manis dan bunga lawang
( campurkan semua bahan dan masak dengan api sederhana hingga pekat)

Cara membuatnya
1. Mentega dan gula di pukul hingga kembang
2. Masukkan kuning telur sambil pukul hingga sebati
3. Kemudian masukkan tepung gandum, keju dan tepung kastard. Gaul semua bahan  sehingga rata
4. Masukkan adunan tadi dan isikan intinya.

BISKUT OAT
Bahan-bahannya
250 gm oats
150 gm tepung gandum
50 gm conflakes ( emping jagung)
50 gm tepung jagung
200 gm gula kastor
2 biji telur
50 gm badam cincang

Cara membuatnya
1. Masukkan telur satu persatu dan dipukul bersama gula kastor hingga kembang
2. Kemudian campurkan cornflakes, oats, kelapa kering, dan badam cincang serta gaul hingga sebati
3. canaikan adunan dan terapkan mengikut citarasa. Bakar sehingga kekuningan.

BISKUT COKLAT SUSU
bahan-bahan
300 gm mentega
400 gm tepung gandum
100 gm gula ising
100 gm susu tepung
50 gm tepung jagung

Cara membuatnya
1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung
3. Bahan-bahan tersebut di gaul sebati. Canai adunan dan terap dengan acuan
4. Adunan dibakar dengan suhu yang sederhana
5. Apabila sudah masak, celup dengan coklat masak. biar sejuk dan beku.

Mama Karries
Bahan-bahan
( untuk biskut)
300 gm mentega
400 teoung gandum
100 gm gula ising
50gm susu tepung

bahan-bahan ( untuk hiasan)
2 biji telur putih
coklat emulco
150gm gula ising
sedikit tepung jagung

Cara membuatnya
( untuk biskut)
1. Mentega dan gula di pukul hingga kembang
2. Kemudian masukkan susu tepung dan tepung gandum
3. Bahan-bahan tersebut digaul rata dan sebati.Canai adunan dan terap dengan acuan
4. Adunan di bakar dan dibiarkan sejuk.

Utk ising
1. Putih telur dipukul hingga kembang dan disapu pada permukaan biskut
2. Hias berselang-seli dengan emulxo coklat.

Biskut Almond London
Bahan-bahan
250gm mentega
130 gm gula ising
450 tepung gandum
2 biji telur ( kuning sahaja)
badam cincang
badan sebiji -sebiji ( scukupnya)
coklat masak secukupnya

Cara menbuatnya
1. Mentega dipukul hingga kembang dan gebu
2. Masukkan kuning telur dan tepung gandum sambil digaul hingga sebati
3. Masukkan dalam ketuhar dalam suhu yang sederhana
4. Sesudah masak, celup dengan coklat msak dan taburkan badam cincang di atasnya.


Green pea crunch
Bahan-bahan
350 gm tepung gandum
250 gm mentega
150 gm kacang hijau
150 gm gula
sebiji telur
sedikit gula kastor

Cara membuatnya
1. Kacang hijau direndam, digoreng, di ayak dan kemudiannya dikisar halus
2. Mentega dan gula dipukul hingga kembang
3. Kacau tepung gandum, kacang hijau serta telur hingga rata dan sebati
4. Terap adunan mengikut citarasa sendiri dan bakar dalam ketuhar
5. Setelah masak dan bila agak sejuk, taburkan gula kastor di atas biskut Green Pea Crunch.

Kek Fruit Flan
Bahan-bahan
1 Tin buah peach
3 biji kiwi
1 kotak straeberri ( 15 biji)
krim segar secukupnya

Cara membuatnya
1. Potong kek span kepada 3 lapisan
2. campurkan krim segar yang sudah dipukul hingga kental dengan sedikit buah-buahan potong, kemudian lapiskan.
3. Hias di atas dan susun buah peach, kiwi dan strawberri mengikut citarasa.

Adunan untuk krim segar
bahan-bahan
250 krim segar
125 ml air

Cara membuatnya
1. Pukul kedua-dua bahan hingga kembang dalam keadaan sejuk.

Adunan untuk kek span
bahan-bahan
250gm telur
120 gm gula
125 gm tepung gandum
50ml air
13 gm ovalette
60gm mentega cair
1 tsp esen vanilla.

Cara membuatnya
1. Pukul telur, gula, tepung gandum, air dan ovalette pada kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu
2. Masukkan mentega  cair dan dibakar dalam ketuhar
3. Apabila sejuk, potong kepada 3 lapis
4. Sementara itu, siapkan krim mocca menggunakan krim mentega dan hiaskan kek berkenaan.

KEK MOCCA
Bahan-bahan
bahan a
180 gm gula kastor
110 gm telur putih

bahan b
250 gm mentega
110 gm creammel/marvello perisa mocca

cara membuatnya
1. Masak bahan A di atas ' double boiler' sehingga gula cair. Apabila gula sejuk, pukul putih telur hingga kental
2. Pukul bahan B berasingan, Apabila gebu, masuk kedua-duanya sekali
3. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan hias pada kek span.

KEK GULUNG STRAWBERRI
Bahan A
5 biji kuning telur
3 biji telur
80gm gula ising
1/2 sudu besar ovallete

bahan b
40gm tepung gandum
15 gm tepung jagung
10 gm susu tepung
10 gm tepung kastard
1/2 tsp serbuk penaik.

bahan c
120gm mentega cair

cara membuatnya
1. Pukul ke semua bahan A hingga gebu. Masukkan bahan B dan kemudian Bahan C
2. Ratakan dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar dengan suhu sederhana
3. Sesudah masak ketika masih panas lagi. Sapukan jem strawberri dan gulung. Berhati-hati supaya ianya tidak pecah.