" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Wednesday, September 16, 2015

KOTA BHARU KELANTAN











UMMU HABIBAH


pagi-pagi indah dikampung
( tanah merah, kelantan 2014)


- Mimpi Menjadi Nyata- 



Ramlah binti Abu Sufyan atau dikenali dengan panggilan Ummu Habibah, merupakan puteri Abu Sufyan, iaitu pemimpin kaum musyrik Mekah yang mmepelopori penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW dan kaum muslimin. Dilahirkan tiga belas tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW, Srikandi ini terkenal kerana memiliki keperibadian yang unggul, kefasihan dalam berbicara, sangat cerdas dan memiliki rupa paras yang menawan. 

Apabila Ramlah menginjak dewasa, ayahandanya telah menikahinya dengan Ubaidillah bin Jahsy, pemuda yang terkenal sebagai seorang yang teguh memegang agama Ibrahim AS. Suaminya bukan penyembah berhala dan berusaha untuk menjauhi minuman keras dan judi. Bahkan Ubaidillah telah bertekad untuk memerangi agama berhala. 

Selepas pernikahan ini, hidup Ramlah berubah sepenuhnya. Lebih-lebih lagi apabila tersebarnya berita bahawa Nabi Muhammad SAW telah hadir membawa agama baharu. Mendengar kekuatan dan kesungguhan baginda Rasulullah SAW yang berhasil dalam dakwahnya, Ubaidillah dan Ramlah mengambil keputusan untuk memeluk agama tersebut, iaitu agama Samawi yang berbeza dengan orang Quraisy. Maka bermulakan penganiayaan dan penindasan daripada orang Quraisy terhadap kaum muslimin, termasuklah pada Ramlah dan suaminya. Mereka terpaksa berhadapan dengan pengasingan, pengusiran dan tindakan keluarga yang terus mendesak agar mereka kembali kepada agama nenek moyang. 

Melihat keadaan yang berlaku, Rasulullah SAW telah memerintahkan kaum muslimin agar berhijrah ke Habsyah. Ubaidillah dan Ramlah mengambil kesempatan ini untuk turut berhijrah. Pada ketika itu, Ramlah sedang mengandung. Setibanya di Habsyah, Ramlah melahirkan seorang puteri yang diberi nama HABIBAH. Dari nama itulah, nama Ramlah berubah menjadi UMMU HABIBAH. 

Beberapa tahun tinggal di Habsyah, kaum muslimin terus menerus ditindas. Dalam hati setiap mereka mengharapkan kesedihan dan penderitaan yang ditanggung ini akan cepat berlalu dan barisan kaum muslimin akan menjadi kuat. Namun hal ini berbeza pula pada Ubaidillah yang mula berputus asa dan merasakan bahwa umat islam tetap tidak akan pernah kuat. Sedikit demi sedikit hatinya mula terarah pada agama nasrani, agama yang dianuti kebanyakan orang Habsyah. 

Suatu malam, Ummu Habibah bermimpi bahawa suaminya berubah menjadi manusia yang buruk bentuknya. Dia sungguh terkejut dan paginya Ubaidillah telah berkata kepadanya, " Wahai Ummu Habibah, aku melihat tidak ada agama yang lebih baik daripada agama Nasrani, dan aku telah menyatakan diri untuk memeluknya," Setelah aku memeluk agama Muhammad, aku akan memeluk agama Nasrani," Ummu Habibah sungguh terkejut, lantas dia menceritakan mimpinya, namun tidak diendahkan oleh suaminya. Malah suaminya itu terus menerus meminum minuman keras sehingga meragut nyawanya. 

Setelah kematian suamnya, Ummu Habibah berasa terasing di tengah kaum muslimin kerana malu atas kemurtadan suaminya. Beliau pun berhijrah ke Mekah, tetapi dia tetap kukuh di dalam islam dan mempertingkatkan keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT. Dalam keadaan seperti itu, Ummu Habibah berasa rumahnya tidak selamat lagi buatnya, sementara keluarga suaminya telah meninggalkan rumah mereka kerana telah bergabung dengan Rasulullah SAW. Akhirnya Ummu Habibah kembali ke Habsyah dengan tanggungan derita yang berpanjangan dan mennati takdir daripada Allah SWT. 

Kisah penderitaan Ummu Habibah itu telah sampai ke pendengaran baginda Rasullah ketika baginda memantau keadaan umat Islam di Habsyah. Hal ini membuatkan baginda berniat untuk membelanya ( melamarnya). 

Pada masa yang sama, Ummu Habibah telah bermimpi dan dia menceritakan bahwa: "Dalam tidurku aku meihat seseorang menemuiku dan memanggilku dengan sebutan Ummul Mukminin. Aku terkejut. Kemudian aku mentakwilkan bahawa Rasulullah SAW akan menikahiku. Hal itu aku lihat setelah masa edahku habis."

Takwil mimpinya itu menjadi nyata apabila seorang utusan Najasyi yang bernama Abrahah datang dan menyampaikan berita peminangan baginda Rasulullah SAW. Ummu Habibah berasa sungguh gembira mendengar khabar itu, lantas dia menghadiahkan Abrahah dua gelang perak, gelang kaki dan sebentuk cincin perak. 

Pernikahan Ummu Habibah telah diwalikan olej Khalid bin Said Bin Ash. Berita pernikahan itu merupakan tamparan hebat kepada ayahandanya Abu Sufyan. Tentang hal itu, Allah SWT telah menurunkan ayat al- quran : " Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramy dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka...( al -Mumtahah:7)

Setelah menikahi Ummu Habibahm baginda Rasulullah SAW mengajak isterinya itu ke rumah. Pada ketika itu juga baginda telah menikahi Shafiyyah binti Huyay bin Akhtab, puteri salah seorang pemimpin Yahudi Khaibar yang ditawan tentera islam. Rasulullah SAW membebaskan dan menikahinya. Ketika kedatangan Ummu Habibah, isteri-isteri Rasulullah yang lainya telah menyambut kedatangan Ummu Habibah dengan baik sekali serta penuh rasa hormat, berbeza pula sambutan terhadap Shafiyyah. 

Perjalan hidup Ummu Habibah bersama Rasulullah SAW tidak banyak menimbulkan konflik, Kedudukan Ummu Habibah di antara isteri-isteri Rasulullah SAW sungguh istimewa kerana ayahnya adalah seorang pemimpin kaum musyrik ketika Ummu mendapat cahaya keimanan, dan dia menghadapi kesulitan itu ketika harus menjelaskan kepada ayahandanya. 

Dikisahkan ketika orang-orang Quraisy mengingkari penjanjian Hudaibiyah, dengan serangan yang dilakukan terhadap Bani Qazaah, Rasulullah SAW telah bertindak menyerbu Mekah yang di dalamnya tinggal Abu Sufyan dan keluarga Ummu Habibah. Hal ini dapat diagak oleh orang Quraisy, bahawa kaum muslimin akan menyerang mereka. Mengetahui kekuatan pasukan kaum muslimin yang teguh itu membuatkan kaum Quraisy memilih untuk berdamai. Maka, diutuskanlah Abu Sufyan yang terkenal dengan kemampuan dan kepintarannya dalam berdiplomasi untuk berdamai dengan Rasulullah SAW. 

Sesampainya di Madinah, Abu Sufyan tidak terus menemui Rasulullah SAW, tetapi terlebih dahulu menemui Ummu Habibah dan berusaha untuk memperalat puterinya untuk kepentingan diri. Saat melihat kedatangan ayahnya itu, wajah Ummu Habibah sungguh terkejut kerana sudah lama tidak menemui ayahnya. Abu Sufyan telah masuk ke rumah anaknya dan mahu duduk di atas tikar. Melihat keadaan itu, segera Ummu Habibah melipat tikar tersebut sehingga tidak dapat diduduki oleh Abu Sufyan. Ternyata sikap puterinya itu mengecewakan Abu Sufyan, lalu dia berkata: " Apakah kau melipat tikar itu kerana tidak mahu aku duduk atau kerana mahu menyingkirkanku?" Lantas Ummu Habibah menjawab, " Tikar ini adalah alas duduk Rasulullah, sedangkan engkau adalah orang musyrik yang najis. Aku tidak suka engkau duduk di atasnya." Disinilah nampak keteguhan iman dan cinta Ummu Habibah Kepada Rasulullah SAW. 

Setelah itu,  Abu Sufyan pulang dengan merasakan tamparan hebat daripada puterinya. Dia merasakan usahanya untuk menggagalkan serangan kaum muslimin ke Mekah tidak berjaya. Ummu Habibah telah menyedari apa yang akan terjadi. Lantas dia berdoa agar kaum muslimin akan memperolehi kemenangan, walaupun di Mekah terdapat kelaurganya, namun fikirannya hanya mengingati Rasulullah SAW yang dicintainya. 

Allah SWT mengizinkan kaum muslimin membebaskan kota Mekah. Abu Sufyan dapat ditawan. Akhirnya ayahanda Ummu Habibah telah mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan kerendahan diri dan sepenuh hatinya kerana Allah SWT. 

Setelah baginda Rasulullah SAW wafat, Ummu Habibah hidup menyendiri di rumahnya hanya untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.


( Sumber: Quratul { muslim teens} )

KERANA SEBIJI BUAH EPAL




Tsabit Bin Ibrahim adalah seorang pemuda yang soleh dan bertakwa, Keimanan dan ketakwaan yang dimilikinya membuatkan hatinya berasa gerun dan malu kepada Allah S.W.T. Kecintaan yang hadir dikalbunya itu membuatkan dia sentiasa redha dengan apa sahaja yang ditimpakan oleh Allah SWT kepadanya. Begitulah kesolehan yang digambarkan dalam diri Tsabit.

Dikisahkan, suatu hari beliau telah keluar berjalan sehingga sampai ke kota Kufah. Pada saat itu, mentari terik memancar di atas kepala. Kepanasan yang dirasainya membuatkan dia keletihan dan kelaparan. Wajahnya jelas tidak bermaya dan langkah kakinya diatur perlahan menjejak tanah. Saat dia melalui sebuah kebun buah-buahan, tiba-tiba dia terpandang beberapa biji epal yang jatuh di luar pagar. Melihat epal yang merah yang masak ranum itu, perasaannya terus meronta-ronta untuk mengambil buah tersebut. Di tambah pula keadaannya yang sedang kelaparan itu, nafsunya terus membatasi keimanan di dalam diri. Maka, tanpa berfikir panjang, Tsabit terus mengambil buah apal tersebut lalu memakannya. Belum sampat dia menghabiskan buah epal tersebut, akal warasnya terus bertindak balas, dia baru teringat bahwa buah itu bukan miliknya dan dia belum memndapat keizinan daripada pemilik buah tersebut. Segera Tsabit memasuki kebun tersebut untuk menemui pemilik kepada buah epal yang dimakannya. dengan harapan pemilik kebun itu menghalalkan apa yang dudah dimakannya. 

Tsabit telah diberitahu oleh penjaga kebun bahawa pemilik kebun itu tinggal jauh dari situ, dan perjalanan ke rumahnya memakan masa sehari semalam. Oleh kerana Tsabit mahu juga bertemu dengan pemilik kebun itu, dia bertekad untuk menyusuri jejak mencari rumah pemilik kebun itu. Fikirannya berlegar-legar mengingati sabda Rasullulah SAW " Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi bahan bakaran api neraka." Jadi dia tidak mahu Allah SWT murka kepadanya. 

Setibanya dia di rumah pemilik kebun itu, terus dia mengetuk pintu. Setelah pemilik pemilik rumah itu membuka pintu, Tsabit terus memberi salam dengan penuh beradap dan sopan seraya berkata: " Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur memakan setengah dari buah epal yang jatuh di luar kebun tuan.Oleh kerana itu, saya mohon tuan menghalalkan apa yang sudah saya makan."

Seketika lelaki tua, iaitu pemilik kebun itu hanya mendiamkan diri. Dia cuma memerhati raut wajah Tsabit, seolah-olah mencari makna yang tersembunyi di sebalik wajah itu. " Tidak! aku tidak akan menghalalkannya kecuali dengan satu syarat..." 



Monday, September 14, 2015

RINDU DARI SEMENANJUNG

Part 1.


PERTEMUAN.



Aku mengenalinya tidak lama. Lebih kurang 6 bulan rasanya. Hadirnya sebagai seorang kawan rupa-rupanya sangat mendamaikan dan memberikan kita satu rasa yang tidak boleh diukur dan ditukar ganti. Sahabat, terkadang nilainya lebih hebat dari harta benda dan sanak saudara.

Dia adalah saudara baruku. Saudara sesama islam. Berbangsa iban yang dahulunya beragama kristian. Penganut  kitab bible yang mempunyai kaedahnya yang tersendiri dalam mencari dan mempercayai sang pencipta semesta alam.

Kisahnya, aku tidak tahu puncanya, permasaalahannya sehingga suatu ketika dia bertukar pegangannya dan kepercayaanya. Allah maha besar, sangat luarbiasa hidayahnya. Diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Alhamdulillah, dia wanita berprinsip. Keyakinannya tentang islam melebihi jangkaanku terkadang. Berbicara dengannya menjadikan aku malu dengan ketipisan ilmuku tentang islam. Berbahas dengannya tentang keinginan untuk mendalami islam selalu membuatkan aku kembali membelek buku-buku ilmiah semata-mata untuk mencari fakta-fakta demi merungkaikan persoalan-persoalannya. Dan tanpa sedar, aku menjadi tahu tentang apa yang dahulunya aku tidak tahu. Subhanallah.

Hari ini, aku sedar. Dia didatangkan kepadaku adalah dengan bertujuan. Bukankah hikmah Allah itu luas? Barangkali dia datang kepadaku untuk mengajarku tentang sesuatu, dan barangkali juga aku yang akan membimbingnya tentang sesuatu? Yang penting aku tidak ingin menjadi seorang sahabat yang merugikan sahabat. Sebaliknya aku ingin sekali menjadi seorang sahabat yang seiring melangkah menuju kebaikan. Biarkan kita sama-sama melangkah, dan mencari ilmu demi kebaikan dunia dan akhirat.



part 2

BERBICARALAH ISLAM YANG SILAM