" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, February 6, 2011

ASSIGNMENT CINTA 10

Bahagian 10
                          
“ apa kena dengan korang ni? Buang tebiat ke dari tadi aku tengok tersengih-sengih.” Tanya Zue sewaktu kami keluar makan malam itu.  Lapang pulak minah ni. Selalunya dia lebih senang memilih keluar dengan shah daripada keluar dengan kitaorang. 
           “suka hati……….” Jawab aku bersahaja. Tom yam di dalam mangkuk aku suapkan lagi ke mulut. Best giler tom yam tu. Rugi  kalau tidak dihabiskan.
“ suka hati, kenapa?” Tanya zue lagi tidak berpuas hati. Ni yang malas ni. Nak kena explain pasal hal siang tadi. Ni semua zura punya pasal. Kan dah terbongkar. Dari tadi, ketawanya tak henti-henti. Tambah-tambah lagi bila dia recall balik pasal dia tengok aku lari pecut masuk kandang kambing pak lamin. Ceh! Tak guna.
“ tak adalah…. Rahsia kitaorang aje.” Zura menyampuk. Tahu malu. Mesti dia pun malu nak cerita pasal dia tersangkut atas pokok rambutan tadi tu…heheh!
“ ni yang aku tak gemar ni. Main rahsia-rahsia pulak. Kata kawan….” Zue dah mula tarik muka 14 inci. Ni yang lemah ni. Time bab kawan jer….nak kena kongsi semua. Tu ikrar kitaorang bila kitaorang  buat perjanjian  flower 4 waktu mula-mula kitaorang rasa kitaorang ni satu  kepala. Kononnya nak tiru cam kumpulan penyanyi dari Taiwan tu le, f4, yang anggotanya jerry, ken, vic dan vannes……tapi group kitaorang ni ada dua orang ken, aku dan zue….sebab dua-dua sukakan mamat tu. Ensem!
“ ok-ok, kitaorang citer. Tapi engko janji jangan bagitahu orang lain pulak. Malu aku.” Aku dah malas nak berdebat dengan minah ni. Dahlah mulut dia laser. Kang dia merajuk, mahunya disembur ayat-ayat nauzubillah min zalik…….
“ gini, …….” Zura dah menolak pinggan nasinya ke tengah. Patutlah pun, nasinya dah habis. Ditariknya dekat milo ais. Disedut strawnya sekali dua. Sejenak, dia pandang wajah aku dan Zue silih berganti. Aku angguk, cerita ajelah cik kak…..
Zue yang mendengar sesekali ketawa lucu. Tulah, aku dah kata. Zue tu baru aje dengar cerita dah ketawa bergegar-gegar meja, cuba dia ada di tempat kejadian. Mahunya tergolek-golek dia gelakkan aku dan Zura. Hampeh punya kawan! Minah ni kalau ketawa memang tak pandang kiri kanan. Bantai jer gelak. Last-last sampai sakit perut minah tu menahan gelak mendengarkan cerita malang kitaorang. Huh! Hari ini dalam sejarah betul! Sedar tak sedar, dah sejam kitaorang duduk makan-makan kat restoran tu.
“ eh, jom le balik, dah lama sangat dah ni. Kesian pulak tinggalkan zila sorang-sorang. Kang jadi apa-apa susah. Minah tu bukannya berani sangat  pun. Nak ke bilik air pun, nak kita yang temankan.” Zue mengerling melihat jam di tangannya. Aku pun turut berbuat hal yang sama.
Zura memanggil pelayan. Kelihatan seorang mak cik separuh umur datang mendapatkan meja kami. Sewaktu kami bertemu pandang, mak cik tersebut menghulurkan sebuah senyuman di bibirnya. Aku balaslah balik. Orang kata, senyuman tu kan satu sedekah. Lagipun, setakat senyum, bukannya luak apa pun. Awet muda lagi!
“ semuanya Rm 22.50, nak” zue pantas aje menghulurkan duit dalam beg duitnya. Hai, banyak pulak duit minah ni. Agaknya menang loteri kot. Hish, tak sayang mulut betul, orang islam mana boleh main loteri, apa daaa. Perlahan-lahan aku istigfar dalam hati. Ya Allah, janganlah dipesongkan akidahku sesudah engkau memberi petunjuk kepadaku. Amin!
“Dah le, jom!” zue menegur zura sewaktu melihat minah tu duduk balik meneguk air didalam gelasnya yang masih bersisa.
“ jap le…” ujarnya bersahaja. Aku dah mula melangkah setapak dua. Namun sebelum kami sampai di kereta zura yang terletak di tepi jalan, aku rasa macam ada orang pandang aku jer. Degup jantung rasa cam lain jer ni. Aku alihkan pandangan kiri-kanan. Tap! Macam pernah aku tengok, siapa ya?
Ya Allah, mamat out tu lagi. Apa ke halnya selalu sangat aku terserempak dengan dia ni? Mamat tu memang tengah pandang kitaorang. Dah berapa lama dia duduk kat situ? Aku pusing mengadap meja yang aku duduk tadi. Aiseyman, macam mana boleh tak perasan, mamat tu duduk di meja selang sebuah yang kerusinya mengadap betul-betul dengan kerusi aku. Alahai….
Mana aku nak letak muka aku ni. Apa yang dia fikir pasal aku agaknya. Aku dah jalan tunduk gaya jepun dah. Rasa macam pipi dah merah macam isi buah tembikai ranum. Apa-apa hal, control ayu…..hish, tapi siapa dia yang aku nak control laku pulak. He just nobody! Tapi aku nak kena lalu depan dia jugak ni. Pasal kalau nak ke kereta zura, mesti lalu lorong kecil tu. Hampeh betul.
Aku toleh ke belakang, cari kelibat teman-teman. Zura dan zue asyik jer dok bersembang, jalan lembab lagi tu. Ah, sudah. Macam mana ni. Redah ker tak?
Redah jer le. Aku angkat pandangan tengok mamat tu. Dari jauh, aku nampak dia buat bodoh jer. Ralit betul bersembang dengan kawan-kawannya. Ok, line clear, buat-buat tak nampak. Ok…set…..jalan!
“ hai….nak balik dah?” aku telan air liur yang tersekat di kerongkong. Tak semena-mena, darah dah naik ke pipi balik. Mamat ni apahal? Aku tak kenal dia pun. Nak jadi peramah apa hal? Aku toleh lihat wajahnya. Tak semena-mena aku senyum. Aku angguk  sebelum kaki terus melangkah. Malas nak layan. Malas nak panjang-panjangkan ayat. Sebelum melangkah, sempat aku mengerling gelagat temannya yang mengangkat kening doublejerk ke arahnya. Dia sekadar tersenyum sahaja. Agaknya dia kata aku sombong kot. Ah, lantaklah. Mulut orang, fikiran orang. Ada aku kisah?
Lagipun orang lelaki memang macam tu. Kalau kita layan, kata kita sosial, gatal. Kalau kita tak layan, kata kita ni sombong la, berlagak la, perasan bagus la. Entah apa yang tak kena dengan pemikiran diorang agaknya. Tapi bagi aku, bukan mudah nak kenal dengan lelaki. Fobia masa silam masih lagi ada sampai sekarang. Jangankan nak berkasih, nak berkawan pun susah!
Zura dan zue yang dok mengikut langkah kakiku dari belakang, tiba-tiba sudah terconggok di depan. Terkejut aku. Bila masa pulak diorang pintas aku ni?
“ Wah in, bukan main lagi engkau ya..” zura tiba-tiba menghampiri dan menepuk bahu aku.. Nasib baik kitaorang dah melintas jalan. Dengar dek mamat tu, buat malu jer. Tak menyabor langsung.
Aku pandang wajah zura pelik. Kenapa? Ada masalah ke? Di tegur lelaki pun nak jadi isu ke? Sengal betul minah ni.
“ Engkau kenal dia ke?” Tanya zue lagi. Wajahnya dah senyum-senyum. Ah, aneh betul dua orang ni. Senyum-senyum pulak.
“ tak…” aku jawab endah tak endah. Kakiku terus melangkah diiringi dengan teman-temanku kanan dan kiri.
“ kenapa?” Tanya aku lagi sedikit berminat. Misteri la pulak rasanya dengan karenah kawanku berdua ni.
“ Tak kenal?” Tanya zura separuh terkejut. Aku angkat bahu.
“ habis, dia tegur engkau tadi? Takkan sesaja aje,” Zura  menduga. Aku mencebik. Tak de maknanya. Memang aku tak kenal pun. Kenapa? Mamat tu siapa? Orang hebat sangat ke sampai zue dan zura pun kenal. Kalau diaorang kenal, takkan aku tak kenal. Tapi hakikatnya memang aku tak kenal pun.
“ gila engkau in, mamat hebat macam tu pun engkau tak kenal,” Zue menggelengkan kepalanya dua tiga kali. Aku jadi tambah pelik. Ni yang aku stress ni. Bukannya nak bagitahu, nak main berklu-klu pulak. Malas bangat ah!
“ aku betul tak tahu. Siapa dia?” aku Tanya lagi. Kalau sampai tiga kali aku Tanya, korang tak bagitahu jugak. Kita tutup cerita. Aku dah malas nak tanya dan ambil tahu dah.
“ dia tak kenal la zue. In-in, tulah. Masuk kampus, mengadap buku jer 24 jam. Kalau bukan dengan buku, art dia je. Sampaikan gossip panas kat kampus tu pun dia tak tahu. Teruk betul la engkau ni, in…” zura dah khutbah panjang lebar. Kepelikkan tadi jadi dah bertambah-tambah pelik ni hah.
“ aku betul-betul tak kenal dan tak tahu. Lagipun, kejadah apa aku nak tahu pasal dia. Dia bukannya saudara- mara aku pun.” Aku dah mula terasa panas dengan kemisterian zue dan zura ni. Aku pandang wajah Zura sebelum beralih melihat wajah zue. Waktu tu, kitaorang dah sampai kat tempat letak kereta Zue. Cepat-cepat aku memasuki perut kereta di bahagian belakang manakala Zura memilih duduk dihadapan di tepi Zue. Kemudian, kereta yang dipandu zue dah mula membelok keluar parking bergerak ke simpang keluar ke jalanraya.
“ zue, tak yah bagitahulah ek. Suruh dia cari tahu sendiri. Minah ni kalau tak bagi assignment, tak dernya nak ambil tahu pasal orang lain. Sorry…..!” zura dah bagi idea sengalnya nak menyakat aku. Hampeh, tak guna betul!
Tak semena-mena aku mengeluh kecil. Ooo…korang sepakat ye. Tak pe… tak nak bagitahu sudah. Aku tanya orang lain. Apa susah. Kata mamat tu glamer. Satu kampus tahu pasal dia. Takkan orang lain tak boleh ceritakan kat aku. Tapi nak tanya siapa. Kawan-kawan aku empat kerat ni jer. Aku kan pelajar cool. Tak ramai kawan. Kampus pun belum semua aku jelajah lagi. Nak kena search pasal mamat tu pulak. Ceh! Buang karan jer!
Sewaktu kereta  kami kembali melintasi kedai makan di tepi jalan itu, aku sekali lagi menoleh mencari wajah lelaki yang menegurku sebentar tadi. Di seberang jalan, kelihatan dia begitu asyik bersembang dengan kawan-kawannya sambil sesekali tersenyum kecil. Kepala aku kembali memikirkan tentang assignment yang diperkatakan zura sebentar tadi. Assignment ke? Errmmmmmmm……….Ok…assignment!



sambungannya

Assignment Cinta 11

ASSIGNMENT CINTA 9

Bahagian 9

            “ Woi!” jerkah Zura tiba-tiba. Aku jatuh terduduk. Aduh, sakitnya punggung. Aku toleh ke belakang. Zura seronok aje ketawa. Tak guna! Ingatkan hari-hari cuti begini, bolehlah aku menghabiskan masa lapang dengan hobi aku ni tetapi minah ni datang ganggu pulak. Hish, tak boleh tengok aku senang sikit.
            “ Zura, engkau tak boleh tegur elok-elok ke, sakit tahu tak?” Aku mendengus marah. Aku bangun, menggosok-gosok punggung. Berus lukisan aku entah sudah tercampak kemana. Tengah aku syok-ayok melukis bawah pokok rambutan ni, minah ni datang kacau pulak.
            “ Engkau ni kan, tak boleh terperanjat sikit. Mulalah buat akrobatik. Terduduk la, tertunggeng la. Macam-macam. Berani pulak duduk sorang-sorang kat sini,” Zura sudah berdiri di tepi kanvas lukisan aku. Matanya memerhati sekeliling. Kiri-kanan hutan. Aku biarkan aje minah tu membebel-bebel seorang diri. Dah tak ada kerjalah tu, datang mengganggu aku. Berus aku tadi, mana pulak aku campak ni?
            “ Wah, cantiklah In, gambar apa ni?” Soalnya apabila melihat lukisanku yang hampir siap. Hah, baru tahu. Ingat aku ni apa? Tak ada seni langsung ke? Tengok orang la. Aku masih terbongkok-bongkok dalam semak di tepi pokok rambutan. Alah, mana pulak berus aku tadi ni!
            “ Oit, aku tanya ni, dia boleh buat bodoh aje. aku conteng karang lukisan ni, baru tahu…” Zura mula hot  bila aku tak jawab soalannya. Aku diam lagi. Malas nak jawab. Yang penting sekarang cari berus aku tu dulu.
            Ahah, dah jumpa! Berus tu betul-betul kat atas pokok senduduk di dalam semak. Aku redah rumput dan pokok-pokok rimbun liar ke situ. Tak guna punya kawan. Sampai jauh ke sini terpelanting berus lukisan aku dek terkejut jerkahannya tadi. Zura di belakang masih lagi mengomel-ngomel. Entah apa ke bendalah minah tu membebel-bebel, aku sudah jauh ke tengah semak. Tak ambil peduli dengan kata-katanya. Yang penting, berus tu!
            Pak Lamin ni pun satu. Kata kebun buah. Tapi semak mengalahkan hutan rimba. Ni kalau ada harimau ke, gajah ke, langsung tak mustahil. Kebun macam ni dah boleh dikategorikan sebagai hutan simpan kalau macam nilah keadaaannya. Ah, pedulik. Kebun orang, bukan tanah aku pun. Nak komplen-komplen apa hal….
            “ In, engkau nak pergi mana tu?!” Zura dah mula perasan aku jelajah kebun Pak Lamin di belakang rumah sewa kitaorang. Ah, sedikit je lagi nak sampai dekat pokok senduduk tu. Sikit je lagi. Sikit je lagi. Aku capai berus. Susah payah. Huh! Dapat. Hatiku berbunga senang. Mana Zura ni, dah balik ke? Sudah tidak dengar suaranya membebel-bebel. Aku pusing ke belakang. La, dah jauh rupanya aku redah  kebun hutan ni. Sampaikan kelibat Zura pun dah nampak tak nampak aje. Tapi siapa pula yang bernafas kuat kat tepi aku ni? Pelik aje bunyinya. Aku belek pokok-pokok rimbun mencari yang empunya nafas. Gulp! aku telan air liur. Nak lari ke tak ni?
            Lari ke tak? Lari ke tak ni? otak aku dah blur bagi idea. Kaki aku dah gatal nak melangkah ni. Hati pun laju je dup-dap-dup-dap. Ni kalau boleh dengar melalui stateskop, mahunya pecah alat tu dengar jantung aku berdegup. Aku pusing belakang pelan-pelan. Cari laluan lompang sikit. Senang nak redah. Berus di tangan aku pegang kemas-kemas. Apa-apa hal selamatkan diri dulu. Takkan nak tunggu sini. Nak mengadap binatang langsung tak handsome ni sampai bila?
            Satu, dua, tiga………! Aku pecut seribu. Berus lukisan terkial-kial di tanganku. Binatang tu pun pecut jugak kat belakang. Menonong aje. Arggghhhhh……tolonggg!!!!
Aku jerit kuat. Zura yang tengah tertunggeng-tunggeng di bawah pokok rambutan turut tersentak.
            “ Zura…. lari! Ba….ba..babi…!” aku laung kuat. Masa tu dah tak terfikir  nak guna bahasa buku untuk panggil nama binatang tu. Zura terkedu. Dengan hanya berkain sarung, sepantas kilat, dia panjat dahan pokok rambutan tempat aku melukis sejam yang lalu.
            “ In…. sini!,” laungnya apabila melihat aku lari tak cukup tanah. Nasib baik aku pakai treksuit. Kalau berkain sarung, dah terbungkang aku kat sini.
            “ A….aku tak pandai panjat pokok……” aku laung lagi. Sesekali aku berpaling ke belakang sambil kaki terus berlari. Ni kalaulah aku masuk marathon ke, lari 4x 100 ke, sah-sah aku menang. Cis, binatang najis mukholazoh tu memang syok giler main kejar-kejar dengan aku.
            “ Sinilah! Engkau nak lari mana, Sesat kang!,” Zura dah mendakap dahan pokok rambutan Pak Lamin. Kemas macam tak nak turun-turun dah. Alamak, depan dah jalan mati. Aku membelok, memasuki lorong menuju ke kandang kambing pak Lamin di belakang rumahnya. Masa tu memang tak terfikir nak panjat tangga rumah sewa padahal tadi aku sempat gak melintasinya sebelum meredah tanah kawasan rumah pak Lamin. Apa yang aku nampak, hanya kandang kambing pak Lamin tu aje. Tak fikir-fikir dah. Aku panjat anak tangga kandang kambing, cepat-cepat tutup pintu dari dalam. Perut aku dah kecut. Termengah-mengah aku bernafas. Huh, nak udara! Nak  nyawa! Di bawah, binatang ekor kontot tu mundar mandir. Habis tanah-tanah disodoknya. Aku genggam berus lukisan kemas-kemas. Janganlah dibuatnya binatang hodoh tu masuk dalam ni. Kalau ia masuk mana lagi aku nak lari. Semuanya dinding dawai je ni. Tingkap pun tak ada. Kalau ada, boleh juga aku terjun tingkap selamatkan diri nanti. Pintu pun satu je ni. Dahlah aku takut tahap gila ni. Kena sentuh lagi dengan binatang tu, alahai kena mandi tanahlah aku!
            Pang! Macam bunyi senapang patah aje. Dari balik pintu kandang, aku mengintai keluar. Binatang tu dah terbungkang di atas tanah. Dari jauh, kelihatan pak lamin berdiri sambil memegang sebilah senapang. Sebijik macam hero cowboy dulu-dulu pulak. Tapi yang ni cowboy tanpa baju, berkain pelikat dan berkopiah putih kat atas kepala. Cowboy Malaya! aku menarik nafas lega. Ambik engkau, mampus! Siapa suruh engkau kejar aku. Kang tak pasal-pasal mati sia-sia. Aduh, sakitnya urat pinggang! Kaki aku turut terasa lenguh-lenguh. Esok sah mesti demam ni. Tak pernah-pernahnya aku lari gaya larian sukan olimpik macam ni, hari ni dalam sejarah la pulak. Aku tilik selipar di kaki, ai tinggal sebelah aje. Sebelah lagi mana? Mesti termelayang waktu aku lari maksimum speed tadi. Tak guna! Tak sedar bila masanya aku pecut hanya pakai sebelah selipar aje. Hish! Kalau tahu dek Zila dan Zue, pasti terkeluar air mata diorang gelakkan aku. Tak guna punya binatang. Buat aku lelah aje.
            Pintu kandang kambing itu, perlahan-lahan aku buka. Mata masih memerhati bangkai binatang kontot tu yang dah rebah ke tanah. Ya tuhan, macam ni ke rupanya binatang ni. Langsung tak menarik pandangan. Itulah first time aku tengok binatang hutan tu secara live. Selalunya kat kaca tv je. Dahlah hitam legam, bertaring panjang lagi. aku menggeletis kegelian. Pak Lamin tiba-tiba datang  menghampiri.
            “ Apa ke jadahnya kamu buat dalam kandang kambing pak cik tu In?” Soal Pak lamin buat –buat tak faham. Aku sengih. Control ayu.  Kalau soalan tu dari Zura, memang sah-sah kena cepuk. Tak nampak aku lari pecut tadi? Pucat muka aku pun rasanya masih belum hilang lagi ni. Aku perhati sekeliling. Rasa-rasanya seekor je tadi kitaorang main kejar –mengejar. Aku yang dikejar, haiwan tu yang mengejar.
            “ Maaf Pak cik, saya tak tahu dalam kebun belakang rumah sewa tu ada binatang ni. Saya yang kejutkan binatang ni tadi pak cik. Ia kejar saya kerana terkejut saya ganggu tempat tinggalnya kot,” Dalam semput-semput  nafas aku  cerita kepada pak lamin. Pak Lamin angkat kening.
            “ Ooooo, yang melalak minta tolong tadi tu kamulah ya?” tanya Pak Lamin lagi. Aku angguk pelan-pelan. Mahunya tak, dah habis volume aku menjerit, melalak. Untung juga Pak Lamin dengar. Kalau tak, tidur kandang kambing la aku malam ni.
            “ Bila masanya pulak kamu ke kebun tu. Kan dah aku pagar. Dah lama aku tak kerjakan kebun tu. Dah tak ada rupa kebun dah pun. Yang kamu pandai-pandai masuk kebun aku tu siapa suruh. Nasib baik tak ada apa-apa. Kalau tidak, tak tahulah…..” Aduh, ngilunya dengar bebelan Pak Lamin ni. Aku diam, rasa bersalah la pulak. Tulah siapa suruh memandai-mandai masuk tanah orang tanpa kebenaran. Taubat! Lain kali aku takkan buat lagi. Sungguh!
            “ Maaf pak cik. Saya yang salah. Maafkan saya,” aku betul-betul rasa bersalah ni. janganlah Pak Lamin marah. Dahlah aku letih lari pecut tadi, ni nak kena dengar ceramah Pak Lamin lagi. Alahai, nasib badan. Nasib baik kat rumah sewa ada Zura aje. Zue dan Zila entah kemana menghilangnya sejak pagi tadi. Zura? Mana Zura ni? aku pandang kiri kanan. Sah, memang Zura tak ada. Atas pokok lagi ke?
            “ Pak cik, minta maaf sangat-sangat. Saya minta diri dulu. Nak cari Zura,” aku mengundur langkah meminta diri. Pak Lamin angguk-angguk. Lagipun, kalau lama-lama aku duduk di situ, mahunya telinga aku diberi ceramah lagi. Baik blah cepat!
            “ Zura…..!” Sehabis volume aku menjerit. Lorong kecil yang ku lalui sebentar tadi, aku redah balik. Sambil-sambil jalan, sempat juga aku melilau kiri-kanan jalan, manalah tahu terjumpa dengan selipar aku yang sebelah lagi. Hah, tu dia. Atas rumput-rumput tu! Giler betul macam mana boleh tak terperasan aku lari tanpa selipar tadi ni? Selipar itu aku sarungkan dan menuju kembali ke pangkal pokok rambutan di pinggir pagar kebun. Peralatan lukisan aku masih tidak terusik. Tiub-tiub warna masih berlonggok di atas rumput. Berus ditangan aku sisipkan di poket seluar. Terayun-ayun berus itu mengikut langkah kakiku. Aku pandang sekitar, tercari-cari. Mana Zura ni? dah balik ke?
            “ In….!” macam suara Zura. Aku dongakkan kepala. Ha…ha…ha, aku gelak kuat. Zura masih melekat kejab di dahan pokok rambutan. Kelakar betul!
            “ Woi, tolonglah…aku tak boleh turun ni,” Dia merengek. ketawaku makin galak. Geli hati betul. Kalaulah di saat tu ada Kamera Video, memang aku rakam, buat kenangan!
            “ Apa daa, pandai panjat. Tak pandai turun. Dah turunlah. Aku nak tolong  macam mana. Aku mana pandai panjat pokok,”  Aku bagi arahan. Zura terkial-kial memijak dahan pokok. Prak, sebatang ranting patah. Huh! Nasib baik tak kena kepala aku.
            “ Hati-hatilah sikit,” aku bagi advice bimbang. Zura ketap bibir.
            “ Ni semua engkau punya pasal,” Dia salahkan aku. Aku buat muka selamba.
            “ Aku pulak. Yang engkau datang sini tak berjemput, kacau aku tu apa? Salah aku ke,” Aku berhenti ketawa. Sakit hati sikit.
            “ Oklah, aku yang salah. Tolonglah sikit. Kain aku tersekat ni,” Zura dah sampai dahan bawah. Betul-betul paras bahu aku. Aku tarik kainnya yang lekat di ranting pokok. Buk! Zura jatuh terduduk. Kah..kah..kahh…aku sambung ketawa lagi. Zura bangun, menggosok-gosok punggung.
            “ Ceh, bukan nak tolong, gelakkan aku pulak,”Dia marah. Muka bungainya masih belum hilang. Pucat. Kain sarung yang dipakai dibetul-betulkan kembali lipatannya di bahagian pinggang. Tangannya ada calar-calar. Merah bergaris. Kesian pulak aku tengok  minah ni. Tulah, siapa suruh panjat pokok?
            “ Binatang tu dah mampus? Aku dengar macam bunyi senapang tadi.” Tanyanya sambil sesekali mengaduh sakit. Aku angguk.
            “ Yap, Pak Lamin yang tembak. Nasib baik ada Pak Lamin. Kalau tidak tidur atas pokok rambutan la engkau malam ni. Ha..ha…ha..” Aku masih terasa ingin ketawa apabila mengenangkan hal itu. Wajah kelat Zura sebentar tadi tiba-tiba bertukar corak. Dia tiba-tiba turut ketawa. Terkekeh-kekeh.
            “ Engkau lari sampai mana tadi In, aku tengok laju betul engkau lari….” Tanyanya sambil ketawa. Ketawaku makin galak. Lucu betul bila mengingatkan kejadian itu.
            “ Aku…aku sembunyi dalam kandang kambing Pak Lamin…” beritahuku masih dalam gelak.  Zura ketawa sampai menekan-nekan perutnya. “ Gila!” ujarnya.
            “ Dahla. Jom balik. Tolong aku kemaskan barang-barang ni,” Ujarku kemudiannya. Aku mengutip tiub-tiub warna dan meletakkannya ke dalam bekasnya. Zura membongkok tolong sama mengutip.
            Sepanjang perjalanan pulang ke rumah sewa, sesekali kami akan ketawa apabila mengingatkan hal itu.
            “ Ni nak cerita tak dengan Zila dan Zue ni In? Kalau diorang tahu, mesti ketawa sampai pecah perut punya….”
            “ Tak payahlah…buat malu aje,” Sewaktu kami sampai di tangga rumah rumah sewa, kelihatan kereta Zila baru sahaja memasuki kawasan rumah. Aku pandang wajah Zura di belakang. Zura angguk-angguk.
            Syyyyy……sesaat, kami ketawa lagi………


sambungan...
Assignment Cinta 10

ASSIGNMENT CINTA 8

Bahagian 8

            “ Nak duduk kat mana?” tanyaku apabila melihat sudah ramai student yang melepak di kawasan kantin di mall.  Has jungkit bahu. Matanya meliar merata. Seketika, dia menguit lenganku.
            “ Tu, azman panggil kita,” ujarnya berjalan ke hadapan meninggalkanku yang masih terkebil-kebil memerhati sekitar. Di hadapan, kelihatan Azman sedang syok aje duduk mengadap kitaorang.  Aduh, lemas betullah tempat orang ramai macam ni. Langsung tak kena dengan jiwaku. Kenapa ramai pulak budak-budak berkerumun kat sini hari ini. Aku jadi pelik. discussion untuk assignment jugak ke?
            “ In, cepatlah. Kang Azman marah. Engkau tu dahlah datang lambat.” Has menarik tanganku. Aku sekadar mengekorinya.
            “ maaf, kami terlambat. Dah lama sampai?” Has bersuara apabila kami berhadapan dengan Azman. Lelaki itu Cuma mengangguk. “ no hal, aku pun baru sampai. Nasib baik sempat tandakan tempat ni. Kalau tak, susah jugak. Ramai betul budak-budak discussion hari ini.” Beritahunya. Aku senyum, menarik kerusi bersebelahan Has yang sudahpun duduk mengadap Azman.
            “ Iskandar tak datang?” tanya Has kemudiannya. Azman sengih. “ datang,” ujarnya. Aku pandang kiri kanan, depan belakang. “ tak ada pun?” soalku perlahan.
            “ entah, katanya nak beli pen, pennya tertinggal tadi.” beritahu Azman lagi. oooooo…….
            Dari jauh kelihatan seorang lelaki datang menghampiri kami. Lagaknya santai dan bersahaja. Cuma bert-shirt merah, ditindih kemeja di atasnya, berseluar jeans dan berselipar. Rasanya itu pertama kali aku melihat Iskandar bercasual biasa. Selalunya bila kami berjumpa, dia beruniform etika untuk masuk ke bilik kuliah aje. waktu tu memangla dia dah smart, tapi hari ni lagi-lagilah……hai, beruntung sungguh sesiapa yang jadi mak we mamat ni.
            “ Hai, sorry. Dah lama tunggu?” tanyanya Sewaktu menghampiri meja kami. Aku senyum, menggeleng. “ tak, baru aje.” jawabku. Has disebelah, pelik aje aku tengok. Dari tadi terkebil-kebil tengok iskandar. Minah ni sukakan iskandar ke. habis si Aiman tu nak letak mana. Haiyaaa...what can i say?..
            “ ok, kita mulakan. Tajuk dengan awak kan?” ujarku. Enggan membuang masa lagi. lagipun, aku kena balik awal hari ini. Dah janji dengan Zura tadi untuk pulang bersama. Zura sekarang ada di Library, katanya nak cari bahan untuk Assigmentnya. Lagipun, boleh tumpang kereta free. Tak payah melangut tunggu bas. Hari sabtu macam ni, bas lambat betul nak lalu laluan rumah sewa aku tu. satu jam, baru ada sebuah. Tu pun kalau nasib baik, tak ada penumpang.  Kalau bad luck, kena berdiri pulak.
            “ saya dah buat rangka sikit berdasarkan tajuk yang awak berikan saya tu. man, tengoklah. Engkau ketua kan, kalau tak nak pakai pun tak apa. aku okey jer.” iskandar membelek sebuah buku kecil sebesar tapak tangan di hadapannya. Buku itu gayanya macam diary UUM. Mesti dia beli di ko-op ni. Pasal mana-mana benda yang ada lambang UUM, mesti dari situ punya.
            “ aku bukan ketua. Bagi In tengok, dia ketua.” Aku telan air liur bila tiba-tiba iskandar tenung wajahku. Ala……
            “ Tak apa. Bagi Is aje jadi ketua. lagipun dia dah buat rangka-rangkanya. Kita bincang. Lepas tu kita agih-agihkan ajelah masing-masing part mana yang nak kena buat.” Aku dengan rela hatinya melepaskan jawatan. Rasa tak fair selama ini entah kenapa tiba-tiba jadi fairlah pulak. Tambah-tambah dengan iskandar. Rasanya lelaki ni boleh diharap kot!
            “ pulak dah. Tak menyesal?” Iskandar sengih. Aku balas dengan senyum balik.
            “ tak pun……” ujarku senang. Has diam je dari tadi. apasal?
            “ ok, jom kita bincang…” ujar azman tiba-tiba.
            Hampir satu jam jugaklah, kami berbincang. Bertegang leher, memberi pendapat dan tak kurang juga buat lawak bodoh. Tambah-tambah si Azman, ada aje ideanya nak buat kumpulan kecil kami di tenung  oleh budak-budak lain kat kantin tu. malu jugak tapi enjoy. Tak adalah jadi  skema sangat. Kan hidup ini adalah pantulan dari cebisan-cebisan emosi.
            “ Discussion kita sampai sini sajalah ye, hari ini. Saya ada janji dengan kawan sekejap lagi ni. apa-apa hal, SMSlah,” ujarku.
            “ Oklah. Aku pun ada hal lagi lepas ni.  Bagi aku nombor phone engkau In, aku tak ada lagi ni. Senang nak call kalau ada apa-apa,” Azman dah mula menekan-nekan keypad handsetnya. Standby nak ambil nombor telefonku. Ketika itu, aku sedang mengemas-ngemas nota di atas meja dan memasukkannya kedalam fail hijau yang dibawa. “ 01256, 4 lima kali,” beritahuku. Iskandar juga sedang menekan-nekan sesuatu di keypad handsetnya. Entah membaca sms atau turut mengambil nomborku. Ah, lantaklah. Yang penting, aku harus cepat beredar dari situ. Takut pulak Zila tertunggu-tunggu nanti. 


sambungan 
Assignment Cinta 9

ASSIGNMENT CINTA 7

Bahagian 7

            “ Ok, saya nak semua tugasan yang saya suruh dua hari lepas diserahkan selepas kelas ni nanti. Sekarang saya nak kamu semua bentuk satu kumpulan baru. Saya cuma hendak tiga orang sahaja dalam satu kumpulan.,” Prof. Azim dah bagi arahan baru. Semua pelajar dalam Kelas Sistem Maklumat Pengurusan hari itu masing-masing dah pamer muka sembelit. Ah, assignment lagi. Tak habis-habis dengan assignment. Sampai kepala aku dah naik biol dengan assignment. Dahlah semester ini jam kereditku banyak. Tujuh subjek aku carry. Mampus, kalau aku tak boleh skor, pasti PMK  aku jatuh lagi.
            “ Saya nak setiap group ada lelaki perempuan. Saya tak nak lelaki-lelaki, perempuan-perempuan sahaja,” Professor yang belajar di UK ini memberi arahan lagi. Aku mengeluh. Ni yang lemah ni, kalau ada lelaki dalam group, biasanya dioranglah yang jadi ketua. Perempuan jadi anak buah punya.  Terpaksalah bagi laluan.
            “ Fazwin, aku masuk group engkau ye?” Azman di sebelah mengetuk mejaku dengan pennya. Dalam kelas hari itu, entah macam mana dia duduk disebelahku pulak. Aku pandang Has disebelah kiri. Dalam group aku, memang Has dah sah-sah anggota anggota. Tunggu seorang je lagi. Has angguk. Ok, kami bertiga untuk group kali ini.
            “ Ok,  kalau semua dah ada group, saya minta kamu datang ke pejabat saya  nanti, ambil tajuk tugasan. Kelas hari  ini sampai di sini saja kerana saya ada mesyuarat. Dan jangan lupa, tugasan dua hari lepas, sila hantar dengan segera di bilik saya hari ini juga. Siapa lambat hantar, saya bagi C,” Tegas kata-kata Prof. Azim kali ini. Aku telan air liur. Nasib baik tugasan tu aku sempat siapkan. Kalau tak naya je kena khutbah dengan Prof. Azim
            Sejurus Prof. Azim keluar, kelas kembali bising dengan budak-budak yang kalut apabila masing-masing sibuk mencari kumpulan untuk assignment kali ini. Azman di sebelahku mengetuk meja. Aku tersentak. Mamat ni, sikit-sikit ketuk meja, tak boleh tegur elok-elok ke. Nasib baik jantung aku ok, kalau tak dah terbungkang aku kat sini. Tak de akal punya jantan.
            Aku berpaling ke arahnya. “ Tajuk assignment ni siapa nak ambil?” soalnya. Has tengok aku. Aku tengok Has. Masing-masing jungkit bahu. Azman melongo.
            “ Siapa ketua, dia ambillah,” jawabku. Azman angkat kening. “ so, siapa ketua?” soalan cepu emas terkeluar juga. Aku sengih. Has pun sengih. Memang sah-sah engkau dah En. Azman oi! Tu pun nak tanya lagi ke?
            “ Aku ke?” Soalnya macam tak faham pula isyarat Non- Verbal kami. Aku angguk.
            “ Tapi aku tak bolehlah. Semester ini aku kena cover banyak subjek. Semua aku yang jadi leader. Kali ini engkaulah In, aku ikut aje…” serius bunyi suaranya. Pen di tangannya masih mengetuk-mengetuk mejanya. Emm, peluang engkau la In. Aku pandang Has, Has angguk je. Has ni pun satu, semua nak aku yang bagi keputusan. Kerjanya angguk, geleng, angguk, geleng. Susah betul.
            “ Ok, tapi kerja kena bagi sama adil. Aku tak nak engkau lepas tangan pulak . aku tak suka,” Akhirnya aku bagi kata putus. Azman senyum. “ beres….Ok, aku chow dulu. Apa-apa hal engkau contact akulah. Aku ada hal sikit ni,” Azman bangun, mengambil nota-notanya di atas meja, menolak kerusi ke belakang dan mula melangkah.
            “ Jab…! nak contact macam mana, no phone engkau tak ada…” mamat ni sengal betul la. Suruh telefon tapi tak denya bagi nombor telefon pulak. Hish! Azman pusing kepala 15 darjah.
            “ Opppsss, lupa. 0126578256.” Aku terkial-kial menulisnya di atas nota. Cakap laju macam roket. Tak nyempat-nyempat nak keluar. Langkahnya kembali diatur ke muka pintu.
            “  So, temankan aku pergi bilik Prof. Azim. Kita ambil tajuk. Sempat la sebelum masuk kelas TITAS nanti.” Aku bagi  arahan kepada Has. Has angguk. Angguk lagi. Dah tak ada suara agaknya minah ni. Kami bangun, menolak kerusi dan berlenggang keluar kelas. “ Tiq Fazwin!” ada suara lelaki memanggilku dari belakang. Aku segera berpaling. Nik iskandar rupanya.
            “ Ya?” jawabku teragak-agak. Benarkah apa yang aku dengar ni? Lelaki paling popular, paling hensem dalam kelas ni panggil nama aku! Tak pernah-pernahnya mamat ni tegur aku, alih-alih hari ini panggil nama aku pulak, apa hal? Nik iskandar bangun dari tempat duduknya menuju ke arahku. Segakla mamat ni, getus hatiku. Ceh, sempat lagi kepala bangang aku buat penilaian.
            “ Aku masuk group awak boleh?” ujarnya sewaktu betul-betul berada di hadapanku. Aku telan air liur. Biar betul. Takkanlah dia masih tak ada group lagi. Dah dua bulan, kitaorang berbumbung satu kelas, aku tengok mamat ni ramai peminat betul. Ada aje, budak-budak perempuan yang  mendampinginya.
            “ Kenapa?” Aisey, terkeluar soalan bodoh pulak.
            “ saja, awak dah ada member guy ke in group?” soalnya lagi. Tak semena-mena aku tenung wajah Has. Has dah pamer muka excited plus terkezut. Bayangkanlah!
            “ Errr…….sebenarnya, tadi Azman cakap dia nak masuk group saya. Kiranya dah cukup la. Awak tak ada group lagi ke?” Ujarku. Saat itu, aku perhati budak-budak dalam kelas yang masih sibuk mencari ahli-ahli kumpulan masing-masing. Tiba-tiba aku terpandang wajah Sofia dan Fatin di tengah-tengah kelas. Geng minah cantik, minah penggoda dalam kelas aku. Mata kami saling bertentang. Riak wajahnya macam tak puas hati aje. mesti ada yang tak kena ni. Aku agak-agak sofia ni duk perhatikan aku sejak dari tadi lagi gamaknya. Has tiba-tiba menyiku lenganku. Aku tersentak, kembali menatap wajah Iskandar.
            “ Er…ye ke? Tak apalah. Saya ingat awak tak cukup group lagi,” suaranya sedikit kendur dari tadi. Ni, frust ke apa?
            “ Is, masuk aje group kitaorang,” Sofia tiba-tiba berdiri di belakang Has. Terkezut aku! bila pula geng datin ni datang sini?
            Nik iskandar nampak rimas. Tanpa menjawab, serta merta dia berpaling ingin berlalu.
            “ Sorry ya,” aku rasa bersalah pulak tiba-tiba. Nik Iskandar berpaling sekilas, menghulurkan senyum kepadaku kemudiannya melangkah meninggalkan geng datin dan aku terkebil-kebil di muka pintu.
            Untuk seketika aku pandang wajah Sofia yang dah kelat kerana di buat dek oleh Nik Iskandar sebentar tadi. Ai, takkan orang hebat dalam kelas ni tak cukup group lagi. Biar betul. Mesti dia harapkan Nik Iskandar tu yang menjadi pelengkap kumpulannya. Tapi sayang, direject pulak. Sofia akhirnya mengheret tangan Fatin beredar dari situ. Terhegeh-hegeh dayang tu mengikut langkah puteri perasan tu. Meluat aku. Ha..ha.. padan muka, Iskandar tak layan. Baru dia tahu, tak semua taste lelaki tu sama aje. Puas hati aku!
            “ Dah jom, apa kono engkau ni In? tiba-tiba jadi watak utama drama kat sini pulak? Kelakar betul aku tengok muka si Sofia tu tadi bila iskandar buat bodoh aje dengan dia,”  Has tiba-tiba bersuara sambil turun tangga sekolah Pembangunan Sosial menuju ke Sekolah Bahasa, sekaligus menuju ke pejabat  prof. Azim.Aku senyum. Tiba-tiba rasa macam kembang hidung pula kerana berjaya membuatkan Sofia cemburu.
            “ Aku agak-agakla kan, sofia tu sukakan Iskandar. Sebab takkanlah tak ada guys nak masuk group datin perasan tu. Kan biasanya, sofia tu hot princess in class. Semua guy nak masuk dekat dengan dia aje. Padan muka! Makin hari, makin meluat aku tengok perangainya. Sampaikan Prof. Azim pun cair dengan lentoknya. Menyampah!” aku pijak anak tangga menuju ke bilik prof. Azim. Has di belakang, tercungap-cungap mengekor.
            “ Aku tak tahan betul tengok perangai minah dua orang tu. Berlagak tak bertempat. Tahu la diorang anak orang kaya. Mak bapak kerja bagus. Tak payahlah la ek lebih-lebih. Macam la muka tu lawa sangat. Cute lagi engkau In!” Has masih belum puas mengutuk. Aku sekadar menadah telinga.
            “ Aku cute? Ai, tak pernah-pernahnya engkau puji aku. Hari ini terkeluar pulak. Betul ke tak ni? Macam tak caya je,”aku berseloroh. Has senyum. “ aku tak pernah cakap ke?” soalnya mengingat-ngingat. “ nop……”
            “ In, engkau memang cute. Cute bermoral. Bukan cantik hancus!” Has puji aku lagi. Alahai, terasa riak la pulak. Apasal hari ini, ramai pulak orang yang nak bodek aku ni.
            Sejurus sampai di bilik Prof. Azim, aku mengetuk pintu biliknya. Terdengar suara garaunya di balik pintu, perlahan-lahan aku membuka pintu.
            “ Assalamualaikum Prof,” aku memberi salam. Hormat.
            “ Waalaikummussalam…” jawabnya. Kami saling berpandangan. Aku senyum. Has di sisi sudah menempel rapat denganku. Hish, minah ni, nak takut apa?
            “ Kami datang nak hantar Assignment dan nak ambil tajuk tugasan yang prof suruh ambil tadi. Kami dari kelas Pengantar Pemikiran, prof.”
            “ Ok, letakkan assignment tu atas rak sana tu. kemudian berikan saya nama ahli group awak. Cukup tiga orang?” prof Azim memberi arahan. Aku mengeluarkan assignment di dalam beg sandang dan meletakkannya di atas rak yang ditunjukkan olehnya sebentar tadi. Has pula menghulurkan nama ahli kumpulan kami kepadanya. Seketika, prof Azim angguk-angguk.
            “ Tiq Fazwin, Hasniah dan Azman,” dia membaca nama yang aku tulis di atas sekeping kertas kecil.
            “ Baiklah, siapa ketua kumpulan?” Tanyanya lagi. Aku ke hadapan sedikit dari Has.
            “ Saya, Prof. Fazwin.” Ringkas aku perkenalkan. Meskipun dah separuh semester Prof Azim mengajar kelas yang hari-hari aku masuk, aku bet mesti mesti dia tidak ingat punya dengan aku. Aku kan cewek yang paling pasif dalam kelas tu, gadis selamba. Cewek paling cool dalam kelas. Aisey terperasanlah pulak!
            “ Emm…ok. Oleh kerana awak group ketiga yang datang ke bilik saya, saya bagi awa tajuk nombor tiga. Tugasannya ada tertampal di atas meja tu. Salin dan buat sehabis baik, faham? And kalau ada masalah, boleh jumpa saya, is that clear? Memang prof Azim tegas nak mampus. Cakap sebijik macam abang aku bila dia naik hot waktu aku selongkar barang-barang miliknya. Tiba-tiba teringatkan orang kampunglah pulak.
            Aku angguk, Has angguk. Aku menyalin tajuk yang diberikan prof Azim. Has hanya memerhati kosong. Tengah aku dok khusyuk menyalin, ada ketukan di pintu bilik prof. Azim “ Masuk,” Lancar aje Prof. Azim bagi kebenaran. Pintu terkuak, menjengulkan wajah Iskandar. Kami saling berpandangan dan saling bertukar senyuman.
            “ Yes?” Soal prof Azim. Iskandar menapak ke hadapannya.
            “ Prof, saya tak ada group lagi ni. Prof letaklah saya mana-mana group pun tak apa,” Iskandar tanpa segan-segan memberitahu masalahnya. Prof. Azim merenung mukanya kemudian beralih ke mukaku dan Has silih berganti.
            “ Prof, terima kasih. Kami keluar dulu,” aku rasa macam tak best aje dengar masalah Iskandar. Mesti dia segan kerana tadi aku dah reject applicationnya nak masuk group aku. Aku cepat-cepat tarik tangan Has. Namun belum sempat aku keluar, prof Azim tetiba je memanggilku. Aku berpaling.
            “ Emmm….Fazwin, bagi Iskandar masuk group awak boleh?” Usul prof. Azim memang aku dah agak. Aku angguk aje. Tiba-tiba aku rasa macam dah jadi pemenang yang sah bila teringatkan wajah Sofia bila dia tahu, insan pujaan hatinya ni masuk group aku jugak. Heh!
            “ Ok, settle. Iskandar, awak satu group dengan Fazwin. Tajuk tugasan saya dah bagi dia tadi. Apa-apa hal kamu bincang. Yang penting, assignment saya, saya tak nak kamu buat cincau-cincau. Be serious in this subject. Kalau tidak, saya tak teragak-agak nak failkan kamu,” prof.  Azim tunjuk kuasa veto lagi. Aku angguk. Iskandar senyum, senang.
            “ Terima kasih prof,” Aku dah mula buka pintu. Has mengekor dari belakang. Iskandar pula di belakang Has.
            “ Thanks coz terima saya jadi group awak,” Sewaktu turun tangga, iskandar berbasa basi. Aku senyum. kami berjalan beriringan.
            “ That’s ok, no big deal,” aku jawab selamba.
            “Kenapa tak masuk group Sofia dan Fatin? Tadi nampak macam diorang pun tak cukup group aje,” Has mencelah. Iskandar sengih menampakkan giginya yang tersusun rapi sebijik macam gigi Tom Welling, pelakon Smallville, pujaanku!
            “ Faiz dah masuk group diorang. Lagipun saya malas nak join dengan diorang tu. Lemas,” jawab Iskandar  spontan. Aku gelak kecil. Has pun sama. Iskandar masih maintain dengan senyuman dibibirnya. Alahai, lemah lutut betul bila tengok dia senyum macam tu. Tapi, tahu juga mamat ni dengan perangai princess perasan dua orang tu.
            “ So, saya tak ada kelas sekejab lagi ni, nak buat discussion tak? Iskandar dah mula tunjuk minat nak jadi ketua. Aku apa lagi, terpaksalah melucutkan jawatan.
            “ Maaf, kami ada kelas sekejab lagi.  Hari sabtu ni macam mana. Kat Mall, pukul 4.00 petang. Pagi kan masing-masing ada Ko-K. Tak boleh,” Ujarku. Iskandar angguk.
            “ Ok, tapi boleh saya tahu tajuk apa. Saya ada masa free ni, at least boleh tolong carikan bahan dulu.” Oh, sukanya hati aku dengar. Mamat ni memang cool la. Macam ni lah lelaki idaman. Tiba-tiba hatiku berdetik.
            Aku hulurkan tajuk assignment. Iskandar ambil. “ Bagi awak pegang dulu. Nanti kita bincang.” Aku bagi arahan. Jawatan leader belum terlucut secara rasmi lagi. Berlagak la dulu.
            “ Ok, see you then!” dia mula melangkah meninggalkan kami. Sewaktu dia menghilang di balik tembok kafe, Has tiba-tiba menyiku lenganku.
            “ In, aku rasa Iskandar suka kat engkau la,” Aku membeliakkan mata.  Sudah….Si Has ni dah mula mengarang skrip cerita Hindustan pulak!
            “ Jangan nak mengarut. Aku belasah karang!” aku mula rasa pelik. Gila ke apa, mamat tu baru aje aku kenal, tiba-tiba minah ni kata dia syok kat aku pulak. Sengal!
            “ Aku agaklah la In, dari tadi aku tengok dia dok tenung engkau, cakap pun dengan engkau aje. Aku, dia buat dono je,” Has mula dah. Aku mencebik.
            “ Dah engkau yang tak nak cakap dengan dia. Memang la dia tengok muka aku. Kan proses communication, kita kena tengok mata orang yang kita bercakap, bukan tengok kaki bila bercakap. Barulah mesej tu sampai dengan baik dan jelasnya. Engkau ni, kata student Comm, basic subjek pun fail. Apa daaa…,” aku malas ambil kisah dengan kata-kata Has.
            “Tapi kalau betullah la In, bertuah la engkau, mamat hensem giler tu! dahlah baik, sporting, gentleman lagi. Meroyanlah Sofia kalau semua ni jadi kenyataan. Hahaha...” aku pandang wajah temanku itu atas bawah. Ceh, tak habis lagi rupanya. Aku renung wajahnya dalam-dalam. Sedikit kesal dengan kata-katanya sebentar tadi.
            “ Jangan nak bergossip tak tentu hala. Aku kerate karang!” Aku bagi warning. Has sengih!
            Aku kerling jam di tangan. Lagi lima minit, kelas TITAS nak mula. Langkah kakiku perlebarkan. Biar sempat masuk bilik kuliah sebelum student lain ramai masuk. Subjek teras U tu memang ramai student. Dari student first semester hingga last semester. Siapa-siapa pun boleh ambil subject ni ikut suka. Tak macam subjek kos, bila dah masuk semester tiga baru boleh ambil. Tu pun nak kena ikut aturan jugak. Ada paper-paper yang kena lulus paper satu dulu baru boleh ambil paper dua.
            “ Oit. Tunggulah kot ye pun. Jalan macam nak pergi shopping. Tak sabar-sabar.” Has dah merungut bila acapkali aku tinggalkan dia di belakang.
            “ Cepatlah, nanti kena duduk belakang. Susah nak salin nota. Engkau tu dahlah rabun,” aku tarik tangannya kasar menuju ke DKG 1/1.

sambungan...
Assignment Cinta 8

ASSIGNMENT CINTA 6

Bahagian 6

“ Timbang, pak cik,” plastik yang berisi buah guava yang ku pilih sebentar tadi ku hulurkan kepada pak cik penjual. Huluranku disambut.
“3.80 sen, nak” beritahu pak cik penjual itu kemudiannya. Aku membelek beg duit. Menghulur duit bernot lima puluh ringgit.
“ Tak ada duit kecil ke nak, pak cik tak ada duit baki ni,” aku menggeleng. Sejurus, seorang pelanggan baru datang menghampiri gerai pak cik itu. Aku masih tercegat menanti duit baki. Pelanggan lelaki itu membongkok sambil membelek-belek buah di hadapannya.
“ Sekilo berapa, pak cik?” tanya lelaki yang berdiri di sebelahku.
“ 90 sen” Pak cik itu menghulur beg plastic kepada pelanggan lelaki itu.
“ Pilihlah.” Suruh pak cik itu lagi. Pelanggan lelaki itu mengambil plastik  dan memilih-milih buah yang berlonggok di hadapannya.  Waktu itu, pak cik penjual sudah ke belakang kedai kerana ingin menukar wangku sebentar tadi. Aku memandang sekeliling. Tidak mengambil pusing  dengan lelaki yang kini turut berdiri di sebelahku. Sesekali aku melihat skrin handphone. Manalah tahu, kot-kot Zida atau Zura ada menghantar SMS. Kami berpisah sebentar tadi, apabila tiga sahabatku itu memasuki kedai cd di tepi jalan manakala aku sendirian mencari gerai buah di sekitar pasar malam itu. Suasana sekitar sedikit riuh dengan keriuhan pembeli dan penjual di lorong kecil pasar malam Bandar Changlun tersebut.
Tiba-tiba hanphoneku berdering. Pantas aku menekan butang hijau disebelah kiri.
“ Zura, engkau kat mana?”
“Aku kat kedai cd lagi ni. Bila engkau dah siap, engkau datang sinilah.”
“ ok, sekejab lagi aku sampai.”
Talian dimatikan. Lama betul pak cik ini mencari duit kecil. Tadi ada di belakang kedai tu, sekarang entah ke mana menghilangnya. Takkanlah seramai-ramai peniaga pasar malam di sini tak ada yang nak tukar duit aku tu. Hish, bosan betul bab tunggu-tunggu ni lah.
“ Banyak beli buah,” tegur pelanggan lelaki yang sekian lama berdiri di sisiku.  Barangkali dia juga turut tertunggu-tunggu kehadiran pak cik penjual buah guava tersebut. Kalau tadi, aku tidak begitu kisah siapa gerangannya, kini aku terpaksa memandang wajahnya. Orang kata, tak elok kalau bercakap kita tidak memandang wajah lawan bicara. Sejurus kami berpandangan, aku terkedu. Takkanlah kot, minggu ini mana saja aku pergi, jumpa aje mamat out ni.
Aku senyum paksa.
“ Adalah sikit,” ujarku berbahasa. Dalam hati tuhan ajelah yang tahu. Tiba-tiba aku terasa bagai ingin segera beredar dari situ. Rasa sakit hati tetiba je hadir apabila mengingatkan sindirannya di library dua tiga hari lepas. Tapi bila fikir-fikir balik, emosi aku dah stabil malam ni, tak payahlah balas dendam lagi. Maafkan ajelah si mamat ni. Untung-untung boleh pahala.  Hish, pak cik ni pun satu, kenapalah lambat betul?
“ In kan?” soalnya meminta kepastian. Hai dah tahu bertanya pula. Aku cepuk jugak mamat ni kang! Tapi marah tu aku pendam ajelah. Lagipun, hal kecil. Tak payahlah dibesar-besarkan. Susah payah, aku anggukkan kepala.
“ Seorang saja?” soalnya sambil membetul-betulkan kaca matanya. Aku angguk lagi. Apahal mamat ni, nak tunjuk peramahlah pulak. Tak tahu ke, aku tengah berlawan perasaan sekarang ni gara-gara dia. Kang tak pasal-pasal aku sembur ayat power karang!
“ Tak, dengan kawan,” jawabku singkat.
“ Oo…dengan kawan. Kalau sorang, boleh saya temankan,” Ceh, playboy rupanya.  Patutlah suka menyakat dan mengganggu orang aje kerjanya. Hari tu kat library, ni kat sini pulak. Agaknya mamat ni asal jumpa aweks jer, terus mengayat gamaknya.
Aku diam sahaja. Rasa dah malas nak menjawab. Orang macam ni, lagi dilayan, lagi menggatal rasanya. Di dalam hati, dah cukup seguni agaknya doaku detikkan supaya pak cik penjual tu segera datang. Nak blah, duit banyak lagi berbaki tu. Bagi orang macam aku ni, duit tersangatlah penting. Aku bukan anak orang kaya. Dengan duit baki tu, aku dah boleh buat beli nasi bungkus untuk esok lusa.
“ Awak suka makan buah ni juga ya, Saya pun. Buah favourite saya ni,” suaranya kedengaran lagi. Aku mula rasa gelisah. Cepatlah pak cik, bagi duit baki tu, aku nak cepat-cepat blah dari sini. Dah tak sanggup rasanya nak bermuka-muka dengan playboy kampus ni. Tapi nak jawab tak ni? Hah, tipu!
“ Taklah, saya suka makan belimbing. Jambu batu ini kawan saya yang kirim.” Aku tipu. Ku lihat wajahnya sedikit berubah. Padan muka! Tapi kenapa ada rasa tak best dalam jiwa pulak ni.
“ Emm….ingatkan kesukaan kita sama. Pasal buku yang saya nak, semuanya awak dah ambil dulu….” Lelaki itu dah flashback hal dua tiga pagi yang lepas. aku senyum kelat. Ingat lagi rupanya mamat sengal ni dengan kejadian tu. Huh, ingat-ingat balik, mendidih jugak darah aku ni.
Aku diam lagi. Mataku liar merata. Mencari-cari kelibat pak cik penjual buah kot-kot ada dimana-mana. Alahai, kenapalah lambat betul pak cik tu datang balik? Tanpa disedari, aku mula mundar mandir.
            “ Awak tak suka sembang dengan saya ke. Nampak gelisah aje?Aku tergamam. Nampak sangat ke? Macam mana dia boleh detect fe’el aku ni. Obvious sangat ke? ah, lantaklah. Bukan aku kenal dia pun.
            “ Bukan tak suka, cuma saya tak biasa dengan orang yang saya tak kenal.” Entah macam mana terjujurlah pulak. Dia senyum.
            “ Kita kan dah kenal. Di library hari tu. Lupa? Soalnya. Aku berpaling menatap wajahnya sekilas. Serta merta pertemuan dengannya kembali terimbas di ruang mata. Dari saat dia datang mengganggu studyku sehinggalah dia melaungkan namanya sebagai Mr. Out. Aku pandang dirinya atas bawah. Sah! Memang dia. Raut wajah yang sama, kaca mata yang sama. Tapi malam ini dia nampak lebih santai, kerana dia cuma memakai t-shirt biru berkolar hitam, berseluar jeans, dan berselipar sahaja. Lain sedikit dengan penampilannya saat itu. Berkemeja, bertie dan berkasut hitam. Uniform budak lelaki di kawasan kampus waktu kuliah. Dalam cahaya suram lampu  kalimantang gerai pak cik itu, tiba-tiba aku rasakan satu ketenangan pula memandang wajahnya. Tenang dan mendamaikan. Ah, sudah! Apa kena dengan aku ni?
            “ Maaf nak, lambat sikit. Nah, ini duit bakinya,” belum sempat aku membalas kata-katanya, tiba-tiba muncul pak cik penjual buah menghulurkan duit baki kepadaku. Aku menyambutnya. Lelaki itu sekadar memerhati sahaja tanpa banyak bicara. Aku kemudiannya berpaling, ingin beredar.
            “ Pergi dulu encik out,” Spontan aku meminta diri. Ceh, baiknya budak In ni hah. Lelaki itu berpaling kepadaku sekilas. Wajahnya berkerut sesaat sebelum tersenyum lebar. Sebelum sempat dia berkata apa-apa, aku sudah melangkah lebar-lebar meninggalkan tempat itu menuju ke kedai cd. Ni, nak cerita tak dengan diorang ni. Kalau aku cerita, free aje aku jadi bahan cerita rumah sewa malam ni. Diorang bukan boleh dengar cerita coincidence macam ni. Kepala diorang aje aje yang nak mengarang macam-macam. Mereng! Ah, tak payah ceritalah. Lagipun mamat tu entah siapa-siapa. Semua kebetulan aje. 


sambungan...
Assignment Cinta 7

ASSIGNMENT CINTA 5

Bahagian 5

Petang ni kita keluar pergi pasar malam Changlun nak?” Tanya Zida tengahari itu. Waktu itu kitaorang sedang makan di kedai Mak Kiah, di hujung selekoh depan rumah sewa. Kami berempat apabila pagi tadi, Zida tiba-tiba sudah terconggok di depan tangga rumah sewa. Katanya dia rindu kat aku. Hah, betul sangatlah tu! tapi sayang Zue tak ada sebab dia ada dating dengan Shah.  Aku yang duduk disisinya menganggukkan kepala. Zila dihadapanku, kembali menyuap mee sup ke mulutnya. Zura pula syok aje menghirup jus orange yang tinggal suku jer lagi nak habis dalam gelas.
“ Boleh, lagipun aku nak beli buah. Dah seminggu aku tak makan buah favourite aku tu, rasa lain macam je,” Aku kemudiannya membalas. Zura menarik mee sup Zila, menyuapkan ke mulutnya dua tiga sudu. Nasi ayamnya sudah licin pinggan. Zila pula menarik milo aisku dan meneguknya dua tiga kali. Aku sekadar membuang pandang. Zida dari tadi terkebil kebil aje.
“ Emm, ok. Nak ajak Zue sekali tak?” tanya Zila sambil menolak gelas milo aisnya kembali dihadapanku.
“ SMSlah. Tapi biasanya petang ni dia balik Arau dengan Shah. Esok kan tak ada kelas.” Zura membalas. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Minah tu memang tak boleh berenggang langsung dengan pak wenya. Sudahlah hari-hari jumpa. Balik kampung pun membonceng pak wenya juga. Hai, nasib badan. Aku terfikir juga, tak lemas ke asyik berkepit dua puluh empat jam. Merenung dan bercakap dengan orang yang sama setiap hari. Apa, dua-dua orang tu tak ada privacy life ke?
“ Apahal engkau tiba-tiba menggeleng ni In? Buang tebiat?” Soal Zida di sebelahku apabila melihat gelagatku sebentar tadi. Aku sengih, control laku. Hish, macam mana Zida ni boleh perasan pulak.
“ Tak ada apa-apa, saja rasa macam nak menggeleng,” aku bagi jawapan budak tadika. Zura sengih.
“ In dah lalok la tu. Hari-hari minum milo ais.” Spontan Zila menjawab bagi pihakku. Terburai ketawa tiga orang sahabat itu. Ceh, kenakan aku. Tak guna punya kawan. Aku protes dalam hati sendiri.
“ Aku nak beli cd la. Mesti ada cerita Hindustan terbaru sekarang ni. Ala, Shah Rukh Khan dengan Rani Mukherjee tu. Entah apa ke tajuknya, aku dah lupa.” Zida tiba-tiba mengalih topik. Aku tunduk, kembali meneguk Milo ais di atas meja.
“ Ni lagi sorang, minah Hindustan. Tak habis-habis alam fantasi. Cuba hidup bersandarkan reality sikit. Ni tak, nak berjiwang jer kerjanya.” Aku memberi khutbah.
“ Apa pulak, tengok cerita Hindustan tidak semestinya kitaorang ni minah jiwang. Engkau tu yang tak pandai tengok. Asyik-asyik tengok cerita kung fu, cerita hantu, cerita pelik-pelik. Hish, brutal betul.” Zila menegur. Aku tergelak. Dalam ramai-ramai, Zila jugaklah yang tahu cerita favourite aku. Bestnya.
“ Cerita macam tulah bagus, ada thrill, ada suspen!” aku membalas spontan. Enggan kalah di tangan kawan-kawan. Mereka bertiga mencebik. Aku ketawa senang.
“ Korang kan, aku tahulah masing-masing dah ada pak we. Sebab tu suka tengok cerita khayal-khayal macam tu. tapi aku bosanlah tengok cerita macam tu. Static je. No thrill at all. Lame!. Stereotaip, lelaki jumpa perempuan ,jatuh cinta.  Gaduh-gaduh sikit, habisss……..dah boleh agak dah endingnya camana,” Jelasku panjang lebar.
“ Tahu tak apa. Aku rasa kan, engkau ni kena cari pak welah. Baru tahu menghayati cerita Hindustan macam kitaorang ni. Ni tak, asyik dan kondem kitaorang aje,” Zila dah keluarkan idea gila-gilanya nak menyakat aku. Zura disisinya tersenyum penuh makna.
“ Ha-ah, kita pakat carikan dia pak we. In ni kalau nak harapkan dia jatuh cinta, sampai ketualah agaknya. Fobia pelik betul dengan orang lelaki. Meh, kita ajarkan dia cinta. Biar dia rasa!” cadang Zida spontan. Gulp, aku telan air liur yang tersekat di kerongkong. Gila! Ingat senang nak buat aku jatuh cinta? Sorrylah kawan, ni In lah. Bukan gadis lemah macam korang. Lelaki ayat sikit, lembik!
“ Okey, set. Aku ada kawan dua tiga orang. Nanti aku kenalkan dengan engkau In. Lepas ni, mana tahu dia pulak yang bersungguh nak tengok cerita Hindustan.” Zila menambah idea gila itu.
“ Wo…wo, wait seminit, korang ni biar betul. Ingat aku ni apa?” aku mula hot. Suka-suka hati diorang aje nak kenen-kenenkan aku dengan lelaki itu, lelaki ini. Serentak itu, ketiga-tiga sahabat itu ketawa panjang.
“ Kitaorang gurau ajelah. Itupun nak marah,” Zida disisiku menepuk bahuku dua tiga kali. Rasa mendidih di hatiku sebentar tadi dah kembali jadi suam-suam kuku.
“ So,malam ni pukul berapa nak keluar. Aku nak bagitahu Zue ni. Manalah tahu, dia nak ikut”. Soal Zila kemudiannya. Zida jungkit bahu. Zura buat muka selamba. Ni tak lain,nak aku jugalah yang buat keputusannya.
“ Pukul 8.30 lah. Lepas Insyak. Seronok sikit nak jalan-jalan. Balik terus tidur je. Dah tak payah nak fikir pasal sembahyang Insyak lagi,” Aku bagi usul. Zura angguk. Setuju. Zida buat muka selamba. Zila dah mula menekan-nekan keypad handsetnya. 





sambungan...
Assignment Cinta 6

ASSIGNMENT CINTA 4

Bahagian 4

             “Mana engkau pergi?” aku menjerkah Has sewaktu kami bertembung di kaunter bawah Library. Kelihatannya dia baru saja ingin menaiki tangga menuju ke atas. Barangkali menuju ke tempat jurnal sebagaimana yang dijanjikan kami malam tadi.
            “ Sorry, Aiman ajak aku jumpa. Nak call engkau kredit tak ada pulak. Sorrylah ek. Aku ingat engkau nak duduk lama dalam library.” Terangnya. Aku memasamkan muka.
            “ Dah, jom. Aku dah tak ada mood nak baca buku lagi. Kepala aku dah berserabut dah ni. Engkau dah jumpa bahan untuk assignment tu? Apa yang engkau dapat?” Soalku sambil mengheret tangannya keluar library. Terhegeh-hegeh minah gempal tu mengikut langkah kakiku.
            “ Oi cik kak, engkau yang masuk library. Aku langsung tak masuk lagi. Apahal tanya aku pulak. Sepatutnya soalan tu aku yang tanya engkau,” Balasnya.
            Aku mengetap bibir. Ini semua mamat out tu punya pasal. Kalau tak mesti aku dah dapat bahan untuk assignment tu. Kurang asam gelugur betul. Dah nampak aku tengah khusyuk mencari bahan, dia pulak menyibuk nak buku tu, nak buku ni. Macam la dalam library tu dah tak ada buku lain yang boleh dibaca. Menyampah betul!
            “ Hei, engkau nak tarik aku pergi mana ni? Lepas lah. Tarik-tarik tangan aku apa hal?” La, aku tengah heret minah ni lagi rupanya. Sejurus aku melepaskan tangan, Has menggosok-gosokkan tangannya.
            “ Oppss…sorry. Jom kita pergi CC Foyer STM. Biasanya masa ni, CC sekolah perakaunan dah penuh.” Ajakku. Wajah Has tiba-tiba aje berubah. Berkerut-kerut. Ni mesti tengah rancang alasan super nak ngelat ikut masuk CC . Bukan aku tak tahu minah ni. Pantang dengar CC, mesti dia banyak bagi excuse punya. Entahlah kenapa.
            “ Sorry, aku sakit perut pulak. Engkau pergi seorang la ek. Aku nak balik kolej. Kelas Tekno.Comm pukul tiga nanti aku tak masuk kot. Aku nak pergi klinik.” Has sudah berlari-lari kecil menuju ke bus stop sambil menekan-nekan perutnya. Aku terdiam. Minah ni sajalah tu. Buat alasan. Mesti dia ada janji dengan Aiman. Sampaikan kelas pun tuang. Gila betul orang bercinta ni ya. Asal boleh jumpa, sanggup buat sahaja.
            “ Oi, assignment kita macam mana? Takkan aku aje yang nak kena buat semua,” laungku lantang. Ni yang aku hot ni. Amboi kemain lagi. Semua bagi kat aku jer. Mentang-mentanglah aku leader.  Has ni pun satu, tadi dahlah lambat tunai janji. Ni nak ngelat lagi. Arghhh! Mendidihnya jantungku….
            “ Engkau call Zida. Sorry, aku balik dulu.”
            “ Ceh, nak jumpa Aiman, cakap ajelah. Tak payah nak buat alasan lapuk engkau tu. Lagipun aku bukannya kenal engkau sehari dua. Dah dua tahun……” Dari jauh, Has sengih.
            “ Aaaa…In, tolong sign nama aku. Thanks!” ai, sesuka hati dia aje. Ni yang malas ni.
            “Sorry ya. Bab sign nama, sendirian berhad. Tahu dek Puan Kartini. Saja je. Dua-dua k.o,” Aku laung lagi. Nasib baik tak ada orang yang lalu jalan tengah-tengah DKG 1 tu, kalau tak mesti aku di pot-pet dari  belakang.
            “ Please!” rayunya. Alahai kasihanlah pulak. Ni yang lemah lutut ni. Kawan punya pasal. Kadang-kadang prinsip terketepi jugak.
            “ Tengoklah. Kalau line clear. Aku buat. Kalau tak sorrylah kawan, sendiri buat….sendiri tanggung!” Aku bagi kata putus. Has angguk. 
            “ Thanks.” Balasnya sambil menyambung langkah. Beberapa orang student mula kelihatan memasuki blok kuliah DKG 1 itu dan melintasiku.
            Aku pandang kiri kanan. Tensionnya seorang-seorang ni. Has ni pun satu. Masa ni jugalah buat hal. Aku silambam jugak karang. Hish, bengang betul. Di ruang legar DKG 1 tu aku melilau kiri kanan. Berfikir-fikir arah tujuan. Habis, nak pergi mana ni? Nak masuk CC, sorang-sorang malas lah pulak. Nak balik rumah sewa. Kelas lagi satu jam. Satu hal pulak nak ambil bas datang kuliah. Sejenak, aku terpandang label toilet/ tandas di belakang DKG ½. Apa-apa hal masuk rest room dulu lah.
            Keluar toilet, aku melangkah ke Sekolah Pembangunan Sosial. Fakulti bagi batch aku. Tapi apa yang aku nak buat kat situ. Dahlah student tak ramai. Ah susah-susah sangat, apa kata lepak di foyer STM. Best juga. Boleh tengok buku-buku dan majalah-majalah baru bulan ni. Boleh beli peppermint sekali. Mulut pun dah gatal nak mengunyah ni.
            “ Assalamualaikum, In!” satu suara tiba-tiba mengejutkanku dari belakang. Sepantas kilat aku berpaling. Ya Allah, Kak Nora rupanya. Kawan sebilik sewaktu semester pertama di Kolej Perwaja.
            “ Waalaikummussalam… Kak Nora, Buat apa kat sini?” aku sengih lebar. Buku yang ku pinjam di library tadi ku alihkan ke tangan kiri. Kami bersalaman.
            “ Akak ada lagi satu semester. Repeat subjek. So, macam mana life? Ok?” soalnya masih peramah seperti dalu. Aku senyum mesra.
            “ Macam ni lah kak. Akak duk di kolej mana? Senang-senang boleh datang bilik,” tuturku senang. Sudah lama rasanya tidak berbual dengan kak Nora.    
“ Akak dah kahwin. Sekarang akak duk kat luar. Tak  apa, hujung minggu ni akak datang ambil. Akak buat makan-makan sikit, boleh?” ajaknya. Memang dia cool. Masih macam dulu jugak. Peramah dan periang.
            “ La dah kahwin. Tahniah. Tak cakap pun. Sampai hati. Bila akak kahwin?”
Soalku berminat pula. Kak Nora tarik tanganku dan berjalan seiringan dengannya.
            “ Jom, kita pergi minum kat kantin. Akak belanja. Nanti akak cerita banyak-banyak. Berdiri tengah jalan macam ni, halang orang lalu lalang aje. Lagipun kaki akak dah lenguh ni. Dari tadi berjalan tak sudah-sudah,” Aku angguk. Ni sudah bagus. Nasib baik ada  Kak Nora, boleh juga temankan aku sebelum masuk kelas lagi satu  jam. Dan yang paling best, Kak Nora belanja. Aku mengekor langkah Kak Nora.
            Sampai di kantin, aku mencari meja yang paling hujung mengadap sekolah Perakaunan. Hari itu, kantin tak ramai student, barangkali ramai yang masih mengadap wajah lecturer di dalam DKG masing-masing.
            “ Duduk sini kak,” aku mengajak Kak Nora. Kak Nora angguk.
            “ In nak minum apa?” tanyanya
            “ Milo ais je dahlah. Tak apa, In ambil sendiri,” aku bangun. Kembali mengekor langkah Kak Nora menuju ke tempat air di sebelah kami.
            “ In dah makan? Jom makan, hari ini all by me,” Dia sengih lagi. Terpancar keikhlasan pada wajahnya. Aku menelan air liur. Nak tak nak ni? Seketika, aku menggeleng. Bukan apa, terkadang bila orang dah mula bagi paha, nak rembat pun kena tengok situasi jugak.
            “ Tak apa, In dah makan,” Sopan aku menolak. Padahal pagi tadi, aku sempat makan roti gardenia 50 sen tu aje. Nak masak, tak sempat. Zila dah menunggu lama dalam kereta. Nama pun juga menumpang. Nasib baik Zila ada kelas sama waktu denganku pagi tadi. Kalau tidak, melangutlah aku menunggu bas masuk kampus.
            “ Betul dah makan? Makan sekali lagi boleh. Temankan akak makan. Akak dari tadi tak makan ni. Tak syoklah makan sorang-sorang. Nak makan apa, ambil aje. Akak belanja….” Serius bunyi pelawaannya. Aku sengih. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari… 
“ Emm….bolehlah kak,” selepas meletakkan air di atas meja. Aku kembali mengekori langkah Kak Nora saling beratur mengambil nasi di tengah-tengah kantin.
            Kami makan sambil berbual panjang. Banyak cerita terbaru yang diberitahu Kak Nora. Kadang-kadang kami ketawa terkekeh-kekeh, sehinggakan beberapa orang student di sebelah meja kami memandang pelik. Ah, lantak. Kami bukan kacau diorang pun.
            Habis makan, kami berpisah. Kak Nora menuju ke Sekolah Ekonomi. Manakala aku menuju ke Sekolah Pembangunan Sosial. Kelas puan Kartini sudah mula dimasuki beberapa orang student Sewaktu aku sampai. Tahu-tahu masuk sahaja kelas, Has sudah terconggok di tempat duduknya. Ai, tadi kata nak masuk. Alih-alih ada pulak. Buang tebiat apa minah ni?
            “ Oit, tadi kata nak tuang. Tak jadi?” aku memperli. Kerusi di sebelahnya ku tarik dan ku duduk. Has sengih kelat.
            “ Tiba-tiba tukar fikiran. Lagipun, dah banyak kali aku tuang kelas ni. Kang tak pasal-pasal aku kena bar. Tak terjawab aku dengan Aiman nanti.” Ujarnya.
            Huh, Aiman lagi. Orang bercinta ni memang macam tu gamaknya. Buat apa pun sikit-sikit nak kena fikirkan pasal kekasih dia aje. Dah tak boleh nak fikir pasal diri sendiri agaknya. Aku protes senyap-senyap.
            “ Dapat bahan?” soalan Has menyentakkanku. Aku buat acuh tak acuh saja. Buku yang ku pinjam di Library tadi ke belek-belek sementara menanti kedatangan Puan Kartini.
            “ Belum, mana adil. Aku aje yang nak kena buat semua. Engkau asyik nak berkepit dengan Aiman aje. Zida pula dengan kelas dia aje. Boringla macam ni,” aku membebel.
            “ Sorrylah In. okey, Esok kita  cari bahan sama-sama ya”
            Aku menganggukkan kepala dan  kembali membuang pandang ke hadapan kelas. Serentak, pintu kelas terbuka, menjengulkan wajah seorang lelaki yang rasa-rasanya macam pernah aku jumpa.
            “ Woit man, sekejab!” laungnya kepada teman sekelas yang sedang leka berbual  di belakangku. Lelaki itu bangun dan menuju ke depan. Mereka berbual ntah apa-apa di depan kelas buat seketika sebelum lelaki berkaca mata itu kembali menghilang di balik pintu. Aku terkedu. Kepalaku ligat berfikir-fikir. Macam pernah ku lihat, tetapi di mana ye?
            Ya Tuhan! Mamat out tu rupanya. Kan aku dah kata, U ni kecil aje. pusing-pusing jumpa juga. Tak semena-mena aku sengih nakal. Dari pintu kelas, perlahan-lahan aku mengalih pandang melihat Azman yang kembali duduk di belakang. Serentak kami saling berpandangan, Azman angkat kening. Doublejerk.
            “ Apa hal?” tanyanya.
            Aku senyum paksa. Menggeleng.

sambungan...
Assignment Cinta 5