" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Saturday, March 26, 2011

MOTIVASI DIRI


RENUNGAN DAN MOTIVASI DIRI 
(Douglas Malloch) 

Selepas hujan petang. Tanah Merah. Kelantan.
( 2000)

1." Ah, berbuatlah sebaik-baiknya selama waktu hayat kita,
      sebelum kita hancur menjadi abu; Terbaring dalam abu, dan bergelumang dalam abu,
       tanpa anggur, tanpa lagu, tanpa wanita, dan - tanpa akhir!"- Omar Khayam

2.   Tiga cara mengatasi kesedihan hati, mengikut resepi ciptaan Willis H Carrier;
      - Tanyakan pada diri sendiri." Kemungkinan paling buruk apakah yang bakal terjadi"
      - Bersedialah menerima kemungkinan buruk tersebut, kalau memang begitu.
      - Kemudian dengan tenang cubalah perbaiki yang paling buruk itu...

3.  Pengusahah yang tidak dapat mengatasi kesedihan hati akan mati muda-Dr Alexis Carrel

4. Kekuatan yang paling menyegarkan jiwa adalah agama yang sihat, tidur, muzik, serta ketawa.
    Percayalah kepada tuhan- belajarlah tidur dengan puas-
    Sukailah muzik yang indah- lihatlah dari segi kehidupan yang menyenangkan-
    Maka hidup anda akan sihat dan bahagia.

5. Jika seseorang ingin menghabiskan waktunya untuk mendapatkan fakta secara jujur dan objektif, kesedihan hati biasanya akan selesai bersama fakta itu sendiri'

6. Usaha untuk menghentikan kesedihan hati;  usahakan untuk tetap sibuk. Orang yang bersedih hati harus menyibukkan diri dengan bekerja. Kalau tidak, mereka akan hancur dalam keputusasaan.

7. Janganlah membiarkan diri kita bersedih hati dan dihancurkan oleh perkara-perkara kecil dan tidak berat yang seharusnya kita buang dan lupakan. Ingatlah bahawa '  hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perkara yang kecil-kecil'

8. Bersedialah menerima apa adanya- William James;  ' Menerima apa yang telah terjadi bererti satu langkah maju dalam mengatasi masalah-msalah yang mungkin timbul'

9.  Untuk setiap penyakit di atas dunia,
    Ada yang ada ubatnya, ada yang tiada,
    Jika ada ubatnya, carilah sampai dapat,
    Jika tidak ada, apa boleh buat..( mother goose- induk angsa)

10.Hidup kita ini ditentukan oleh fikiran kita sendiri

11. Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikir, itulah anda'

12.Berfikir dan bertindaklah dengan senang hati, sebab dengan demikian anda akan merasa riang dan gembira.

13. Saya tidak mempunyai waktu untuk berkelahi, tidak mempunyai waktu untuk menyesal, dan tidak ada orang yang dapat memaksa saya untuk merendahkan martabat saya dengan membenci orang itu- Laurence Jones.

14. Janganlah mencuba membalas dendam kepada musuh kita, sebab bila kita melakukannya kita akan lebih teruk dan lebih menderita daripada mereka. Marilah kita berbuat seperti yang dilakukan oleh Jeneral Eisenhower: Janganlah kita mensia-siakan waktu walau seminit pun untuk memikirkan orang yang tidak kita senangi.

15. Kalau anda memberi tanpa balasan, anda tidak akan merasa sedih atau kecewa apabila orang yang anda beri tersebut tidak berterima kasih.

16.Orang yang marah, hatinya penuh dengan racun- Confusius

17. Kalau orang lupa berterima kasih, itu suatu hal yang wajar. Oleh kerana itu sebaiknya kita jangan mengharap mendapat ucapan terima kasih, sebab hal itu cuma akan membuat hati kita menjadi sakit dan kesal.

18. Bila kita ingin mendapatkan kebahagian, janganlah memikirkan tentang ucapan terima kasih, tetapi bergembiralah kerana dapat memberi.'

19. Hatiku sedih kerana aku tidak mempunyai sepatu. samapi di jalan, aku berjumpa orang yang tidak mempunyai kaki.

20. Hitunglah kekayaan dan anugerah yang anda miliki, dan jangan sekali-kali memerhatikan apa yang belum anda miliki.

21. Cari dan temukanlah diri anda. Berbuatlah sewajarnya. Ingatlah bahawa di dunia ini tidak ada seorang pun yang sama dengan anda.

22. Kesalahan paling besar yang dibuat oleh mereka yang ingin mencari pekerjaan ialah; mereka tidak mahu mengekalkan watak diri. Tidak mahu bersikap sepatutnya. dalam memberikan jawpan, mereka tidak berterus terang, seringkali mereka mencuba memberikan jawapan yang menurut fikiran mereka dikehendaki oleh penemuduga. ' tentu saja mereka tidak berjaya, sebab tidak ada orang yang mahu menerima orang yang berpura-pura. tidak ada orang yang inginkan wang palsu'

23. Jangan meniru dan menciplak orang lain. Carilah cara anda sendiri dan bertindaklah sewajarnya, sesuai dengan keperibadian anda..

24. Bila anda tidak dapat menjadi pohon cemara di atas bukit, jadilah belukar di lembah- tetapi harap jadilah belukar indah di pinggir parit, Jadilah perdu, bila anda tidak dapat menjadi pohon.

25. Bila anda tidak dapat menjadi perdu, jadilah rumput, dan  buatlah jalan-jalan menjadi semarak;
bila anda tidak dapat menjadi ikan kaloi, jadilah seluang tetapi seluang yang paling indah di permatang!

26. Kita tidak semuanya dapat menjadi komander, Harus ada yang menjadi tentera, Semua ada kepentingannya masing-masing. Ada pekerjaan penting dan ada pekerjaan kecil, Semua harus dilakukan dan tugas yang harus kita kerjakan ialah yang terdekat dengan kita

27. Bila anda tidak dapat menjadi jalan besar, jadilah permatang,

28. Bila anda tidak dapat menjadi matahari, jadilah bintang; bukan besarnya yang mengukur  anda kalah atau menang- yang penting jadilah wajar dan matang!



   

Thursday, March 24, 2011

SUATU KEHILANGAN

        

PENA TIMUR
SUATU KEHILANGAN

telah diterbitkan:
(Akhbar Berita Minggu, 27 Februari 2005)

kampung pondok lama, tanah merah, kelantan  ( Dec 2015)


Cerpen



Suatu Kehilangan
oleh: Penatimur




Pak Man merenung jauh. Sayup ke tengah laut lepas. Sayu hatinya bagaikan dihiris-hiris. Laut yang tenang itu dipandangnya dengan perasaan berbaur. Sedih, kecewa, marah, kecil hati dan bermacam perasaaan bersarang di hatinya. Keriuhan bunyi bising orang kampung dan pemberita langsung tidak menarik perhatiannya. Pak Man masih keliru dan kebingungan. Ingatannya lebih kepada cucunya, bila mana dia mengajar Aiman turun ke laut dan sama-sama menangkap ikan. Masih jelas di ingatan, dia melihat anak kecil itu ketawa riang apabila mereka mendapat ikan hasil daripada lemparan jala Pak Man dari perahu kecil kepunyaannya. Semalam, cucu kesayangannya itu begitu gembira berada di sisinya. Dekat benar, Air mata Pak Man mengalir di pipi. Disekanya dengan kain pelikat lusuh yang tersangkut di bahu. 

        Sesekali, Pak Man memerhati kosong gelagat jiran-jiran tetangga yang turut datang melawat perkampungan itu. Diperhatikannya sekeliling, segala-galanya musnah. Penduduk kampung masing-masing mempamerkan wajah sugul dan kecewa. Semuanya kelihatan berserabut dan kelam kabut. Pak Man hanya kaku berdiri. Terkesima dengan suratan kehidpannya. Disekanya kali kedua tangisan yang membasahi pipi. Takut-takut kalau orang yang lalu-lalang menyedari dia menangis. Orang kata kalau orang tua menangis, buruk rupa tambahan pula Pak Man orang lelaki. Orang lelaki mana boleh menangis!

     " Pak cik...Pak cik tak apa-apa?" Pertanyaan dari seorang anak muda mengejutkannya. Pak Man menoleh. Dipandangnya wajah pemuda itu kemudian beralih kepada baju yang dipakainya. Tertera gambar bulan bulan sabit yang berwarna merah. Pak Man tidak tahu makna pakaian seragam itu, tepi sejak semalam ramai benar anak-anak muda yang berpakaian begitu di kampungnya. Malah ramai benar wajah-wajah yang tidak pernah dilihatnya berulang alik ke kampung tersebut. Semuanya datang kerana ombak besar yang melanda semalam. 

     Ombak yang mencalit seribu kedukaan pada kehidupannya. Bukan Pak Man tak pernah melihat ombak. Malah Pak Man dan ombak bagaikan berkawan bertahun lamanya. Semenjak Pak Man kecil lagi. Tapi semalam, ombak itu terlalu asing baginya. Ombak itu terlalu besar, terlalu tinggi sehingga mencapai pucuk pokok kelapa. Tidak disangka gegaran yang dirasakannya pagi semalam telah mendatangkan gelombang ombak besar yang menakutkan itu. Tidak diduganya sama sekali!

      Semalam, Pak Man tidak turun ke laut, Hati kecilnya terasa tidak tenteram bagaikan ada sesuatu yang bakal terjadi. Aiman juga entah kenapa langsung tidak mahu berenggang dengannya. Kebosanan berada di rumah sepanjang pagi menyebabkan Pak Man dan cucunya mengambil angin di pesisir pantai. Hari itu, Pak Man melihat kedatangan ombak yang begitu berlainan daripada kebiasaanya. Ketinggiannya amat luar biasa. Kaki langit seolah-olah hilang apabila ombak menghampiri pantai. Gelap dan hitam. Dari jauh, Pak Man menjerit. Mengharapkan keselamatan cucu dan orang-orang kampung yang terpinga-pinga. Jauh beberapa kaki darinya, Aiman serta beberapa orang kanak-kanak yang begitu leka bermain di pesisir pantai, lari bertempiaran. Belum sempat Aiman mencapai tangan Pak Man, ombak terlebih dahulu mengheretnya menuju ke tengah. Pak Man sendiri turut hanyut dibawa arus ombak, tetapi dihalang oleh sebatang pokok sekaligus telah menyelamatkannya. Pak Man hanya mampu melihat Aiman dan beberapa orang penduduk kampungnya tenggelam timbul ditelan gelombang arus kuat itu. Segalanya terlalu cepat. Sekelip mata, Aiman hilang dari pandangannya.

Tuesday, March 22, 2011

KITA MANUSIA DINAMIK


KITA MANUSIA DINAMIK
RODIN- BLUES SELAMANYA 
( Ogos 2006)







SEJAK awal kita sekalian hamba ditakdirkan untuk menjadi makhluk yang dinamik. Betapa tidak, kita harus melalui pelbagai pembentukan yang cukup rumit dalam rahim ibu. Kita bertahan. Setelah lahir kita mengalami masa-masa pertumbuhan yang cepat. Melewati setiap jengkal waktu. Setiap tahun berganti sepanjang itu pula pertumbuhan peribadi berjalan.

Namun, mengapa pada satu titik tertentu ada sesetengah kita berhenti dari pergelutan arus dinamik diri? Fikiran dan jiwa berhenti berkembang. Kemalasan dan keselesaan lebih menguasai berbanding semangat dan ambisi. Tubuh terus berubah menjadi tua tetapi fikiran dan jiwa mereka tetap kanak-kanak.

Oleh itu, ada yang mengibaratkan karekter dinamik manusia seperti tunas pohon yang harus dipelihara. Ia harus dipupuk agar berkembang. Suatu ketika dalam kehidupannya, kita hamba ini akan merasakan begitu pesat perkembangan fikiran dan jiwa sehingga jasad lelah untuk mengikutinya. Sebagaimana kata Hasan Al Banna, ' Bila jiwa itu besar, raga akan lelah mengikuti kehendaknya'

Selalu berusaha ingin tahu. Seseorang yang dinamik selalu ingin mengetahui letak sebuah persoalan ' mengapa demikian?" Dia berusaha ingin tahu apa saja. Dia tidak merasa dirinya berkecukupan soal pegetahuan. Dia ingin belajar tentang segala bidang yang baru. Meski dia memiliki minat besar pada bidang tertentu, namun dia sangat senang mempelajari suatu keterampilan baru. Bertemu, berkenalan dengan orang-orang baru. Setidaknya dia ingin melakukan semua hal meski hanya sekali. Namun dia akan BERHENTI pada saat dia merasa bahawa gerakannya itu sudah terlampau jauh menjangkau hidupnya. Dia akan berhenti sebentar untuk melihat matahari terbenam di pinggir pantai, melihat gumpalan awan yang indah sambil terbaring di padang rumput luas atau membaca sebuah novel klasik di pinggir danau sambil menikmati secangkir kopi panas. Seorang yang dinamik, dalam karekternya yang selalu ingin tahu, MENDENGAR perkataan orang-orang yang lebih pintar, bijaksana, dan lebih tua pengalaman daripada dirinya sendiri. Sehingga dia dapat mengutip pelajaran dari mereka. Sesungguhnya setiap orang juga punya kisah sendiri yang dikemukan.

Berdikari. Seseorang yang dinamik bersifat berdikari. Namun bukanlah seorang yang bertindak ikut suka atau tidak masuk akal. Dia menghormati fikiran orang lain. Tetapi dia menjalankan tugasnya tanpa bergantung kepada orang lain. Dia menyedari jika dia terlampau bergantung pada orang lain, maka hanya sedikit yang dia dapat capai dalam hidup ini.

Memiliki daya cipta yang kuat. Seseorang yang dinamik biasanya terangsang apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru. Dia sangat teruja terhadap segala sesuatu yang baru dan ingin dia dekati Dia tidak menolak sesuatu begitu saja. Dia bersedia merasakan, memikirkan dan melalui pengalaman itu jika dirasakan tepat dan berguna. Dalam hal-hal penting seringkali dia mengeluarkan idea-idea yang luar biasa dan sesuai keperlua orang ramai. Bahkan dia mampu menanggung pelbagai permasalahan yang mengitarinya.

Mendahulukan apa yang lebih penting. Seseorang yang dinamik menyedari bahawa dia tidak mampu melakukan semua hal secara serentak bersama-sama. Oleh sebab itu, dia menyusun dengan memberikan keutamaan pada hal-hal yang lebih penting. Dia tidak boleh dikalahkan pada waktu. Akan tetapi waktu itu harus ditaklukkan demi kepentingan pekerjaan. Mungkin ini sebabnya, manusia dinamik sangat mengahrgai waktu dan boleh memanfaatkan waktu sebaik-baiknya.

Dedikasi yang besar. Seseorang yang dinamik menyukai dan menekuni pekerjaannya dengan bersungguh-sungguh. Dia menyenangi seluruh bidang kehidupannya. Dia menyukai lingkungan tempatnya berada. Dia selalu bersungguh- sungguh menggunakan sejumlah besar waktu, tenaga dan sumber lain untuk memberikan yang terbaik pada tugasnya. Seorang yang dinamik selalu berusaha menjadi yang terbaik di bidangnya.

Tahan uji. Seseorang yang dinamik tidak akan menyerah sebelum kemampuannya berakhir. Dia akan terus berupaya dan berusaha sekuat tenaga dalam mencapai cita-citanya. Meski dia harus berhadapan dengan cabaran. Dalam perjalanannya dia pasti akan mendengar umpatan orang-orang yang iri kepadanya.

Makan, bersyukurlah dengan apa adanya kita ini. Moga kita bahagia di dunia dan diakhirat.

- (Rodin, Editor  Majalah Blues Selamanya,  01 ogos 2006)

Saturday, March 19, 2011

Sesuatu di antara waktu



SESUATU DI ANTARA WAKTU
RODIN- BLUES SELAMANYA
( OGOS 2006) 






Sebenarnya persoalan apa yang kita cari dalam hidup ini tak pernah akan berakhir. Persoalan itu akan terus berulang, berulang , berulang dan berulang! Ini bukan bermakna kita hamba ini belum bertemu jawapan tentang apa yang kita cari, atau bukan kerana kita tak ada jawapan tentang apa yang kita cari, atau bukan kerana kita tak ada jawapan kepada persoalan itu, namun, sebenarnya persoalan itu akan terus bergema sebagai tanpa peringatan, dan mengingatkan kita tentang hala tuju hidup dan kehidupan ini.

Adakah kita bosan dengan sesuatu  yang sentiasa diulang-ulang? Adakah kita tak suka dengan hal-hal yang kita anggap ' tak perlu diulangi' untuk kedua dan ketiga kalinya dalam hidup ini? Memang! Hampir setiap daripada kita adakalanya cukup tak suka dengan situasi begitu, namun ada waktunya pula kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan selain menerima apa yang ada sebagai sebahagian hakikat hidup dan kehidupan ini.

Tahukah kita, apa yang cari dalam hidup dan kehidupan ini? sekali lagi ia hanya satu soalan biasa. namun, soalan biasa inilah yang kebanyakan diantara kita tidak mampu, tak tahu bagaimana ingin menjawabnya. Malah tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa, ramai yang tidak tahu apa yang mereka cari dalam hidup dan kehidupan ini. Malang, sungguh malang sekali!



Untuk menjawab dan mencari jawapan, kita hamba ini harus kembali kepada asalnya. Kepada asal usul kita. Mengapa kita ini dilahirkan ke dunia. Mengapa Maha Pencipta  menganugerahkan hidup dan kehidupan ini kepada kita. Sesungguhnya dari-Nya kita datang, dan...kepada-Nyalah jua kita dikembalikan.

Kita hamba ini akan pulang kepada pencipta kita. Maha pencipta tidak pernah menyusahkan hamba-hambaNya dan sentiasa memberi kemudahan untuk kita hamba ini menjalani kehidupan di alam fana. Pelbagai anugerah tak terhitung untuk kita yang Dia telah titipkan. Malah, Dia maha pemurah juga telah menyediakan untuk kita landasan menuju destinasi sebagai jalan kesudahan hidup dan kehidupan di alam fana ini. Kemudian kita akan berehat seketika di perhentian sebelum meneruskan kehidupan abadi.

Tentang pilihan dalam hidup dan kehidupan ini, ramai di antara kita sekalian hamba seringkali buntu, lalu menganggap dirinya sudah tiada pilihan. Sebenarnya pilihan itu sentiasa ada, dan kita sekalian hamba ini memang berhak  serta mempunyai pilihan. Apapun, akibat berasa diri sudah tidak punya pilihanlah makanya ' pilihan-pilihan' yang ada menjadi kabur sekaligus hilang dari pandangan.Pilihan tetap dan sentiasa ada, tetapi kita sendirilah yang seringkali melenyapkan pilihan-pilihan itu.

Dalam hidup dan kehidupan ini, kita sekalian hamba diberi dua pilihan paling besar, yakni pilihan yang benar dan pilihan yang salah. Tak usah menafikan bahawa kita buta untuk memilih di antara keduanya. Tetapi kebanyakan kitalah yang membutakan diri dalam membuat pilihan. Sengaja memilih yang salah dek kerana nikmat sementara di alam fana. Dan apabila segalanya sudah terlanjurmengapa baru mahu sedar bahawa yang dipilih adalah pilihan yang salah? Segelintir kita hamba ini lebih suka menyalahkan keadaan berbanding menyuluh salah sendiri!

Pilihan yang benar dan pilihan yang salah, pada dasarnya dan pada pandangan kasarnya juga sudah boleh dibezakan. Hukum logik akal kita sekalian hamba ini juga sudah cukup mampu untuk menilainya. Tak usah berkerut-kerut dahi mendalami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Menjadi yang baikdan terbaik. Apabila kita membuat pilihan yang benar, sudah tentu ia adalah pilihan yang baik. sesungguhnya kita berusaha untuk menjadi yang baik sekaligus mempertingkatkannya menjadi yang terbaik!

(dipetik daripada Majalah blues selamanya- editor RODIN, 1 Ogos 2006)
sekadar berkongsi rasa kerana nukilannya seringkali membuatkan daku kembali merenung diri sendiri...

Wednesday, March 16, 2011

AKU DI BUMI UJIAN



PENATIMUR 
AKU DIBUMI UJIAN


Pokok nyior Tuan Embun Tuan kechik Kelantan 2013




Petang itu
ada kawanan awan kelam
meski langit tergambar tenang
sinar terang mula bertukar suram
dedaunan kelapa berbunyi desir
angin mula kalut dan kencang

Petang itu
aku kehilangan
damainya alam
tenangnya perasaan
sekian kali
aku diduga tuhan
di bumi ujian...

PESAN SESAMA KITA





CABAR DIRI SENDIRI, USS SINGAPORE 2015

saudaraku
jangan kamu lari dari kenyataan
meski ia jauh dari pengharapan
jangan kamu ulangi kesilapan semalam
kerana ia sejarah
biarkan sahaja ianya tersimpan

saudaraku
pagi ini terlalu indah untuk dirungutkan
hari ini masih panjang untuk disia-siakan
hidup ini juga masih banyak hal
yang perlu dikerjakan

saudaraku
hanyut kita kerana tiadanya iman
lalai kita kerana tiadanya pegangan
alpa kita kerana tiadanya peringatan
ingin rugikah kita sepanjang-panjang kehidupan?

saudaraku
aku cuma sekadar mengingatkan
yang jauh tersasar kembali ke pangkal jalan
yang sesat kembali temukan jalan permulaan
yang buta kembali celik
akal dan fikiran

saudaraku
hidup ini cuma pinjaman
sampai masa kita dikembalikan
diperhitungkan, dipertontonkan
di hadapan tuhan semesta alam
saat itu
tidak inginkah kita tersenyum kemenangan?

- PENATIMUR 2014-


Puisiku

 Aku ingin mencintaiMU...

Allah, ku harapkanKepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang.
Kehidupan terpelihara..
Hati yang dahaga
mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati,
Bahagia kekal abadi..
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu,
Engkau ciptakan pagar rintangan.
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi



Apabila engkau ingin berteman...

Apabila kau ingin berteman..
Jgn pandang pada kelebihannya krn mungkin dgn satu kekurangan kau akan menjauhinya..

Andai kau ingin berteman..
Janganlah pula dnilai kebaikannya krn mungkin dgn satu kelemahan kau akan membencinya..

Andai kau ingin dan SAHABAT yg satu..
Janganlah diuji akan ilmunya krn apabila dia lupa..mungkin kau akan menyisihnya..

Andai kau ingin berteman..
Terimalah dia seadanya krn dia hanya seorang SAHABAT yg hanya manusia biasa..
Maka bersahabatlah krn ALLAH.

Puisi ini adalah hasil nukilan rakan-rakan di facebook. Mohon harap dikongsi ye..

ADAKAH BENAR KAMU MENCINTAIKU?

Suatu pagi seusai solat subuh dan bertadarus, aku berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.

Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.

Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu. Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap memujiMu.

Dan... Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar.

Sunday, March 13, 2011

TSUNAMI DI JEPUN



TSUNAMI DI JEPUN
( 13 Mac 2011) 




Tragedi di Jepun kembali menghantui kebanyakan daripada masyarakat kita. Apatah lagi yang mengalami sendiri musibah itu di suatu ketika dahulu. Rakyat Malaysia yang pada mulanya terpinga-pinga dengan istilah 'Tsunami' pada saat itu kini sudah mulai fobia apabila mendengar namanya. Masakan tidak, segalanya terjadi secara tiba-tiba. Tiada berita dan perkhabaran, alih-alih sahaja, berita di kaca tv heboh mengatakan di Kuala Muda di landa Tsunami. Saya juga pada mulanya terkelip-kelip menatap kaca tv pada ketika itu. Ingatkan ianya sekadar banjir biasa yang  berlaku di bulan-bulan tengkujuh atau di akhir-akhir tahun, rupa-rupanya ia adalah banjir yang mendadak. Terkejut.. dan Astaqfirullahal Azim....

Dan kebelakangan ini, Jepun pula mengalami kehancuran sepertimana bumi Aceh, indonesia. Semuanya gara-gara Tsunami. Itulah peringatan tuhan apabila melihat hamba-hambanya kian lama kian melupai kedukaan dan kesengsaraan masyarakat lain yang masih bergelumang dengan kesedihan akibat kehilangan harta mahupun insan yang tersayang. Tanpa musibah, kita jadi bebas..Tanpa dugaan kita jadi lupa daratan..
renung-renungkanlah.


kalau saudara-saudari nak tengok video tsunami yang berlaku kat jepun ni, bleh masuk link ni...

semoga kejadian ini dapat diambil iktibar dan juga menjadi pengajaran bagi kita selaku hamba yang lemah..

Monday, March 7, 2011

JIKA BELUM BERSEDIA...MAKA CINTAILAH DIA DALAM DIAM



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...



APA ITU CINTA... BAGAIMANA SAYA MENEMUKANNYA?

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya menemukannya?
Gurunya menjawab, " Ada ladang gandum yang luas didepan sana . Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, artinya kamu telah menemukan cinta" .

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja,dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik)". Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana , jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumelanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusadari bahwasanya ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab " Jadi ya itulah cinta"

Di hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya,"Apa itu perkawinan?Bagaiman a saya bisa menemukannya? "

Gurunya pun menjawab " Ada hutan yang subur didepan sana .

Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, karena artinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan kurasa tidaklah buruk-buruk amat, jadi kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya kesini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya"

Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan ya itulah perkawinan"

CATATAN - KECIL : Cinta itu semakin dicari, maka semakin tidak ditemukan. Cinta adanya di dalam lubuk hati, ketika dapat menahan keinginan dan harapan yang lebih. Ketika pengharapan dan keinginan yang berlebih akan cinta, maka yang didapat adalah kehampaan... tiada sesuatupun yang didapat, dan tidak dapat dimundurkan kembali. Waktu dan masa tidak dapat diputar mundur. Terimalah cinta apa adanya. Perkawinan adalah kelanjutan dari Cinta. Adalah proses mendapatkan kesempatan, ketika kamu mencari yang terbaik diantara pilihan yang ada, maka akan mengurangi kesempatan untuk mendapatkannya, Ketika kesempurnaan ingin kau dapatkan, maka sia2lah waktumu dalam mendapatkan perkawinan itu, karena, sebenarnya kesempurnaan itu hampa adanya.

Adakah kamu mencintai aku? http://pena-timur.blogspot.com/2011/03/adakah-benar-kamu-mencintaiku.html