" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Tuesday, July 26, 2016

FOKUS





" Barangsiapa yang keliru dalam sasaran yang dituju , maka segala daya usahanya akan menjadi sia-sia"
- Muhd Jawad bin Ali

" Wahai Kumail bin Ziyad, Sesungguhnya hati itu bagaikan satu bekas. Bekas yang baik adalah yang mampu menampung dan menjaga isinya. Maka perhatikanlah perkara yang aku ucapkan kepadamu. Manusia itu ada 3 jenis. Orang yang alim dan teguh akan agamanya, orang yang belajar dalam perkara yang dapat menguntungkan dan orang yang dungu dan tidak berharga adalah manusia yang selalu menuruti kejahatannya. Dia tidak mempunyai pendirian, tidak mengambil cahaya ilmu dan tidak bersandar kepada tiang-tiang yang kukuh" - Saiyidina Ali bin Abi Talib.

" Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main?"

Wednesday, July 20, 2016

ANTOLOGI CERPEN 2016




ASSALAMUALAIKUM..

Saya adalah salah seorang penulis cerpen dalam ANUGERAH. 
Buku ini menghimpunkan cerpen-cerpen yang touching. 

Ada sesiapa mahu dapatkan buku ini daripada saya bersama Signature?




ANUGERAH
( Antologi CERPEN 'TOUCHING' )
( 256 muka surat) 
 2016 ( CETAKAN PERTAMA) 

Harga jualan buku ini ialah RM25. 



Apa Kata Penerbit?

ANUGERAH
Antologi Cerpen Touching

Menghimpunkan 22 buah cerpen yang menyentuh hati berkenaan isu-isu kekeluargaan.
Komen penerbit:
Saya sendiri menyunting semua cerpen daripada 22 orang penulis berbakat dalam antologi ini. Setiap cerpen meninggalkan emosi dan perasaan yang tersendiri.
Hati kelelakian saya terusik dengan cerpen-cerpen yang sangat menyentuh perasaan. Nak nangis, bimbang orang nampak. Kaver ajelah. Hah!
Saya jamin, korang akan touching.
Sama macam korang menonton filem Bajranji Bhaijaan.





















ehhh....KEJAP...


antologi baru penatimur
bakal terbit november 2016





BUKU COMBO (2 BUAH)
hanya RM 50 sahaja
( termasuk postage)

Bagi tempahan terus melalui PENATIMUR
anda akan mendapat  
free gift notebook + sebatang pen cute
 bagi tempahan 50 pcs yang pertama. 
So, siapa cepat dia dapat..



BUKU-BUKU MENARIK YANG HARUS DIMILIKI:


SENARAI BUKU:
1- ROUTE TO.......RM 20.00
2. TOUCH KILL......RM 17.00
3. SARKAS I.......RM 25.00
4. SARKAS II ......RM 25.00
5. ANUGERAH ......RM 25.00
6. AKHIRNYA AKU.....RM 25.00
7. SRIKANDI AGUNG.....RM 25.00
8. IMAM TULANG RUSUK ( DAIM) .....RM 25.00
9. MENYINGKAP TABIR.....RM 25.00
10. BAYANG....RM 25.00





untuk tempahan boleh email:
nora_cna@yahoo.com
(penatimur)

@

fb: dmomenapp
fanpage: dmomenapparel
instagram: dmomenapparel

Friday, July 1, 2016

BISKUT DAHLIA


Resepi Semperit Dahlia Sukatan Cawan
Bahan-Bahan
  • 1 cawan mentega /butter
  • 1 cawan gula kisar
  • 2 biji kuning telur
  • 2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan

Cara Membuat Biskut Semperit Dahlia
  • Putar gula dan mentega.Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
  • Ayak ketiga-tiga tepung.Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.Uli sampai sebati.
  • Tambah tepung jagung jika masih lembik
  • Sapu dulang dengan butter
  • Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
  • Panaskan oven dengan suhu 150  darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.
Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah
  • Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
  • Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
  • Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
  • Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.
Ini pula resepi biskut semperit susu dahlia sukatan cawan air tangan Azlina Ina yang sangat terkenal dalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) di Facebook.Beliau memang mengambil tempahan buat biskut semperit susu dan dikhabarkan telah meraih pendapatan sehingga angka ribuan ringgit,

Resepi Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina
Sumber : Facebook Azlina Ina

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan butter (Jenama Buttercup)
  • 1/4 cawan Susu pekat
  • 2 titik Esen Vanilla
  • 2 cawan Tepung Jagung (untuk bagi rasa cair dalam mulut)
  • 1 sb Tepung Beras (untuk bagi rangup dan tak mudah pecah bila sejuk)
  • 1 sb Tepung Custard (untuk bagi creamy pada Semperit)
  • 2 titik pewarna kuning (ikut suka nak warna apa.. dan banyak mana)
  • Butter untuk sapu kat loyang.

Cara Membuat Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina

  • Masukkan butter, susu pekat dan esen vanila kedalam bekas. Kacau menggunakan senduk biasa sehingga sebati.
  • Selepas sebati, masukkan pewarna kuning. Kacau lagi sampai rata.
  • Masukkan Tepung Jagung 1 cawan dulu, dan diikuti 1 sb tepung beras dan tepung custard. Gaul guna tangan ye. Senang sikit..
  • Kemudian masuk lagi baki 1 cawan tepung jagung tadi. Masukkan sikit sikit. Jangan sekali gus ya. Ikut keselesaan doh yang korang nak.
  • Uli doh sampai lembut ye.
  • Bila dah siap uli, boleh buat semperit. Masukkan sikit adunan kat hujung munchung semperit. Tekan sikit bagi rata keluar angin dulu.. Then boleh buat adunan pecah 11 lenggok atau pecah 15 lenggok.
  • Hias kan dengan ceri. Siap untuk dibakar.
  • Panaskan oven 170 darjah selama 5 minit. Selepas 5 minit bakar semperit yang dah siap tadi 160 darjah selama 25 minit atau sehingga bila kita tolak dia mudah tertanggal.
  • 1 adunan di atas untuk 35 biji semperti. Ikut korang pecah 11 atau pecah 15. Apa tu pecah? hahahah.. Itu ikut alunan daun dia.. Pecah berapa..

BISKUT KACANG TANAH




BAHAN-BAHANNYA:
  • 140 gm tepung gandum - ayak
  • 130 gm peanut butter
  • 100 gm serbuk kacang tanah
  • 200 ml minyak jagung
  • 125 gm gula aising
  • 30 gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Buat Biskut Kacang Tanah

1. pukul gula aising dan peanut butter hingga rata kemudian masukan serbuk kacang tanah, baking powder, tepung, esen vanilla dan garam. gaul hingga rata.

2. masukan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

3. ambil 1 sudu teh adunan dan gentel menjadi bebola. kemudian sapukan bebola dengan kuning telur dan letak kacang tanah di tengah bebola tadi.

4. masukan dan bakar pada oven bersuhu 140 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak.

5. akhir sekali, bila dah masak sejukan dahulu kemudian baru boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT NESTUM/ OAT


Resepi biskut menggunakan butter dan marjerin ni, kita orang sarankan utnuk pakai campuran tiga jenis tepung iaitu tepung naik sendiri, tepung gandum dan tepung jagung guna memperoleh biskut yang rangup dan sedap. Jangan  lupa, siapkan pula 4-5 cawan campuran tepung termasuk oat / nestum / cornflakes, kuantiti tepung jangan terlalu banyak. Cukup saja bergantung kepada cara kita mengolah butter dan gula. Sekiranya butter dan gula diolah tidak mengembang, maka kurangilah tepungnya, kalau sudah berkembang, lebih la tepungnya.

1 Buku Buttercup (250g)
1 1/4 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Tepung Naik Sendiri
 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
 1/2 Cawan Tepung Jagung
1 Cawan Tepung Kastard / Nestum / Oat / Conflakes
 1/2 Sudu Teh Baking Powder
 1 Sudu Teh Esen Vanilla
1 Biji Telur (Optional)


Cara-Cara;

1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot ðŸ˜‰
2. Masukkan telur, dan pukul lagi hingga kembang dan sebati (Skip step yang ni jika tidak masukkan telur).
3. Masukkan esen vanilla, semua tepung termasuk oat/ nestum / cornflakes dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dgn tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan yang disukai.
6. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

ALMOND LONDON





Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Ala Chef Wan

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )
  • 250 gm mentega
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung
  • 4 oz / 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup – warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

  1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.
  5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.
  6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji – biji.
  7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.
  8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.