" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Panduan & Tips Temuduga



Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya faktor penentu seseorang calon untuk berjaya dalam temuduga kerja. Apatah lagi kalau ianya temuduga kerja kerajaan . Banyak faktor yang harus dimabil kira sebelum kita melangkah ke dewan temuduga. Antara faktor luaran seperti keyakinan diri, kebolehan berintreaksi dan sebagainya, manakala faktor luaran pula seperti tatakelakuan, adab sopan, kekemasan diri dan banyak lagi. So, kat sini saya cuba berbagi pengetahuan dan tips yang saya dapat dari Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia dengan saudara/ saudari, moga-moga boleh digunakan di hari penentuan masa depan yang membimbangkan itu....:)


Hal-hal penting yang harus anda lakukan sebelum melangkah ke dewan sesi temuduga.
1. Kebalpasti sebanyak mungkin berkenaan kehendak majikan.
2. Selidik profail syarikat dan panel penemuduga
3. Buat persediaan berhubung soalan-soalan yang berkemungkinan ditanya berhubung dengan jawatan yang dipohon
4. Latihan tubi soalan-soalan tersebut dengan jawapan-jawapan yang tepat dan munasabah.
5. Jika anda mempunyai masa untuk melakukan latihan temuduga, lakukankannya.
6. Jika anda mempunyai peluang untuk dirakamkan, lakukannya
7. Jangan berlatih menghafal segala soalan-soalan yang disediakan di dalam buku secara bulat-bulat.
8. Kebolehan yang boleh ditular milik. Pastikan bahawa anda menyatakan dengan terang mengenai kebolehan yang boleh ditukar milik serta contoh dan bukti pelaksanaannya.


Keyakinan  Diri. ( Paling penting ketika berhadapan dengan soalan-soalan temuduga)
Anda perlu sabar, cekal dan jadikan diri sebagai seorang yang sangat profesional. Terapkan  nilai keperibadian yang positif, jangan jadikan ketidaksempurnaan fizikal itu sebagai alasan yang menggagalkan temuduga.


Harus di ingat, persediaan sebelum sesi temuduga sahaja belum mencukpi kerana anda perlu mewujudkan keserasian ketika sesi temuduga. Ini bertujuan untuk memastikan sesi temuduga di antara calon dapat memenuhi kehendak panel temuduga manakal panel temuduga selesa berkomunikasi dengan calon.


Keserasian didefinisikan sebagai persefahaman dan hubungan baik di antara calon dan panel temuduga. Kegagalan mana-mana pihak untuk mewujudkan keserasian sebaik sahaja sesi temuduga bermula akan menyebabkan seseorang calon itu gagal mendapatkan pekerjaan.


Beberapa perkara yang dititikberatkan oleh majikan dan boleh disesuaikan dalam temuduga. 
1. Sikap positif terhadap pekerjaan.
2. Cekap dalam bidang pekerjaan yang dipilih.
3. Kebolehan berkomunikasi secara tulisan dan percakapan.
4. Kebolehan untuk berfikir secara kritikal dan mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.
5. Kebolehan untuk berhubung dipelbagai peringkat dan jawatan
6. yakin
7. Fleksibel
8. Mempunyai motivasi diri yang tinggi
9. Berkeupayaan untuk memimpin
10. Boleh bekerja secara berkumpulan.

Ada beberapa cara untuk anda menyelidik atau mendapatkan maklumat sesebuah syarikat antaranya:
1. Melalui laporan tahunan syarikat
2. Melalui rakan atau kenalan yang bekerja di syarikat tersebut
3. Melalui pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan syarikat
4. Melalui perpustakaan: cetakan dan kemudahan internet.

Selain daripada hal-hal di atas, sebenarnya banyak lagi yang perlu diketahui oleh calon-calon temuduga. Saya kongsikan dengan anda di sini 


 p/s- Orang kata, jika kita berkehendak, berusahalah untuk mendapatkannya. Insya Allah, kalau rezeki kita, ia takkan  ke mana. Berusahalah untuk masa depan anda.


Selamat maju jaya!..

Rahsia lulus kerja kerajaan, klik di sini